KENYATAAN PENUH BERHUBUNG SKIM I-SINAR KWSP YANG DIUMUM SEMALAM
Sejak bulan Oktober, saya dan BN telah tuntut kerajaan PN membenarkan pengeluaran dari akaun 1 KWSP.
Dari langsung tidak dibenarkan ke pengeluaran bersyarat bagi 600 ribu ahli ke 2 juta ahli dengan syarat dan akhirnya ke pengumuman semalam bahawa 8 juta ahli KWSP dibenarkan dengan syarat.
Namun skim i-Sinar ini masih mempunyai kekurangan yang tetap mengundang kemarahan dan kekecewaan sebilangan besar pencarum.
Ini jelas kelihatan dari jumlah komen mencecah 50,000 ribu di ruang komen posting saya malam semalam di mana hampir 99% adalah komen yang berbunyi i-Kecewa, i-Kencing dan i-Marah.
Ramai pencarum sudah bertukar menjadi pencarut sebab rasa telah dipermainkan pemerintah.
Saya percaya jumlah komen yang mencecah 50,000 adalah satu petunjuk bagi kemarahan Rakyat.
Sebab itu, saya tuntut kerajaan PN untuk sekali lagi menambah baik skim i-Sinar dengan tidak lagi mengenakan apa-apa syarat bagi mana-mana ahli yang ingin mengeluarkan simpanan mereka untuk menghadapi krisis pandemik yang sudah melanda kita selama 10 bulan.
Saya percaya pembetulan ini wajar sebab:
1. Kerajaan PN patut letakkan kepercayaan pada Rakyat sebab Rakyat sendiri yang tahu jika mereka sedang berdepan dengan cabaran kewangan dan Rakyat juga faham mereka tidak akan sia-siakan simpanan masa tua mereka jika tiada keperluan mendesak.
Adakah ianya logik bahawa ahli dengan pendapatan RM10k sebulan yang turun 30% menjadi RM7k dianggap terjejas tetapi ahli dengan pendapatan RM2k sebulan yang turun 20% menjadi RM1,600 tidak dikira sebagai terjejas dan tidak layak?
Kerajaan juga tidak akan tahu berapa jumlah beban tunggakkan hutang atau liabiliti dihadapi ramai akibat pendapatan yang tidak menentu yang telah bertimbun setiap bulan sejak pandemik bermula 10 bulan lalu.
Sebab itu, ianya bukan tanggug jawab kerajaan untuk membuat andaian ahli mana yang sedang terdesak dengan meletakkan syarat arbitrari bahawa pendapatan ahli perlu berkurang 30% sebelum layak.
Ianya juga bukan tanggung jawab kerajaan untuk menafi Rakyat mengambil duit sendiri pada ketika mereka paling terdesak.
Sebaliknya, tanggung jawab kerajaan ialah untuk mempermudahkan bagi Rakyat dan untuk mencari jalan untuk memastikan simpanan KWSP dapat dipulihkan pada masa tersingkat setelah pandemik Covid berakhir.
2. Rakyat yang sedang lemas sekarang tak mampu tunggu 3 bulan lagi sebelum diberi pelampung.
Pengumuman KWSP semalam bagi kategori 2 bermaksud:
- Ramai yang terdesak sudah tunggu sejak bulan Oktober,
- Tapi perlu tunggu lagi sehingga 11 Januari 2021 sebelum dibenarkan memohon dengan pelbagai bukti dokumen,
- Kena tunggu lagi 2 hingga 3 minggu untuk dimaklumkan KWSP jika permohonan layak atau tidak.
- Jika layak, bayaran hanya akan dibuat sebelum akhir bulan berikutnya - iaitu pada akhir bulan Februari.
Sekarang baru permulaan bulan Disember.
Adakah ianya munasabah bagi mereka yang tengah lemas untuk tunggu 3 bulan lagi sehingga akhir bulan Februari sebelum mendapat pelampung sedangkan mereka sudah berharap sejak bulan Oktober iaitu 5 bulan dahulu?
3. Elak Rakyat serbu pejabat-pejabat KWSP pada ketika risiko penularan Covid masih wujud.
Sejak semalam, media-media melapor bahawa pejabat-pejabat KWSP sudahpun sesak akibat diserbu ahli.
Bayangkan berapa ramai lagi ahli yang akan terdedah kepada risiko dijangkit Covid jika mereka terpaksa beratur di pejabat KWSP untuk serah bukti dokumen jika i-Sinar masih bersyarat?
Jika skim i-Sinar tidak lagi perlukan sebarang bukti dokumen untuk diserahkan kepada KWSP, saya percaya kesesakkan di pejabat KWSP seluruh negara mampu dielakkan atau diturunkan.
Risiko tercetusnya kluster Covid KWSP juga berkurang.
Jika 4 juta ahli sahaja di bawah katergori ke-2 skim i-Sinar diperlukan untuk menyerah 3 helai dokumen sebagai bukti pendapatan mereka telah berkurang maka KWSP perlu memproses sebanyak 12 juta dokumen.
Apabila skim i-Sinar tidak lagi bersyarat maka semua kesusahan dan beban kepada ahli dan staff kaunter KWSP dapat dielakkan sebab kebanyakkan ahli akan memohon dalam talian melalui perkhidmatan i-Akaun tanpa hadir di pejabat KWSP.
Justeru, proses pengeluaran akan menjadi jauh lebih lancar dan ahli tidak perlu lagi tunggu sehingga 3 bulan sebelum menerima bayaran lump-sum pertama.
Jadi, pada ketika janji lanjutan moratorium pinjaman masih belum memenuhi hasrat Rakyat, saya harap kerajaan PN akan membuat satu kali lagi penambahbaikan kepada skim i-Sinar supaya ianya TIDAK BERSYARAT dan tempoh untuk pemohon menerima bayaran pertama dapat disingkatkan dari 3 bulan ke maksimum 1 bulan.
Terima kasih.
Najib Razak
Latok....
ReplyDeletePesan kawan kpd latok....
Daripada berbunyi di dlm media....
Apa kata latok, bangun dlm dewan... bangun..... undi tolak belanjawan yg dibangkitkan..... itu lebih baik
Entahlahhh..betul ker? Sebenarnya duit dah digunakan dan tak der..cuma tinggal angkr? Tu yang jadi susah kot? Kalu betoi naya tak?
ReplyDelete