Friday, November 27, 2020

YANG MARAHKAN MP PH SOKONG BELANJAWAN TADI TU PENYOKONG PH ATAU ATOK?


 Di page-page pimpinan PH, penyokong marah kaw² sebab tak bantah Belanjawan 2021. Mereka tak puas hati.


Cerita dia macam neh. Siapa tengok perbahasan Belanjawan 2021 tadi?


Hari ini Zafrul telah membuat beberapa pindaan, penambahbaikan & tambahan peruntukan. Zafrul juga berkata bajet JASA akan dikurangkan & peruntukan khas #Covid19 bertambah. Naikkan elaun nelayan darat. Berikan pekebun getah Elaun Musim Tengkujuh bermula Dec 2020 & subsidi petani ditambahkan.


Oleh kerana Zafrul juga berubah tentang dasar KWSP & MORATORIUM yang baru diumumkan tadi, maka PH perlu masa untuk mengkaji samada unjuran Belanjawan 2021 relevan ke tak dengan pengumuman terbaru Zafrul; mengkaji samada angka² (peruntukan) yang disebutkan Zafrul tu sekadar angka atau boleh dilaksanakan atau tidak, pindaan dasar yang disebutkan tadi akan dilaksanakan (bila berbahas lanjut) atau sekadar percakapan retorik populis.

Ramai yang aku baca agak marah kerana PH tak bantah mungkin kerana mereka tak follow up perbahasan tadi.


Zafrul umum tadi; setuju, setuju. Tambah dana, pinda, pinda, saya buat semua yang MPs minta & mahukan.


Akhirnya PH hanya boleh soal tentang kebolehlaksana atau tidak (samada wang itu ada atau tiada). Dan adakah ianya akan dilaksanakan sebagaimana atas kertas.


Kalau PH main bantah je tadi. Walaupun Zafrul dah buat pindaan (ini kena kaji & pastikan juga samada pindaan itu betul² berlaku semasa perbahasan peruntukan setiap kementerian), percayalah cakap aku. 


PH akan dikecam kerana;


1. Dah pinda pun nak bantah lagi? Nampak sangat pembangkang membabi buta.

2. Derhaka YDPA.


Aku cadangkan yang marah² tu dengar dulu perbahasan hari ini. Pasal tula aku cakap tadi. Zafrul dah macam Superhero. Semua lulus jer.. 😂


Ameno World.. 😀

4 comments:

  1. Zafrul jadi mcm tu sbb abg non tak bangun.

    ReplyDelete
  2. Bukan membangkang it kerja Pembangang? Kalau nak smoking cadangan kerajaan boleh apply jadi ahli PN. Janganlah bodoh sangat...... Ketua Pembangkang dah jadi Ketua Pembangang dan cuba bangangkan orang ramai.

    ReplyDelete
  3. Greenhorn fm checkmated ex not so smart fm

    ReplyDelete
  4. Saya mendapat kad ATM saya yang sudah diprogramkan dan dikosongkan untuk mengeluarkan maksimum $ 10,000 setiap hari untuk pengeluaran tanpa had. Saya sangat gembira dengan perkara ini kerana saya mendapat wang minggu lalu dan saya telah menggunakannya untuk mendapatkan $ 70,000. Mike memberikan kad itu hanya untuk menolong orang miskin dan yang memerlukan walaupun sah tetapi ia adalah sesuatu yang baik dan dia tidak seperti penipuan lain yang berpura-pura memiliki kad ATM kosong .. Cukup hantarkan e-mel kepadanya: blankatm156@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...