Saturday, September 19, 2020

Sudah tiba masanya PH move on dan tinggalkan atok..


HALATUJU PH.

Mandat Rakyat Pru14 diperolehi hasil kerjasama mantap parti-parti PH, lebih spesifik dan khusus, kerjasama TunM dan DS Anwar.

Selepas dikhianati Parti Bersatu dan PKR Azmin, membentuk PN bersama musuh PH, menafikan Mandat Rakyat itu, untuk mengembalikannya perlu sekali lagi kerjasama TunM dan DS Anwar. Ianya tidak akan berjaya selagi TunM dan DS Anwar tidak bekerjasama.

Jika SUDAH DIYAKINI tidak akan wujud kerjasama antara TunM dan DS Anwar dalam usaha kembalikan Mandat Rakyat Pru14 ini, bagi lah TITIK NOKTAH kepada usaha ini, dan fokuslah kepada PRU15. 

SOALNYA, jika tiada kerjasama TunM dan DS Anwar dalam usaha kembalikan Mandat Rakyat Pru14 ini, apakah akan wujud kerjasama TunM dan DS Anwar dalam PRU15? 

Jika ada kerjasama, MUNGKIN itu yg sebaiknya.

Jika tetap tiada kerjasama, PH perlu memutuskan/menetapkan pendiriannya tentang hubungan dengan TunM @ Parti Pejuang.  

TunM menyebut, Pejuang akan jadi King Maker, tidak akan menyertai blok PH , mahupun PN menghadapi PRU 15. 

“(Pejuang) menyasarkan menang 36 kerusi pun dah mencukupi kemudian kita boleh MENENTUKAN SIAPA yang akan menjadi kerajaan".

“Kami adalah PARTI BEBAS dan TIDAK TERIKAT dengan sesiapa. Kami tidak fikir mana-mana dua gabungan (parti) boleh menang.

“Jika kita boleh menang 36 kerusi (parlimen), kita MEMILIKI KUASA untuk menyertai mana-mana gabungan,”

Kenyataan ini, SEBENARNYA sudah memadai untuk PH menetapkan pendiriannya. 

King Maker, akan menyebelahi pihak yang menguntungkannya. King Maker mahu mana-mana blok mengikuti syarat-syaratnya jika mana-mana blok gagal mencapai 112 kerusi KECUALI bergabung King Maker. 

Bahasa kasarnya, King Maker tidak pentingkan prinsip, ideology atau falsafah, yg penting KUASA dan mereka mahu menjadi penentu kpd kuasa tersebut! Bahasa yg lebih kasar, King Maker adalah 'Pelacur Politik'.

Kenyataan TunM mengenai matlamat Pejuang itu, menunjukkan EGO nya yg sangat tinggi, HANYA DIA yg LAYAK menentukan siapa PM, siapa Kerajaan.   

PH tidak boleh bekerjasama dengan Parti yang bercita-cita menjadi King Maker, kerana PH mempunyai prinsip dan matlamatnya yg jelas; Menang pilihanraya untuk Membina Semula Negara. 

Pilihan PH, menjemput Pejuang menyertai PH. Jika Pejuang tetap pendiriannya untuk menjadi King Maker, maka PH perlu jalan terus dengan haluan/halatuju nya sendiri!

Zaidi Zakaria 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...