Saturday, April 11, 2020

Sambung PKP : Jangan Salahkan Rakyat, Bila Kerajaan PN Sendiri Gagal..


Baru baca berita, Muhyidin Mengumumkan sambungan PKP, dan bersedia melonggarkan sedikit ruang ekonomi, aku taknak komen dulu..Cuma tunggu dan langkah seterunya..

Apapun tak perlulah salahkan rakyat atas sebab lanjutan tempoh PKP ini, Jelas terdapat kelemahan ketara tindakan Kerajaan dalam menangani Wabak ini, Ia bukan menyentuh soal frontliner mahupun petugas Kementerian Kesihatan yang jelas cemerlang....

ramai yang pulih hari ini hasil kecemerlangan mereka..samalah semasa gelombang pertama dahulu.. 22 kes Covid-19.//22 darinya Pulih.. Sehingga kita tidak ada kes selama 11 hari..

Aku tengok ramai yang cuba salahkan rakyat..Salahkan mereka kononnya mereka degil keluar rumah..Aku minta kita jangan terperangkap dengan Virus Azwan Ali yang menciptakan ketakutan tanpa fakta..

tetapi apa yang berlaku hari ini..jelas dari beberapa kegagalan tindakan MKN dan Nadma bertindak cepat.. menyebabkan tempoh PKP selama 4 Minggu hanya lah sia sia.. Mereka sendiri sejak awal tidak berusaha memutuskan rantaian ini...

Sebenarnya walaupun mereka wujudkan ketakutan kononnya Virus merebak, tidak ada kluster Pasaraya, Kluster Pasar pagi, Kluster Pasar tani atau Kluster kedai Mamak, Yang jelas sebaran wabak ini atas 2 faktor utama, Jangkitan Tabligh dan Import..


1- KLUSTER IMPORT TANPA PROSES KUARANTIN

Sebagai contoh, Beberapa Kes dan Kluster baru yang wujud, adalah disebabkan kegagalan meletakkan pengasingan mereka yang pulang dari luar negara.. hatta wujudnya Kluster baru dari kelompok yang dibiarkan mereka dikuarantin bersama keluarga dirumah..

Singapore sebelum mereka melaksanakan MCO, Mereka terlebih dahulu bertindak progresif bila mereka terlebih dahulu penyediakan penempatan ,Hotel untuk mereka yang pulang dari luar negara, Berbeza dengan kita, Setelah 3 Minggu MCO.. Baru Kerajaan sediakan pusat pengasingan dan hotel...

Sebagai contoh mudah, Lihat bagaimana seorang pemimpin Pemuda PAS yang bercuti di Turki, Pulang dari Turki dalam tempoh MCO?PKP.. tetapi dibiarkan untuk dia dikuarantin sendiri di rumah..bila wujud kluster dikalangan pengimport baru ini, baru kerajaan bertindak menyediakan Hotel dan tempat pengasingan...itupun dah masuk minggu ke 3..

Begitu juga beberapa Kluster yang pulang dari Italy di Sarawak.. mereka dibiarkan kuarantin sendiri dirumah..Kluster Tabligh yang sekali lagi pergi menyertai himpunan tabligh di Sulawesi dan India biarpun jelas terdapat kes dan Kluster besar himpunan Tabligh di Malaysia.. begitu juga pelakon dan produksi Drama yang positif COVID-19..

biarpun aku setuju ramai kelompok tabligh yang tak bersalah, mereka menjadi mangsa....hakikatnya ramai juga yang degil dan masih menyertai himpunan diluar negara seperti kes himpunan di Sulawesi dan India....

2- GAGAL KESAN KLUSTER IMPORT..

Aku masih ingat saranan Dr Dzul sejak awal PKP.. Dr Dzul mencadangkan Kerajaan mengesan kelompok ini secepat mungkin, Sepatutnya tenaga anggota Polis dan tentera digunakan untuk tujuan ini.. Sebelum ini dilaporkan Kakitangan Kerajaan sahaja yang menganjurkan lawatan luar negara lebih 8 ribu orang..

Dalam tempoh mereka berkurung di rumah ini lah sesuai menjejaki mereka.. Kerajaan boleh saja dapatkan Snearai nama dan rekod penerbangan, Malangnya tindakan berlaku hanya melalui rekod kesihatan dan perubatan dikesan bila ramai dari mereka yang positif COVID-19..

Malangnya Menteri cuba tunjuk hebat.. Nak tunjuk buat kerja.. mereka hanya ditugaskan untuk tugas tugas tidak penting seperti menjaga kata Menteri Pertahanan, Menjaga Jalan, Jaga Pasaraya dan ATM Bank.. ia tak membawa apa apa makna..

3- GAGAL KENAL PASTI KAWASAN WARGA ASING..

Singapore hanya perlukan satu hari laksanakan MCO/PKP, Tetapi depa dah berjaya jejak sejumlah warga asing, penempatan Pekerja, Kawasan yang beresiko di Singapura..

Malangnya kawasan seperti Malayan mansion, Masjid India yang terkenal menjadi port kelompok Tabligh, Hanya dikesan hanya Minggu terakhir perlaksanaan PKP... Itu pun bila wujud rekod kesihatan kawasan itu terdapat banyak kes Postif COVID-19., Antaranya ada perjalanan dan rekod menyertai himpunan Tabligh India..

Sepatutnya kawasan beresiko seperti ini dapat dikesan lebih awal, apalagi bila rekod peserta Jemaah Tabligh ini sebahagian besar penyertaaan warga asing seperti India,Bangladesh dan Rohingya..

Khalid Samad lebih awal memberikan pandangan kawasan Flat, Pendudukan padat seperti ini, beresiko untuk Jangkitan berlaku, tapi ramai yang pertikai pandangan Khalid Samad..Dan ia akhirnya berlaku...

4- HIMPUNAN AWAM SEBELUM PKP YANG DIBENARKAN..

Kebanyakan kes berpunca dari kes Import.. Dan banyak dari kes generasi ke 3-5 Berlaku dalam himpunan awam, Sebagai contoh Kluster Gereja dengan mereka yang balik dari Italy.. dan Kluster dan kenduri kahwin yang masih dibenarkan biarpun tempoh MCO sudah hampir..

Mana tidaknya Menteri Perumahan sendiri mengajurkan majlis Keramaian sehari sebelum perlaksanaan MCO.. Sepatutnya bila ada kes jangkitan tempatan direkodkan seperti mana dalam kes Pengerusi UDA(kes ke 26)... Kerajaan sudah patut mengharamkan himpunan awam Sebagaimana Singapore..

Itu belum masuk himpunan awam di TBC dan Balai polis akibat tindakan panik Kerajaan...

5- RAKYAT BAWAHAN JADI MANGSA SEBAB NAFSU ORANG KAYA..

Kebanyakan kes. Kluster yang wujud disebabkan rekod perjalanan mereka kelompok menengah dan Kaya.. Mereka inilah yang membawa virus pulang dari Shaghai, Dari Italy, dari Turki dari Eropah.. Ada diantara mereka yang tidak bertanggungjawab merayau kesana kesini..Tetapi rakyat bawahan pula yang didakwa dan didera

Kadang2 aku simpati kepada kelompok bawahan, Penduduk Kampung....Kalau kita faham sebab dan punca kes berlaku.. Ia tak melibatkan seorang anak muda yang terpaksa ditahan kerana memhu membeli maggie... Tidak disebabkan 2 Apek Cina yang pergi memancing sebab hilang pendapatan.. Atau disebabkan Panjual dan penjaja ditepi tepi jalan... tetapi dalam tempoh MCO ini mereka yang jadi Mangsa, mereka yang hilang pekerjaan dan pendapatan..

Sepatutnya yang dihukum, mereka yang berdegil Melancong ketika wabak sedang memuncak di China, Mereka yang bermain salji ketika waktu PKP sudah semakin hampir.. atapun kelompok Agama yang degil seperti peserta Tabligh ke Sulawesi dan India..mereka lepas bebas..Malangnya yang menjadi mangsa, Rakyat bawahan..

Sedangkan tidak ada Kluster TESCO atau ECONSAVE.. tidak ada kluster Pasar Tani tau Kluster kedai Roti Canai, Kluster Kedai mamak, Ataupun Kluster penjaja Burger.. Malangnya dalam tempoh MCO ini mereka lah paling terkesan..

Atas sebab kelemahan Kerajaan ini, PKP selama sebulan ini hanyalah Sia sia.. :)

Ipohmali

23 comments:

  1. Power la abam ni dalam menaip sambil mencari kesalahan orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan pintu belakang terbaekk. Satu malaya merana keranamu...

      Delete
    2. Bukan salah rakyat dan bukan salah kerajaan.. Tp salah mereka yg ego..

      Delete
    3. Kesalahan org lain yg mmg nyata. Kalu ko X nmpk ato X fhm. Ko mmg kategori bodoh piang

      Delete
  2. Dlm sudut usaha kerjaan telah berusaha tp diakui lewat tp bkan dri pn kau org pun tau bila di minta mengsing dan menhantar pelanchong yg berisiko blek apa kat tun ..spai keluar perkataan kandang lembu wabak blum spai tahab bahaya...kau orng lupa ke.yg ego keras kepala x kisah semua ada jenis rakyat di mlaysia ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan main ko kutuk tun ye... Aku rasa kompom ko baru keluar gua ni... Ko tau tak masa tun m jadi pm kes covid 19 ni dah 0...tapi bila ganti je muhyiddin mendadak naik kes covid ni... Jadi Memmang patut la rakyat malaysia salah kan muhyiddin

      Delete
    2. Aku rasa kau yg bru kluar gua.kau lupe ke.mhadir yg kata tak perlu sekat pelancong.
      Padahal bnyak negara da sekat.
      AKU MALAS NK ULANG SEMUA TU.KAU BARU KLUAR GUA KAN.KAU CEK BALIK LA SNDIRI.APE KRAJAAN KAFIR PH SEBELUM NI CAKAP.PAKATAN DAPIG KAU TU.

      Delete
    3. Woi bodoh, jadi teruk pasal kluster tabligh,sejak bila yg berhimpun kt sri petaling tu pelancong drp china, tabligh tu himpunan agam islam bukan buddha. Bodoh piang natang nie.

      Delete
  3. Menteri menteri pihak berwajib sibuk buat kerja.. tak ada masa nak jadi pemerhati mcm penulis.. Bercakap ni mudah je tpi nak buat tu tak semudah berckp.. Mcm tu juga.. Nak cari slh org senang je.. Tpi nk cari slh sendiri tu yg payah.. Khalid sama cerdik pula bila jadi pembangkang.. Bila jadi menteri bodoh mcm keldai

    ReplyDelete
  4. apa yg kau dapat hasil dari menyalahkan orang?Kalau tak bertetima kadih kau diam ajelah .

    ReplyDelete
  5. Ko tiada cara lain nak cari nama. Sebab ko bodoh sombong..... Tak pun ko du upah oleh pembangkang.. dasar kunyit.
    ..

    ReplyDelete
  6. Penulis ni org ph mmg nak salahkan kerajaan. Tgok ayat pun dah tau. Klu penulis ni rakyat malaysia dia bagi cadangan atau nasihat yg bagus untuk menyelesaikan covid 19 ni dan bukan nak salahkan org lain.dari kerjaan ph lg rakyat dah suruh sekat warga asing masuk malaysia tp apa jawapn kerajaan dulu. Jgn rasis kat warga china dia penyumbang ekonomi kepada malaysia. Apa kata menteri pelancongan dan tun m kata. Tanya pada dia org. Nak ulang lagi kan kata biadap pada org tua.

    ReplyDelete
  7. Inilah salah satu daripada yg dianggap kuman yg lebih bahaya drp covid... Kuman manusia yg tau cari kelemahan atau perkara yg dia nampak buruk di mata dia semuanya disalahkan tapi yg dia tu lagi bahaya

    ReplyDelete
  8. Boleh diterima.walaupun pandangan or pendapat ini datangnya dr pihak lawan.yang positif kita sokong yang negertif kita lawan.

    ReplyDelete
  9. Pembangkang kan kerjanya membangkang

    ReplyDelete
  10. Masa Tun PM kes Baru o yaa🤣. Kes kencingggg Rakyat mimang kosong.Bab tak dimaklumkan Pd Rakyat 🤣🤣. Pembangkang oh pembangkang.. Idea tak boleh pakai.

    ReplyDelete
  11. Ni saya rasa upahan ph and dap sbb egonya melebehi iblis yg paling btulnya bkn salah pn,tp ksalahnni wajib diakui ph sndiri krna yg mmbnrnya mntri2 ph yg prstujui madey supya plncung n plcur cina dbawa masuk sini

    ReplyDelete
  12. Bukan masanya nk salah menyalahkan.Semua org comment.Ambil sjs yg baik buat buat tauladan dan yg tk baik jangan diambil.Tujuanya adalah sama2 utk kebaikan bersama.Hapuskan virus covid 19.

    ReplyDelete
  13. Kerajaan PN loni jd mangsa kes atuk....
    Ingat wartawan ty aritu.. X tutup ke pintu sepandan drp cina,korea.. Atuk jawab.. Rugi bisness beliun.. Dan nak simpan mana cina2 ni umah ke??
    Disana dah tau penyakit ni awal lagi.. Bahaya.. ( siap perli lg)
    Ni kes atuk and the geng.. Kalu molek tangkap segera vip yg menghina pegawai kesihatan . tu.. Dah menyusahkan org membawa penyakit import
    ...

    ReplyDelete
  14. Komen memang pandai jadi pemerintah 22 bln rakyat mcm mcm di bohong ng muflis perompak pencuri penyamun jual sanasini harta kerajaan tiap hari sidang parlimen menyengeh bila tun bangun tepuk meja sokong atlast dah nampk menyampah dgn pm moncong muka tulah sandiwara ph yg akhir terbongkar selepas tun lepas jwtan dia dah lupa tak ingat.....baik juga klau tak klaulah masih pegang usah nak bg peruntukkan bg rakyat duit dompet rm 30 tupun mcm cekadak .bila scammer tahu butiran peribadi habis semua duit dlm bank sebab nak duit case 30 ringgit .sekrg bila pn pegang ng terdiri ng yg mampu menanggung masaalah rakyat berbg iniseatif di berikan kerana ng bukan ng muflis sebg di dakwa tun dam lge dan semua grombolan ph yg busuk hati. Nasib baik muhyiddin dan azmin cepat sedar berdosanya menipu rakyat akhirnya keluar kerana dah tak tahan penipuan ph atlast tu ment muda report duit kena curi 20000 kata duit pesatuan dah report tu tak sedar ...kata pulak duit sendiri dan keluarga apa cerita
    Tu blm tipu pasal tnb bayaran berganda siapa tak bayr potong api kata salah kira .tapi bayar tetap bayar....tu bln bank chas keluar duit masuk duit macam 2 hal .asb deviden paling teruk tu pegawai may bank cakap kita semua dah salah pilih kerajaan makcik ....
    Kota haji bayaran haji mendadak 21000 pertama kali gitau keraj terpaksa tanggung rugi kerana byaran haji 9800utk 1 x cuba fikir logic tak klau tiap th deviden dpt tinggi bayaran haji 1 rendah 9800 munasabah ke...tabung haji rugi.jual pulak aset tabung haji pd cina siapa yg betul siapa yg gila ni tu blm sampai ped felda tak makan jualan sawit merudum sebab gaduh atlast sawit tak laku kata kerj curi duit hey boringlah dah kalah ashik nak kondem pn nasib baik 11 org pkr tu sedar temberang dap akhirnya lahirlah pm yg sejati dan ment yg sejati
    Insyaallah rakyat akan berpadu menyokong kerj pn jgn bimbang rakyat dah tau dah penipuan ph dari pintu belakg dap ....kasihan kan anuar dah tak payah nak berangan jadi pm dah....dap gunakan kamu...

    ReplyDelete
  15. Dok rumah diam jaga jarak dg isteri biar tak buat anak

    ReplyDelete
  16. Singapore hanya perlukan satu hari laksanakan MCO/PKP ye? Nak tukar posting ke lps tengok status Singapore terbaru?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...