Sunday, December 13, 2020

Sejak bila pulak PH angkat Shafie Afdal jadi penasihat PH?


 PH PERLU KETEPIKAN PIHAK LUAR YG SUKA BICARA SOAL TITIK BENGIK.

1) JIKA masih bersisa keazaman mahu selamatkan gabungan ini menuju PRU15, PAKATAN HARAPAN harus maju kehadapan tanpa pihak-pihak yg suka membicarakan soal titik bengik dan kebencian mereka kpd DSAI, Pengerusi PH. Mereka ini hanya mahu mengganggu gugat kesatuan PH supaya mereka boleh "Hijack" mcm dulu. Berhentilah bersangka baik dgn pengkhianat konsensus dan perjanjian PH yg dimeterai sejak sebelum PRU14. PH harus belajar dari kesilapan lalu. 


2) YAKINLAH...Selain PKR, DAP dan Amanah, TIADA PIHAK yg BENAR-BENAR faham erti #Setaikawan atau menghayati semangat Muafakat dan Kerjasama Tulen sebuah keluarga besar Pakatan Harapan. Kebersamaan Pakatan ini bermula dari Pilihanraya 1999 (PRU10) sangat berharga dan tidak sesekali boleh difahami oleh PARTI bekas-bekas penyangak dan penyamun kecuali yg benar-benar berubah dan bertaubat. "Slim chances".


3) Sebelum ini pejuWANG Muda KUNUNnya menyahut seruan Pemuda Amanah yg menyeru pimpinan PH kembali duduk semeja bagi membincangkan halatuju blok pembangkang. pejuWANG Muda meminta pemimpin-pemimpin Senior PH "memberi laluan" kpd kepimpinan muda utk membina sebuah blok pembangkang yg bersatu. Kita semua tahu itu semua Sembang Kari, Auta Kareiy dan Temberang yg mahukan DSAI disingkirkan. Apa anak muda sudah cukup bersedia utk lawan TSMY, Zahid, Najib, Hadi Awang, Azmin Ali, Hamzah Z, geng-geng PNkhianat dan PNyamun yg jauh lebih berpengalaman dan mahir dalam politik dan sepak terajang pilihanraya?


4) Sekarang Piee Apdal pula membuat "saranan" menukar kepimpinan PH dalam ertikata lain pastilah mahu DSAI selaku Pengerusi PH itu ditukar. Mereka ini sentiasa "hostile" dan "tidak mesra alam" dgn DSAI serta PKR. Ini bukan kali pertama serangan terhadap DSAI. Secara peribadi saya teringin sangat nak tengok respon oleh org2 seperti Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Khalid Samad, Mahfuz Omar, Dr. Mujahid, LGE, Liew Chin Tong, Anthony Loke, Hannah Yeoh dan mereka yg sama waktu dgnnya. Mahukah mereka ini mempertahankan DSAI?? 


5) Pada momen-momen seperti ini kita boleh uji #Setiakawan mereka masih utuh atau sudah berubah? 100 tahun #Setiakawan tapi akhirnya #Khianatkawan tiada gunanya. Sbb sesuatu perkara itu dilihat dan dinilai BUKAN dari PERMULAAN tetapi PENGAKHIRANNYA. Kita boleh jangka bahawa kepimpinan Keadilan / PKR akan pertahankan kepimpinan DSAI, tapi DSAI sudah membuka gelanggang untuk rakan-rakan pimpinan dalam Amanah dan DAP menentukan nasib dia. Kenapa mereka diam?


6) Sebaliknya pejuWANG Muda yg bersuara minta laluan dan kini Piee Apdal pula yg bersuara? Ironinya mereka BUKAN dari kalangan parti komponen Pakatan Harapan malah mereka sangat membenci DSAI dan pernah KHIANAT kpd perjanjian peralihan kuasa dari PT95 kpd DSAI. Adakah kita lupa? Org mcmni yg TIDAK BERPEGANG pada janji yg kita mahu tagih sokongan?? Di mana maruah PH? 


7) Sejak dulu saya menulis bahawa PH sepatutnya KUKUH dan UTUH supaya punya "bargaining power" utk berkata tidak kepada parti-parti langau ini. PH mesti memimpin dgn tegas sehinggakan mahu atau tidak pembangkang-pembangkang picisan yg lain terpaksa mengalah dan akur kpd konsensus kumpulan yg jauh lebih besar dari mereka. JANGAN BIAR PARTI KECIL TUNGGANG YG BESAR. Ini akan menyebabkan KETIDAKSTABILAN Politik dan penyokong yg ramai, yg membentuk MAJORITI dlm pembangkang akan rasa marah serta tidak selesa.


8) Berbalik kpd calon PM SEBULU ini. Adakah Piee Apdal bersuara bagi pihak PT95 yg sudah gelabah biawak? Boleh dia namakan pengganti DSAI? Piee Apdal menyibuk apa jika PH gagal atau berjaya sdgkan ketika ini, dia bukan "Team Player" utk jayakan PH pun. Malah Warisan tidak pernah mahu menyertai PH secara rasmi. Warisan hanyalah sebuah parti lokal (Sabah) dgn sifat Assobiyyah dan keNegerian yg PEKAT, tidak punya pengaruh di peringkat Nasional. Undi B2021 pun puak Warisan sabotaj PH menunjukkan Warisan ini hanya mementingkan kemahuan sendiri, agenda parti dan peribadi berbanding kepentingan rakyat. Ini jelas Politik Membenci  yg "opposite" atau berlawanan dgn Politik Konsolidasi dibawa oleh DSAI dan DHM.


9) Piee Apdal tuduh kepimpinan PH hari ini "TIADA ARAH"? Macam mana kepimpinan PH nak punya arah kpd penyatuan TIGA PARTI iaitu PKR, DAP dan Amanah dalam PH, solid berdiri di blkg DSAI jika PT95 dan Piee Apdal sendiri suka mengacau dan BUKAN "Team Player" yg boleh diharapkan di dalam blok pembangkang??


10) Yg tiada arah itu sebenarnya ialah Piee Apdal, Warisan yg dah hilang kuasa di Sabah dan puak2 pejuWANG yg hari2 asyik menjerit minta DSAI beri laluan buat mereka dibantu oleh SESETENGAH pihak dalam parti kecil itu selaku komponen PH. Sejak tahun 1998 DSAI bersama rakan2  lama dari DAP, bekas pemimpin2 PA$ (kini Amanah) dlm pembangkang yg membina BA, PR dgn keringat dan airmata yg kini berevolusi sebagai Pakatan Harapan dgn sokongan 52% (ketika PR) pengundi Malaysia, senang-senang PT95, Piee Apdal and the gang "hijacked" utk kalahkan BN lepastu KHIANAT kpd DSAI dan PH? 


11) Skrg Piee Apdal mahu ketepikan DSAI semata-mata sbb pejuWANG pun hanya parti haram takde sokongan dan tak tahu nak bertanding atas watikah dan tiket parti mana jika TSMY bubarkan Parlimen utk PRU15? Piee Apdal ni nak tipu sape? Tipu walaun-cai dan puak Oren Masam bodo boleh la. Penyokong-penyokong PH yg tulen tidak akan terpedaya dgn temberang KUNUNnya....


"perubahan perlu dilakukan secara menyeluruh pada kepemimpinan yang ketika ini tidak menyatukan dan tiada arah".


12) JANGAN JADI MASALAH SEDARA-SEDARA, JIKA ANWAR JADI BEBAN, ANWAR BOLEH UNDUR.....JIKA ada di kalangan pimpinan PH yg bersetuju dgn Piee Apdal, sila namakan pengganti DSAI dan biar ia dibahaskan secara terbuka. Ada "bran"? JIKA tidak, jangan lagi berkawan atau rapat dengan makhluk-makhluk yg suka sangat membicarakan soal titik bengik semata-mata mahu puaskan kehendak PERIBADI mereka berbanding dgn kesatuan sebuah PAKATAN dan kepentingan RAKYAT. Jika PH tidak SOLID mereka akan diperkotak-katikkan oleh ORANG LUAR seperti Warisan dan pejuWANG.


13) SEELOKnya kepimpinan DAP dan Amanah jangan lagi mengharapkan sokongan kelompok penjahat, khianat, tidak setia kpd perjanjian, bekas Penyamun yg enggan berubah, enggan REFORM minda seperti Warisan dan pejuWANG itu. TAK perlu BERMUSUH dgn mereka JIKA anda TIDAK MAHU, tapi pertahankanlah maruah PH dan Pengerusi PH. PH dgn 3 parti utama MESTI DIPERKUKUHKAN dan bila tiba PRU15 kita boleh adakan "Electoral Pack" dgn sesiapa shj termasuk penjahat2 itu sekalipun asalkan PN, MN dan BN tumbang. 


14) Harus diingat....di PRU15 Agenda REFORM yg kita semua perjuangkan MESTI DIPIMPIN oleh Bapa Reformasi iaitu DSAI jika kita mahukan REFORM TOTAL dan tidak mahu lagi dikhianati seperti dulu setelah berjaya menumbangkan UMNO BN. Hanya DSAI punya "Political Will" utk melakukannya kerana dia yg memulakan kebangkitan ini. DSAI sangat "passionate" dan istiqomah mengenai REFORM. Rebuih tak hempuk.

https://www.youtube.com/watch?v=zQbxbnw0CNk


Wallahualam.


Zus Din 

12 Disember 2020

******************************

KOTA KINABALU: Presiden Warisan Shafie Apdal berkata pembangkang akan gagal pada pilihan raya akan datang jika masih diketuai kepemimpinan sama.


Beliau berkata, perubahan perlu dilakukan secara menyeluruh pada kepemimpinan yang ketika ini tidak menyatukan dan tiada arah.


LINK BERITA : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/12/tukar-kepemimpinan-pembangkang-atau-ph-akan-gagal-pada-pru15-kata-shafie/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...