Friday, December 25, 2020

Kronologi bagaimana PAS menjadi liberal...!!

 


Kronologi bagaimana PAS menjadi liberal:


1) Pertandingan Miss Plus World kali pertama diumumkan untuk pendaftaran pada Ogos 2020. Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk muslimah.


PAS berdiam diri.


2) Pertandingan ini akan berlangsung di Kuala Lumpur, di bawah pentadbiran Menteri Wilayah, TS Annuar Musa.


PAS berdiam diri.


3) September 2020, diumumkan 14 Finalis Miss Plus World.


PAS masih berdiam diri.


4) Minggu lepas, berlegar di media sosial poster pertandingan ratu cantik Miss Plus World, netizen mula mempersoalkan apa tindakan PAS.


PAS dah mula menggelabi.


5) Akhirnya pada 19 Disember, YADIM yang dikepalai oleh Tantawi, mula bersuara membantah pertandingan Miss Plus World.


Penyokong PAS mula bertakbir, dalam masa yang sama Menteri-menteri PAS masih berdiam diri.


6) 21 Disember, giliran Muslimat PAS pula suarakan bantahan. Muslimat PAS kata ia eksploitasi wanita.


Lalu para ukhti PAS pula bertakbir, Menteri Wanita PAS relaks je tak kata apa.


7) 22 Disember, Pemuda PAS umum maju jumpa penganjur, mahu runding mengenai pertandingan ratu cantik itu.


Penyokong makin kuat bertakbir dengan harapan Pemuda PAS akan berjaya menghalang pertandingan ratu cantik itu.


8) 23 Disember, akhirnya Pemuda PAS bertemu di meja rundingan, dan selepas berunding Pemuda PAS bersetuju pertandingan ratu cantik diteruskan dengan syarat tukar nama.


Penyokong PAS jadi kelu, keliru nak bertakbir lagi ke tak sebab semalam kata bantah hari ni benar pula.



9) Lantas Ketua Pemuda PAS tulis artikel dan disiarkan di harakahdaiy bertajuk "Dakwah di Meja Rundingan", dengan kesimpulan usaha mereka jumpa penganjur hanyalah berdakwah, bukan membantah.


Natijahnya, pertandingan ratu cantik tetap diteruskan dengan syarat tukar nama.sahaja.


Maka penyokong PAS mula menggelabi, tak tahu nak respon camne, lalu akhirnya mereka mula meratib, "asalkan bukan DAP!".


10) Kesimpulan, Menteri Wilayah senyum goyang kaki je lihat gelagat PAS meloncat-loncat terpaksa handle isu ini, sebab akhirnya imej PAS sendiri semakin tercalar dan kini PAS sudah pun rasmi menjadi liberal.


- menyokong individu ultra liberal sebagai Speaker Dewan Rakyat.

- Menteri Sawit PAS kata arak ialah hak Allah untuk non-muslim.

- Senator PAS kata upacara perkahwinan agama Sikh hanyalah respsi perkahwinan


Alhamdulillah.

PAS sudah jadi liberal.

Usah dinafikan lagi.


Sekian.


Sumber: Aman Muhammad

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...