Friday, April 23, 2021

AMBIK DUIT KWAP, JANGAN GADAI MASA DEPAN NEGARA


 JANGAN GADAI MASA DEPAN NEGARA


Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) ditubuhkan pada 18 Februari 1988 dengan satu matlamat, penggunaan optima hasil sumber asli negara. Matlamat ini digariskan agar hasil sumber asli negara yang menyusut dapat memberikan pendapatan yang berterusan dan stabil demi faedah negara dan generasi akan datang.


Ketika negara berhadapan dengan Krisis Kewangan Asia 1998, wang masa depan generasi akan datang ini tidak disentuh.


Pengumuman penggunaan wang ini oleh kerajaan amat mengecewakan dan menyerlahkan lagi kegagalan pentadbiran Perikatan Nasional menangani Covid-19.


Walaupun dilengkapi dana Belanjawan 2021 yang melebihi RM300 bilion, terbesar dalam sejarah negara, kerajaan masih gagal memerangi Covid-19. RM3 bilion yang mencukupi menurut Menteri Koordinasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin, nampaknya tidak cukup.


Permasalahan utama bukan lagi terletak pada jumlah peruntukan, tetapi kecekapan dan kebijaksanaan pemerintahan.


3 langkah harus diambil untuk menyelesaikan masalah ini tanpa perlu mengusik wang masa depan negara dalam KWAN. Pertama, kurangkan jumlah jemaah menteri yang terlalu ramai angkara ‘scheme of things’ Tan Sri Mahiaddin Yassin. Langkah ini sahaja kerajaan boleh menjimatkan RM7 bilion wang negara.


Kedua, perluaskan pemerolehan vaksin merentasi syarikat swasta dan kerajaan negeri. Benarkan pembelian dan pengedaran vaksin yang diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) oleh pihak swasta dan kerajaan negeri.


Ketiga, sekiranya kerajaan kebuntuan dan tidak berkemampuan menguruskan krisis ini, buka parlimen dan kita bincang bersama mencari jalan penyelesaian yang terbaik demi rakyat dan negara.


Shamsul Iskandar Md Akin

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya

Ketua Penerangan KEADILAN

1 comment:

  1. Ass.wr.wt.saya Ibu salmah sangat berterima kasih kepada Aki Soleh. berkat bantuan angka jitu yang di berikan Aki Soleh. saya bisah menang togel singapura 4D yaitu (3399) dan alhamdulillah saya menang (200,57 juta) sekarang saya sudah bisah melunasi hutang-hutang saya dan menyekolahkan anak-anak saya. sekarang saya sudah bisah hidup tenang berkat bantuan Aki Soleh. bagi anda yang termasuk dalam kategori di bawah ini:
    1.di lilit hutang
    2.selalu kalah dalam bermain togel
    3.barang-barang berharga sudah habis buat judi togel
    4.hidup sehari-hari anda serba kekurangan
    5.anda sudah kemana-mana tapi belum dapat solusi yang tepat
    6.Dukun Pelet Sakti
    7.Dukun Santet Ganas
    8.Pesugihan Dana Gaib, dan dll
    dan anda ingin mengubah nasib melalui jalan togel seperti saya hub Aki Soleh di no; 082-313-336-747.
    " ((((((((((( KLIK DISINI ))))))))))) "

    UNTUK JENIS PUTARAN; SINGAPURA, HONGKONG, MACAU, MALAYSIA, SYDNEY, TOTO MAGNUM, THAILAND, LAOS, KAMBODIA, TOTO KUDA, ARAB SAUDI,

    AKI SOLEH dengan senang hati membantu anda memperbaiki nasib anda melalui jalan togel karna angka gaib/jitu yang di berikan AKI SOLEH tidak perlu di ragukan lagi.sudah terbukti 100% akan tembus. karna saya sudah membuktikan sendiri.buat anda yang masih ragu, silahkan anda membuktikan nya sendiri.
    SALAM KOMPAK SELALU.DAN SELAMAT BUAT YANG JUPE HARI INI

    ..( `’•.¸( `‘•. ¸* ¸.•’´ )¸.•’´ ).. 
    «082-313-336-747»  
    ..( ¸. •’´( ¸.•’´ * `’•.¸ )`’•.¸ )..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...