Saturday, June 5, 2021

KELAYAKAN PIALA DUNIA - Berita sedih! Bad mood! Tidak percaya! Marah! & Kecewa!


 Sekadar berkongsi!


Analisis & Recap!

#MAS🇲🇾vs🇦🇪UAE
#WorldCupQualifiers2022 

Berita sedih! Bad mood! Tidak percaya! Marah! & Kecewa!
Buat sekalian fans Harimau Malaya seakan tidak percaya apa yang diberi oleh pasukan kita semalam.

Kita analisis & recap point-point penting dalam game semalam.

1. Naturalisasi+Warisan vs Local Player

FAM dalam 1- 2 tahum kebelakang dilihat amat serius dalam mencari pemain berdarah campuran dan juga naturalisasi! Naturalisasi adalah player yang cukup syarat bermain di liga malaysia selama 5 tahun.

Kehadiran muka baru seperti De Paula,Liridon,SamVille,Junior eldstal dan most expensive player dalam skuad iaitu Dion Cools dikira dapat membantu memberi stabililty,ability yang kuat ditambah dengan kebolehan pemain local sedia ada.

Tapi semalam,dapat disimpulkan dalam kaca tv..pemain ini menunjukkan tahap permainan yann teruk dan tahap rendah untuk seorang pemain 'import halal' berbanding dengan local player.

Sebagai contoh,De Paula..debut pertama untuk HM mensia-siakan harapan fans dengan gaya permainan yang malas,bersahaja,tak serius dan statik.Kehilangan banyak bola dan gagal untuk memainkan peranan sebagai striker tunggal dan target man.Tunggul!

Liridon juga mati di tengah,amat berbeza gaya matdon dalam game semalam seolah 'takut' untuk terima dan proses bola dan pergerakan.Syameer tidak membantu dan hanya geleng kepala bila bola terlepas dari kaki.Azam pula bermain sebagai DMF bukannya x bagus,tapi itu bukanlah speciality Azam yang kita tahu mempunyai kualiti "passes in between" dan juga killer pass yang baik!.

Dion Johan Cools pula tampak bersedia dan prepared bila bergandingan dengan Aidil,tak telalu bagus dan x terlalu teruk! Tak sampau 90 jam tiba di UAE dan terus bermain untuk 1st game,itulah kelebihan pemain yang mempunyai pengalaman luas di eropah dan UCL!
Kuncinya adalah masa!

Jika dikira semalam projek naturalisasi & warisan adalah gagal sama sekali.tetapi!
Itu adalah game pertama bersama dan harus beri peluang kepada mereka.

2. Perangkap UAE menjadi!

Dari awal game kita dapat lihat pemain UAE akan bermain dikawasan sendiri dan akan tolak bola kepada goal keeper,kerap! Itu adalah perangkap..UAE adalah team yang x gopoh untuk menyerang! Mereka akan tarik sebolehnya DMF kita akan naik tinggi dan sebolehnya pecahkan midfield kita.

HM tidak mainkan game seperti biasa kita lihat iaitu hard pressing ke arah lawan..dan hanya menunggu di middle third sahaja..

Gol pertama UAE terjadi atas kelekaan defend naik tinggi dan dari Defensive UAE satu long pass kepada Ali Mabkhout dan Gol! Boleh dilihat belakang aidil ada ruang kosong yang selesa untuk Ali tewaskan Farizal.

3. Safawi & Sumareh Ofform!

Kempen kali ni tidak sama dengan kempen 2019 lalu,2 player inilah penggerak utama dalam kucar-kacirkan pihak lawan..di kiri kanan sentiasa hidup.

Safawi seakan hilang sentuhan magis,sering kali bola hilang di kaki,cepat jatuh dan judgment yang salah.Seakan hilang motivasi untuk bermain dan lebih ketara selepas injury dan oulang dari Portugal..entah ape jadi di sana!

Sumareh pula sekali sahaja dalam game semalam berjaya menewaskan pertahanan lawan dan cross,sepatutnya bola itu terkena tangan dan penalti! Selainnya Sumareh hilang!

2 game terakhir ni jika TCH masih memberi kepercayaan pada 2 orang ni diharapkan roh 2019 tu kembali.. take noted.

4. Karakter Yang Hilang!

Semalam kita dapat lihat yang benar-benar bermain adalah Mr.Fit Corbin Ong,Farizal Marlias & Azam,tak terkcuali Dion Cools yang nampak bersungguh!

Yang lain-lain seperti hilang semangat,bola terlepas x kejar semula..karakter untuk melawan tu tiada dan lemah! Ketiadaan Brendan semestinya dirasai kerana bagi aku dialah player yang selalu beri 100% jiwa dalam game walaupun dia player kacuk dan x berapa fasih cakap melayu lagi! Tapi jiwa tu aku sentiasa respect! Come in Brendan!

Bangkit lah player! Berilah 100% jiwa di atas padang! Walaupun starting atas padang 9/11 player adalah dari JDT,ini bukan soal kelab lagi dah..ni soal bendera & maruah negara dibawa.
Pilihan coach kita kene respect! Tapi teguran kenelah terima juga kan coach!

Semalam dalam game Jiwa untuk bermain itu 'Kosong' banyak menunduk,cekik pinggang dan geleng kepala!

5. Faktor Syafiq Ahmad!

Tengok macam mana gilanya si syafiq press dan kejar bola di bahagian atas tapi malang dia dapat partner yang lagi gila dan malas! Hasilnya kosong tapi Syafiq Ahmad memberikan jiwa geram itu kembali kepada fans dan kita boleh tengok game menjadi terbuka kembali,ada gerakan-gerakan yang baik!

Respect!

Luqman pula dengan kemasukan gagal menberi impak kerana jarang mendapat bola dan sesekali dia akan turun untuk dapatkan bola.penat!

Kemasukan Junior bagi menggantikan Aidil pada awalnya nampak solid akan tetapi 2 gol terhasil adalah dari error decision 'offside trap' yang tidak menjadi dari beliau! 

6-Kesimpulannya!

Keseluruhannya,pasukan Harimau Malaya kita tidak bermain baik,gagal dalam formasi dan taktikal yang makan diri!

Dengan masa yang ada sebelum vs Vietnam ni,pemain mesti mencari 'diri' dan 'attitude' yang betul.post mortem mesti dilakukan coach sesegera mungkin! Kecewa dan sedih!
Bagi la gula-gula kepada fans untuk mereka kembali senyum semula.
Kita tahu Harimau Malaya selalu akan ada kejutan yang baik!

Jumpa game Vietnam! Kasi setel!

Selamat Hari jadi Dion Cools & Irfan Zakaria!

MOTM - Farizal Marlias
Man Of Respect - Syafiq Ahmad

Penulis
Azem Din II

1 comment:

  1. Mau menang banyak dengan modal sedikit..
    Ayo gabung di CrownQQ Agen DominoQQ BandarQ dan Domino99 Online Terbesar
    Situs yang bisa memberikan kemenangan
    Raih kemenangan dan jackpot puluhan sampai ratusan juta Anda setiap harinya
    Hanya dengan nominal deposit 20ribu sudah bisa bermain 10 game...

    Buruan Daftar Disini >>> Daftar CrownQQ<<<

    BACA JUGA BLOGSPORT KAMI:
    makotacrownqq
    Tips & Trik
    Jendela Dunia
    Berita dan Info Dunia

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...