Monday, August 24, 2020

JAHAT GILA LIM GUAN ENG.. LULUSKAN RM 6.6 BILLION PROJEK RUNDINGAN TERUS.. BIAR AKU DEDAH KAN...

 

Sebenarnya masa live sidang Parlimen, Aku kebetulan tengah makan tengah hari.. Makan lewat sikit.. lalu video live soal jawab isu tender RM 6.6 Billion yang diluluskan Kementerian Kewangan.. Masa tonton tu aku senyum jer.. Kalau aku ada di Parlimen masa tu pun aku mampu jawab...
1- SRATEGI UMNO CUBA BINA PERSEPSI JAHAT
Dan aku faham, Kenapa Lim Guan Eng tenang bangun minta Menteri Kewangan dedahkan kesemua senarai Projek..Ketika LGE berucap.. Nampak tak bertapa Jahat Mamak India Azeez Rahim dan Shahidan Kasim cuba ganggu jawapan Lim Guan Eng.. Sebab apa ? Kekecohan ini sengaja dirancang untuk wujudkan Persepsi.. Sama dengan Soalan pasal TH Plantations dulu..
Watak Jahat Shahidan Kasim, Mamak India Azeez Rahim ni bukan bariu..sebelum ni pun, Depa cuba timbulkan persepsi seolah olah pentadbiran PH lanti 40 Ahli Parlimen dalam GLC, Bila disuruh dedahkan nama GLC tu..Shahidan Kasim , Noh Udang buat buat tak reti Baca senarai GLC tu.. mustahil depa tak reti beza GLC dan Agensi..
Sebenarnya bukan sebab tak reti baca, depa sengaja wujudkan Naratif tu dan persepsi Jahat dalam soal jawab parlimen..Itu strategi UMNO PAS.. Mudah faham.. Sama macam pendedahan minit surat Tan Sri Lim Soon Peng dalam kes 1MDB.. padehal takda apa apapun..LGE hanya panjangkan surat PM..
Tapi petang tadi, laju berjalan status walaun PAS.. Riuh Walaun hat jual Keropok Lekor.. Hat jual Insuran.hat meniaga Sabun kat Pasar Malam nak cerita pasal tender dan Perolehan..Seolah olah Lim Guan Eng terlibat dengan Skandal RM 6.6 Billion pulak.. Tapi tak heran lah.. Depa ni bukan faham apa, Pelaburan dan jumlah Dagangan pun tak reti beza dalam isu Sawit..
Aku yakin Sifat Amanah lim Guan Eng bukan saja jauh lebih baik dari Najib yang Khianat...hatta lebih Amanah dari watak Takiri dan Haji Hadi sendiri..
Jangan risau, Rundingan terus ini tak sama seperti Projek Solar di Sarawak yang dikaitkan dengan Rosmah, Atau Projek perbekalan Internet kepada Syarikat YTL untuk Sekolah sekolah di Malaysia oleh mantan Menteri Pelajaran.. Atau seperti Syarikat NFC milik suami ketua wanita UMNO yang diberikan tender lebih RM 100 Juta untuk bela Lembu dalam Kondo yang Menteri dan depa yang terlibat ini hari ini jadi rakan Tawwun PAS..
Ok mari aku Dedah kan.. Untuk mudah faham..Setiap Projek, Perbekalan, Perolehan perkhidmatan dari agensi atau Kementerian yang melebihi nilai RM 10 Juta mesti mendapat kelulusan Menteri Kewangan atau Perbendeharaan ..Bukan bermakna projek itu datang dari kementerian Kewangan.. Meh Aku faham kan Walaun PAS contoh Mudah..
2- KEMENTERIAN PERTANIAN DAN TENDER BAJA KEPADA NAFAS ...
Masih ingat cerita tender perbekalan Baja melalui tender terbuka yang kecoh tahun lepas.. Jadi pertikaian antara Menteri Kewangan dan Menteri Pertanian Salehuddin Ayyub tentang Tender RM 1.4 Billion.. ? Walhal ketika itu katanya ada Syarikat yang sudah boleh berikan harga lebih murah...
Tetapi oleh kerana Salehuddin Ayyub pada ketika itu simpati dengan Syarikat NAFAS yang sahamnya dimiliki Peladang Negeri dan Kawasan, Jadi Salehuddin Ayyub merayu kepada Tun Mahathir untuk tender itu diberikan kepada Nafas mealui rundingan Terus.. Ini bagi menyelamat ramai Persatuan dan
Peladang yang majoritinya Melayu..
Masa tu aku heran dengan Sikap PAS..yang bantah tender diberikan kepada NAFAS milik Peladang, Dan Sokong pulak tender diberikan kepada Syarikat bukan bumiputera.. Kata sokong BMF, tapi sanggup jadi Khadam Wee Ka Siong yang bantah tender tu diberi kepada syarikat milik Peladang yg majoritinya Melayu..
Jadi kalau Lim Guan Eng terpaksa luluskan RM 1.4 Billion itu apakah Salah Lim Guan Eng sebab luluskan Perbekalan tu ?
3- KEMENTERIAN KESIHATAN DAN KONTRAK DAN KONSESI PHARMANIAGA DALAM BEKALAN UBAT..
Kontrak syarikat konsesi pembekal ubat-ubatan dan peralatan perubatan, Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd (Pharmaniaga) dengan Kementerian Kesihatan yang berakhir 30 November lalu dilanjutkan selama 25 bulan
Semua orang tahu.. Masa zaman BN Perintah, Di Dedahkan Syarikat ini bekalkan Ubat dengan Harga yang berlipat kali ganda dari nilai Pasaran.. Syarikat yang dikaitkan dengan UMNO ini mendapat tender rundingan Terus, Masa ni Lim Guan eng juga mahu mengubah perbekalan ini melalui tender Terbuka..
Oleh kerana Bimbangkan Bekalan Ubat, Menteri Kesihatan merasakan perubahan tender ini perlu dilakukan secara beransur ansur bimbangkan bekalan Ubat terputus..Sebab Pharmaniaga sudah punya pengalaman dan rantaian bekalan di seluruh Negara...
Apakah Jika Tender bernilai Berbillion Ringgit itu tak dilakukan secara Tender terbuka ia menjadi Salah Lim Guan Eng ? Tidak... Lim Guan terpaksa luluskan atas keputusan Kabinet dan PM..
4- PROJEK DI KELANTAN MELALUI PDM BUILDERS SDN BHD..
Dulu heboh kononnya Bocor Surat dari Kementerian Kewangan yang meluluskan Projek secara rundingan terus pembinaan Projek Bagunan Persekutuan dengan nilai RM 450 Juta di Kelantan.. Yang mainkan isu ini UMNO... walhal depa yang luluskan.. Kos asalnya lebih RM 500 Juta..
Walhal PDM Builders telah dianugerahkan kontrak selepas Parlimen dibubarkan (7 April 2018). Projek Ini diluluskan oleh Najib Sendiri.. Inilah Jahatnya UMNO... Projek ini hanya dirunding semula dengan Kos yang baru sebab projek sudah pun berjalan...
5- JADI FAHAM KAN KENAPA LIM GUAN ENG CABAR DEDAH SENARAI 110 PROJEK INI ?...
Jadi Fahamkan..Kenapa Lim Guan Eng Tak Pernah takut.. Sebab dia memang takda apa yang nak ditakutkan.. Itu baru 3 Contoh..Banyak lagi contoh dari Kementerian lain seperti Kementerian Pendidikan, Pertahanan, hatta Kementerian Zuraidah dan Azmin Ali..
Ustaz dan walaun PAS bukan faham sangat tentang Tender, Projek dan Perolehan ni.. Beza harga Komoditi, Jumlah Pelaburan dan Dagangan Komoditi pun tak reti nak beza... Depa bukan faham game UMNO mainkan isu ini.. PAS hari ini jadi khadam UMNO jer..
Asyraf Wajdi tu lagi lah Tak berakal..Dulu sibuk isu Tabung Haji..Sekarang cuba nak mainkan sentimen isu kelulusan RM 6.6 Billion nak Repot Polis Pulak... Report lah SPRM sekali...Inilah ingatan Nabi SAW dulu.. Yang Khianat dikata Amanah..Dan Yang Amanah dituduh Khianat.. Sama seperti tindak tanduk PAS hari ini sebagai gambaran Ruwaibidhah..
و يُؤْتَمَنُ فيها الخَائِنُ ، وَيُخَوَّنُ فيها الأَمِينُ ..
" didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah..."
Game UMNO ni kalau kita faham..Cuba nak tutup Kehangatan Kes Takiri ngan nak hadapi PRK Slim River ni.. Orang PAS bukan Faham..Disuruh nyanyi lagu UMNO pun depa nyanyi..Disuruh pegang Bendera UMNO pun depa pegang.. Memang Allah taqdirkan akhir hayat depa jadi Khadam UMNO..Betullan Kata Tok Guru Nik Aziz dulu.. Ulama Terompah Kayu.. 🙂
Ipohmali
 

2 comments:

  1. tak payah la nak sokong sangat cina dap kafir

    ReplyDelete
  2. Mantap penerangan nyer ada rujukan skali. Terima kasih.

    Melayu. Malu la. Dok sokong sbb AKU melayu. Kalau baca paper pn baca tajuk shj. Cari yg benar. Buat rujukan. Sembang kedai kopi dengar bole. Nak percaya, tlg buka minda sikit.

    Mintak Zafrul list kn project2 tersebut skali ngn details nyer. Baru jelas dan betul.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...