Ingatkan bila PN yang kononnya kerajaan Melayu/Islam memerintah negara ini, keadaannya dalam menjaga aset negara tentulah jauh lebih baik berbanding BN atau PH sebelum ini.
Kalau dulu ketika PH memerintah, bila ada saja berita mengenai penjualan aset negara, riuh rendah mereka yang ketika itu menjadi pembangkang bersuara dan mengadu domba.
Tetapi, apa sudah jadi sekarang?
Kenapa PN pun menjual aset negara juga?
Lebih buruk, yang menjual itu pula adalah PNB, sebuah badan pelaburan yang menjaga kepentingan Melayu dan Bumiputera dan telah menjualnya kepada bukan Melayu?
Kenapa dijual kepada bukan Melayu?
Tiadakah Melayu yang mahu membelinya?
Atau pernahkah ia ditawarkan kepada Melayu terlebih dahulu sebelum dijual kepada bukan Melayu?
Akhirnya, di mana suara-suara Melayu/Islam yang selalu bising selama ini?
Kenapa sekarang mendiamkan diri?
Sudah kenyang dan tembolok masing-masing sudah penuh dengan jawatan dan gaji lumayan setiap bulan? (Shahbudindotcom 18/11/2020)
Sebab penubuhan PNB itu bukan 100% modal permulaan itu Oleh BUMIPUTRA, 50% dpd wang pampasan dpd kerajaan jepun it's kaum INDIA... itu lah sebab PNB boleh jual aset2 nya kpd bukan Melayu...faham!!??
ReplyDeleteBagero
Deletepunye komen
This comment has been removed by the author.
DeleteKo paham tak cerita ni. Org cakap, cuba zaman ph benda ni jadi. Tak kisah la nak jual kat sape pun, tak nak jual ke. Mau lebai dan oejuang melayu melalak 24/7. Tapi pasal bukan dap yg buat. Jadi la halal.
DeleteCCM adalah syarikat yang mempunyai tuan punya produk salutan klor alkali&polimer juga produk klorin untuk rawatan air bersih bekalan air untuk negara Malaysia. Selepas penjualan saham CCM siapa pula yang akan menjaga yang menjaga keselamatan kebersihan air untuk rakyat berasa selamat meminum dan menggunakan air. Tidak Di nafikan ramai yang kaya Wang kerana penjualan saham ini, yang menjadi isu nya sekarang siapa pula yang akan menjaga kebersihan air juga tempat logi logi air. Tidak mahu rakyat takut keracunan, Wang bolih Di cari, nya tidak mahu rakyat kehilangan. Tidak timbul hal siapa kenyang Wang, apabila nyawa yang akan dikorbankan. Isu isu lain boleh sesiapa sahaja membuat jawapan, hanya dari tempat ini keselamatan yang utama, tanpa rakyat tiada negara! Tiada rakyat yang mahu mati, PNB bukan kah tidak pernah ada salepas negara ini merdeka Dan kemudian negara Malaya ini menjadi Malaysia,.
ReplyDelete