Wednesday, March 31, 2021

Akhirnya DARURAT digunakan untuk memberi kuasa kepada kerajaan PN untuk berbelanja sesuka hati tanpa mengikut bajet 2021 dan tanpa kelulusan parlimen.

 

Darurat yang dilaksanakan untuk membendung Covid akhirnya digunakan untuk memberi kuasa kepada kerajaan untuk berbelanja sesuka hati tanpa mengikut bajet 2021 dan tanpa kelulusan parlimen.
Kerajaan telah mengguna kuasa darurat untuk mewartakan ordinan baru untuk gantung Perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Perenggan 2(2)(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946,.
Dengan ini kuasa Dewan Rakyat berhubung soal kewangan telah diketepikan.
Pada bulan Februari, kerajaan telah naikkan had untuk memberi projek secara rundingan terus dari RM20k ke RM50k.
Dikhabarkan juga bahawa banyak lagi projek yang saiznya lebih besar telah diberi sejak beberapa bulan lepas - samada secara rundingan terus atau dianugerahkan secara tender terhad dengan alasan pemberian projek perlu disegerakan untuk melawan Covid.
Sebab itu, saya pernah tanya tentang nisbah hutang kerajaan yang sudahpun cecah 62.2% - iaitu melebihi had 60% yang dinaikkan dari 55% pada bulan Ogos lalu.
Sebelum warta hari ini, kadar pinjaman baru kerajaan tahun ini sudahpun amat rancak dan hutang kerajaan dijangka naik ke RM975.4 bilion pada akhir tahun ini (berbanding RM686.8 bilion masa BN).
Selepas warta ini pula, hutang kerajaan mungkin lebih tinggi berbanding angka RM975.4 bilion itu.
Dalam tempoh 3 bulan sejak tahun 2021 bermula sahaja, kerajaan telah membuat pinjaman baru sebanyak RM54.5 bilion.
Januari 2021 (Pinjam RM19 bilion)
7 Jan 2021: Pinjam RM3.5 bilion https://bit.ly/2ZfKxRD
12 Jan 2021: Pinjam RM3 bilion https://bit.ly/2LQUO3p
15 Jan 2021: Pinjam RM4.5 bilion https://bit.ly/3rWxX5X
19 Jan 2021: Pinjam RM2 bilion https://bit.ly/37ge55I
22 Jan 2021: Pinjam RM4 bilion https://bit.ly/3dg9iW0
26 Jan 2021: Pinjam RM2 bilion https://bit.ly/3poeA3W
Februari 2021 (pinjam RM13 bilion)
4 Feb 2021: Pinjam RM4.5 bilion https://bit.ly/2N6XoTD
9 Feb 2021: Pinjam RM2 bilion https://bit.ly/3barZrd
19 Feb 2021: Pinjam RM4 bilion https://bit.ly/3amcr4P
24 Feb 2021: Pinjam RM3.5 bilion https://bit.ly/2PRWfjL
Mac 2021 setakat ini (pinjam RM22.5 bilion)
5 Mac 2021: Pinjam RM4 bilion https://bit.ly/3cmoSgA
10 Mac 2021: Pinjam RM1.5 bilion https://bit.ly/3rIj8El
15 Mac 2021: Pinjam RM4 bilion https://bit.ly/30DOT5w
17 Mac 2021: Pinjam RM2.5 bilion https://bit.ly/3vxd5Vu
22 Mac 2021: Pinjam RM4.5 bilion https://bit.ly/3tE4heA
25 Mac 2021: Pinjam RM2 bilion https://bit.ly/3lIEKy5
30 Mac 2021: Pinjam RM4 bilion https://bit.ly/3sEQiVQ
Sebab itu, ianya penting untuk parlimen disambung semula supaya wakil rakyat boleh memantau perbelanjaan kerajaan.
Hutang kerajaan bukan ditanggung oleh kerajaan hari ini tetapi oleh kerajaan-kerajaan masa depan dan akhirnya akan ditanggung oleh Rakyat melalui pelbagai cukai-cukai baru.
 
NAJIB RAZAK 

1 comment:

  1. Do you need a Loan?
    Are you looking for Finance?
    Are you looking for a Loan to enlarge your business?
    I think you have come to the right place.
    We offer Loans at low interest rate.
    Interested people should please contact us on
    For immediate response to your application, Kindly
    reply to this emails below only.
    Whats app +918256953815
    indiafinace@gmail.com
    Please, do provide us with the Following information if interested.

    1) Full Name:………
    2) Gender:………
    3) Loan Amount Needed:………
    4) Loan Duration:………
    5) Country:………
    6) Home Address:………
    7) Mobile Number:………
    8)Monthly Income:…………………
    9)Occupation:………………………
    )Which site did you here about us…………………

    Thanks and Best Regards.
    indiafinace@gmail.com
    +918256953815

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...