Monday, August 10, 2020

Akhirnya PAS mengaku mereka sudah bercinta dengan UMNO sejak 2015 lagi!!

 PAS TERHEGEH-HEGEHKAN UMNO SEMENJAK 2015 

Kalau mengaku begini semenjak awal iaitu 2015 bukankah senang? Ini tidak. Apabila kami kata, Pas sedang berselingkuh dengan Umno ketika itu, berapi-api penafian dibuat.

Bahkan kami pula yang dituduh memberi nyawa kepada Umno. Kami pula yang dilabel khianat, bukan saja khianat kepada parti bahkan kepada Islam dan perjuangannya.

Tahun 2020, baru mengaku usaha itu sudah berlaku semenjak 2015. Pada tahun itu, kenapa nafi? Hanya pemimpin Pas yang tahu sebab sebenar, tapi saya agak sebab Umno tak berapa nak layan Pas ketika itu.

Ketika itu Umno tak perlukan Pas. Hanya Pas yang terhegeh-hegehkan Umno. Pas tak beritahu awal takut pengikutnya lari. Jadi pemimpinnya bersilat lidah untuk mengelak hal itu berlaku.

Apabila Umno kalah tahun 2018, Pas juga tidak menang besar, barulah secara jelas Pas berani mengaku. Itupun setelah jadi kerajaan bersama Umno. Jika tak jadi kerajaan, sampai kesudah Pas tak akan mengaku parti itu terhegeh-hegehkan Umno.

Kalau boleh ayat Quran yang dia baca untuk kafirkan orang Islam pun nak diooops...  
error 404kan.
Tapi apakan daya, dia hanya boleh buat pada Harakahdelete saja.

Image may contain: text that says 'Harakahdaıy "Usaha ke arah penyatuan Melayu dimulakan sejak 2015 selepas saya diamanahkan sebagai Setiausaha Agung PAS, usaha itu atas arahan presiden," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Kota Bharu di Dewan Jubli Perak MPKB BRI di sini, semalam. Ketika mengimbau apa yang berlaku itu ada ketikanya beliau hilang kata-kata kerana ditenggelami perasaan hiba terhadap apa yang berlaku sebelum ini.' 

 

 

artikal sebenar yg sudah di print screen

 

 

 ZOLA

LINK

2 comments:

  1. Tahun Yg sama arwah nik Aziz pergi rasanya. Nampak mcm tynggu2 arwah tu meninggal. Takut kena ludah kot...

    ReplyDelete
  2. Bukan 2015, tapi sejak arwah ustaz fadzil noor masih hidup lagi... Usaha muzakarah untuk penyatuan pemikiran UMNO dan PAS telah mula digerakkan.. akhirnya ALLAH izin selepas umno tewas...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...