Friday, December 11, 2020

Siapakah FFIRA MIKAH yang boleh namanya diabadikan di satu mini stadium di Kedah?

TAHNIAH orang Kuala Nerang.. Stadium bola hgpa dah dapat diuruskan dengan jayanya.. 

Yang best pasai stadium nie ialah nama yg diberikan..  Pak Su dok baca seimbas lalu ingatkan tokoh bolasepak Kedah manalah yg hgpa letak nama tu.. 

Mana tau ada anak kuala nerang ka penah wakil kedah atau negara jadi nama dia lah yg pie bohnya.. 

Atau pon Pak Su ingat adik beradik Mira Filzah kaa nama diberi kan tuu.. 

Kalau hangpa nak tau FFIRA MIKAH tu sapa mai Pak Su nak habaq.. 

Selepas Pak Su dok buat kajian dan apa yg Pak Su jumpa macam nak gelak pon ada nak nangis pos ada.. 

Kelaku macam nie pon masih ada skrg nie.. Jenis kalih kalih nama dan ejaan... Ingatkan budak2 sekolah aja dok main pusing nama lagu nie tapi yg dah org lama pon boleh juga dok pikiaq lagu tuu.. 

Rupa2nya nama FFIRA MIKAH nie adalah hasil pusing ejaan nama dari HAKIM ARIFF iaitu Tuan Pegawai Daerah Padang Terap.. 
 
Tahniah lah tuan kerana nama tuan yg diterbalikkan tu di gunakan kat stadium tersebut.... 





Nukilan - Pak Su Kola Nerang 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...