Wednesday, October 21, 2020

PEMBUNUHAN KARAKTER TERHADAP ANWAR IBRAHIM..

 

PEMBUNUHAN KARAKTER TERHADAP ANWAR IBRAHIM.


Pembunuhan karakter ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim kes Liwat I & II, Siapakah DALANG nya?


Kes Liwat I & II adalah fitnah dan tuduhan yang direka ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim dalam konteks pembunuhan karakter atau Character Assassination menurut dan mengikut Sains Politik.


Pembunuhan Karakter/Character Assassination bermaksud ' FITNAH ' atau MENGATAKAN SESUATU YANG TIDAK BENAR menurut dan mengikut Sains Politik.


Character Assassination adalah sebahagian dari Sains Politik.


Bagi mereka yang tidak mempunyai pengatahuan asas dan pendidikan mengenai Sains Politik dan ingin tahu bagai mana pembunuhan karakter ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim adalah seperti berikut.


1. Pembunuhan Karakter atau Character Assassination bermaksud ' Fitnah atau Mengatakan hal yang TIDAK BENAR terhadap seseorang ' atau tokoh politik agar rakyat dan masyarakat tidak suka dan percaya kepada seseorang atau tokoh politik tersebut.


2. Seseorang atau tokoh politik yang menjadi sasaran pembunuhan karakter adalah seperti berikut:


I. Seseorang atau tokoh politik yang terlibat dalam persaingan.


II. Seseorang atau tokoh politik yang mewujudkan represantasi kekuatan Ideologi,Teori,Politik,Parti atau pergerakan.


III. Seseorang atau tokoh politik yang mempunyai status sosial yang tinggi dan berpengaruh.


IV. Seseorang atau tokoh politik yang sukses dibidang tertentu seperti politik,pemerintahan dan lain-lain.


3. Pembunuhan karakter biasanya dilakukan dalam bentuk KONSPIRASI oleh seorang PERDANA MENTERI atau PRESIDEN yang ' BERSIKAP DIKTATOR ' dan ' BERKUASA MUTLAK ' menurut dan mengikut Sains Politik.


KONSPIRASI bermaksud rancangan rahsia yang dilakukan secara menyalahi undang-undang khususnya yang berbau politik.


Pemimpin yang berfahaman DIKTATOR terbahagi kepada dua:


1. Pertama DIKTATOR yang terhasil dari rampasan kuasa atau kudeta,biasanya seorang tentera,Contoh:


1. Idi Amin - Uganda.

2. Manuel Noriega - Penama.

3. Juan Carlos Ongania - Argentina.


Diktator jenis ini menggunakan sepenuhnya kekuatan TENTERA untuk menghalang,menekan dan membunuh musuh-musuh politiknya.


2. Kedua DIKTATOR yang lahir dari pemilihan atau Pilihan Raya umum.


Diktator ini dipanggil DIKTATOR BERPERLAMBAGAAN,Contoh:


1. Adolf Hitler - German.

3. Mustafa Kemal Ataturk - Turki.

4. Ferdinand Marcos - Philippines.


Diktator berperlembagaan akan menggunakan sepenuhnya kekuatan Ketua Polis Negara/Cawangan Khas untuk memfitnah,menekan,menghalang dan membunuh musuh-musuh politiknya.


Ciri-Ciri seorang DIKTATOR.


1. Tampan,Menawan dan Menarik.

2. Berkarisma.

3. Pintar dan Cerdik.

4. Memiliki selera untuk berkuasa yang tiada had dan batasan ( Gila Kuasa ).

5. Berkuasa Mutlak.

6. Hipokrit/ Munafik.

7. Mahir menipu.

8. Tidak percaya kepada doktrin pemisahan kuasa antara Eksekutif,Kehakiman dan Perundangan.

9. Menggunakan FITNAH dan PEMBOHONGAN sebagai senjata utama dan banyak lagi.


Diktator berperlambagaan yang BERKUASA MUTLAK akan ' MEMPERALATKAN dan MENGGUNAKAN sepenuhnya kekuatan:


1. Ketua Polis Negara/Polis Cawangan Khas.

2. Peguam Negara.

3. Ketua Hakim.

4. Mahkamah.


Untuk MEMFITNAH,menghalang,menekan dan membunuh musuh-musuh politiknya.


4. Fitnah dan tuduhan yang direka ke atas seseorang dalam konteks ' Pembunuhan Karakter ' KELIHATAN BETUL dan BENAR kerana ia melalui proses siasatan Ketua Polis Negara/Bahagian Siasatan Jenayah kemudian diambil tindakan oleh Peguam Negara menerusi proses undang-undang serta Mahkamah dan akhirnya para Hakim membuat keputusan mensabitkan yang difitnah bersalah padahal semua mereka mengikut telunjuk dan arahan seorang DIKTATOR ( Perdana Menteri/Presiden ) yang BERKUASA MUTLAK yang telah memberi arahan untuk menyadiahkan ' Bahan bukti yang dirancang ' menurut Sains Politik.


Akhirnya rakyat percaya kepada seorang yang di FITNAH benar-benar meliwat kerana proses mensabitkan kesalahan dibuat dan dilakukan melalui proses undang-undang dan Mahkamah.


Tetapi rakyat dan masyarakat tidak tahu dibelakang proses fitnah ( Kes Liwat ) adalah seorang Perdana Menteri atau Presiden yang memperalatkan dan menggunakan Ketua Polis Negara/ Polis Bahagian Siasatan Jenayah dan Polis Cawangan Khas,Peguam Negara,Ketua Hakim dan Mahkamah.


Perdana Menteri atau Presiden yang berfahaman DIKTATOR dan BERKUASA MUTLAK boleh melakukan apa sahaja kaedah untuk membunuh musuh-musuh nya menurut dan mengikut Sains Politik.


5. Pembunuhan karakter amat bahaya kerana sukar untuk mempertahankan diri kecuali mereka yang ' Benar ' dan mempunyai semangat yang kuat dan tidak takut kepada manusia kecuali Allah SWT.Mereka ini adalah orang-orang yang beriman.


6. Jentera yang disusun demi menjatuhkan ' Imej ' seseorang atau tokoh politik.


7. Jentera itu adalah kerajaan dan seluruh agensi dijadikan alat demi menghalalkan cara.


8. Berikut adalah alat atau komponen pembunuhan karakter.


I. Mewujudkan persepsi.


II. Menyadiahkan bahan bukti yang dirancang.


III. Menyebarkan melalui seluruh agensi untuk menghukum.


IV. Peralatkan seluruh sistem pentadbiran seperti:


1. Ketua Polis Negara/Polis Bahagian Siasatan Jenayah dan Cawangan Khas.

2. Peguam Negara.

3. Ketua Hakim.

4. Mahkamah.


5. Media arus perdana bagi mempotret atau menggambarkan seseorang yang difitnah seperti syaitan dan manusia hina.


V. Menghukum untuk memusnahkan.


9. Tidak ramai yang survive hanya yang benar-benar berwibawa berjaya mempertahankan maruah sehingga diakhir hayat.


10. Kesimpulan,kerana pembunuhan karakter dilakukan dengan cara ' Memfitnah dengan tuduhan yang direka ' dan memanipulasi data maka faktor pembohongan memainkan peranan yang sangat penting dalam hal ini.


Semakin besar pembohongan itu ia semakin meyakinkan,maksudnya pembohongan harus diulang dan diulang yang akhirnya orang ramai atau masyarakat percaya.


11. Dalam pembunuhan karakter dua tokoh politik memainkan peranan penting ia itu;


1. Joseph Goebbel seorang menteri dan ahli propaganda Rejim Nazi berkata;


' Pembohongan yang diulang-ulang akhirnya akan dipercayai oleh masyarakat.'


2. Niccolo Machiavelli seorang ahli strategi Italy yang terkenal dengan falsafah ' Matlamat menghalalkan cara.'


Matlamat menghalalkan cara bermaksud seseorang pemimpin sanggup melakukan tektik kotor untuk mempertahankan kuasa dan sanggup menelan kahaknya, menjilat ludahnya dan melutut kembali kepada musuhnya asalkan matlamatnya tercapai.


Pembunuhan karakter adalah sebahagian dari Sains Politik yang telah wujud sejak tahun 1787 di era atau zaman Napoleon Bonaparte.


Note.


1. Siapa dibelakang dan yang melantik Ketua Polis Negara?

2. Siapa dibelakang dan yang melantik Peguam Negara?

3. Siapa dibelakang dan yang melantik Ketua Hakim Negara?

4. Siapa dibelakang dan yang mengawal Mahkamah?

5. Siapa dibelakang dan yang mengawal Media Arus Perdana.


Kes Liwat I & II adalah konspirasi yang bertahaf tinggi hanya mereka yang mempunyai pengatahuan asas dan pendidikan mengenai Sains Politik boleh memahaminya.


Siapakah DALANG nya kes Liwat I & II?


Kes Liwat I terbongkar campurtangan Kehakiman apa bila Ketua Hakim Datuk Eussouf Chin disiasat.


Kes Liwat II terbongkar campurtangan kehakiman apabila Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Becker mendedahkanya.


ANWARPM9.


Pandangan Sains Politik.


Abdul Rauf Hj.Jainullah.

2 comments:

  1. Seorang yg bencikan rasuah berlawan dengan ratusan orang yang cintakan rasuah

    ReplyDelete
  2. kes liwat 1.anwar msuk penjara bukn krn liwat,tpi krn campur tangan beliau sndri dlm siasatan yg dilakukan oleh s.a.c musa hasan yg wktu itu mnjd pegawai penyiasat kes liwat anwar.yg mna anwar sendiri call hp s.a.c musa hasan dan suruh hentikan siasatan.apa punya bingai abg non pi call direct musa hasan.patut guna la org ketiga supaya sound musa hasan,ada pun pertuduhan liwat 1 tu mmng x relevan sbb kejadian liwat tu dh terlalu lama, antara 7-8 tahun dri tarikh bicara tu.bukti pun x kukuh nk sabitkan abg non.yg kena tala jubo tu pun dh x ingat kejadian tu sbb fktor terlalu lama.kes liwat 2 plak korang cari tau sndri laa.mlas aq nk cerita.bnda msih baru kan jdi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...