Tuesday, June 29, 2021

DARI PKP KE FASA KE SOP KE KERAJAAN BANGSAT YANG CACAMERBA!


 Kawan saya mengirim rencana ini yg sy rasa orang2 yg berkenaan perlu memikirkan.. boleh baca sampai habis.. 

Selagi ada Selangor dlm situasi pendamik ini, Selagi tu lah kes susah nak turun 4000..cuba keluarkan selangor dr kes baharu sat..Asingkan Kes kat selangor tu buat SOP lain khas untuk negeri Selangor sahaja..jangan campur aduk dengan negeri-negeri lain..mesti kes harian negeri lain turun bawah 4000.. benarkan negeri kes bawah 300 rentas daerah dan hidupkan ekonomi negeri yang mempunyai kes aktif yang rendah.. 

Bila sakit jantung, doktor hanya rawat jantung..fokus pada jantung sahaja..bukan bila sakit jantung, doktor rawat seluruh anggota badan pesakit.. itu namanya buang masa dan buang tenaga.. bahagian tak sakit, tapi pergi rawat benda yang tak sakit.. kerja sia-sia namanya!

Paling kesian negeri Perlis..kes 1,2 ja tapi kena PKP sama macam negeri kes 2000..sepatutnya depa boleh bebas rentas daerah dalam negeri depa.. tak adil untuk negeri yang patuh dan kes covid yang rendah.. depa pukul sama rata untuk semua negeri.. memang orang mengamuk la..

Kalau benarkan pergerakan rentas daerah dan rantaian ekonomi negeri-negeri yang mempunyai kes aktif covid yang rendah ni, tahu tak ekonomi dalam negeri tu boleh berjalan dengan baik.. 

kerajaan boleh kurangkan belanja untuk memberi bantuan kepada negeri-negeri yang boleh berniaga, buka kedai, buka restoran, boleh bekerja dan sebagainya.. dengan syarat ketatkan pergerakan keluar masuk antara negeri.. jalankan swab test pada mereka yang nak masuk negeri lain atas urusan yang betul2 penting sahaja.

Kerajaan perlu lebihkan fokus pada negeri-negeri yang sedang PKP Penuh dan kes masih tinggi..bagi bantuan pada rakyat di negeri itu kerana mereka lebih memerlukan berbanding rakyat di negeri yang telah berlaku pergerakan ekonomi pada negeri mereka..

Duit kerajaan pun boleh jimat..tak perlu pukul rata pada semua negeri..rakyat pun tak marah.. dari situ, berlaku persaingan sihat sebenarnya di situ antara satu2 negeri dengan negeri yang lain. rakyat yang berada dalam negeri PKP Penuh mereka akan patuh SOP sebab nak turunkan kes supaya dapat lakukan aktiviti yang sama macam negeri lain yang dah bebas.. 

Paling penting, cepatkan pemberian vaksin supaya herd immunity dapat dibina dengan cepat dan kurangkan kes kematian dan kes2 kritikal covid 19.

Itu pun rakyat nak kena fikir ke.susah.susah.

pendapat saya..sekarang ni kita perlu fokus untuk banteras covid dan kembalikan pergerakan ekonomi.. MKN umum kes bawah 4000 baru boleh buka sektor2 lain..kalau kira sekali dengan kes di Selangor, 2 tahun lagi belum tentu boleh buka sektor2 lain.. kedai baju..kedai cermin mata, kedai barangan bayi dan sebagainya perlu ditutup sebab bukan essential service..bukan selangor sahaja.. 

tetapi negeri lain pun terpalit sama..pekerja mereka nak makan apa? Ada mulut yang perlu disuap.. berapa ramai kes bunuh diri berlaku akibat tekanan kerana dibuang kerja..diberhenti atas sebab majikan tak mampu bayar gaji pekerja..itu menunjukkan ekonomi negara kita semakin teruk.. rakyat semakin depression.. bantuan diberi kerajaan tak mencukupi untuk keadaan semua orang.. 

kalau negeri yang dibenarkan berniaga, bekerja, pendapat saya, mereka tak perlu bagi bantuan pun tak mengapa.. asalkan kedai mereka dapat beroperasi.. bantuan itu boleh diberi kepada rakyat dlm negeri yang betul2 terkesan kerana kes makin tinggi.. kerajaan perlu bekerja dengan cara fokus pada masalah dan cari jalan penyelesaian dengan cepat..

setiap SOP, setiap arahan tak boleh diberikan sama untuk semua negeri.. mereka kena banci kes aktif dan trend peningkatan covid berbeza2 mengikut negeri.. mereka tak lakukan benda ini..itu yang rakyat marah..rakyat bangkit dengan kebencian..

1 comment:

  1. Emergency Cash Loans Hello Everybody, My name is Mrs. Phyllis Sue South. I live in UK London and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of $350,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 2 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of $350,000.00 U.S. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs. Phyllis Sue South that refer you to him. contact Dr. James Eric via email: financialserviceoffer876@gmail.com Whats-App +918929509036

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...