Wednesday, June 23, 2021

Pelaburan RM42 bilion di Kedah, mengapa syarikat China umum lain?

 Pelaburan RM42 bilion di Kedah, syarikat China umum lain


Pelaburan RM42 bilion di Kedah, mengapa syarikat China umum lain?

Saya mohon pengesahan dari Malaysian Investment Development Authority – MIDA Invest Kedah dan Kerajaan Kedah mengenai jumlah pelaburan asing (FDI) yang dilaporkan bernilai RM42.23 bilion dari syarikat pengeluar panel solar China bernama Risen Energy melalui anak syarikatnya Risen Solar Technology Sdn Bhd di Taman Teknologi Tinggi Kulim.

Perkara ini telah dilaporkan secara meluas oleh media tempatan khususnya kerana buat pertama kalinya Kedah kononnya mendapat pelaburan sebegitu besar hingga jauh meninggalkan negeri-negeri lain seperti Selangor, Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur.

Kejayaan Kedah ini juga dikatakan sebagai bukti bahawa Malaysia masih menjadi destinasi yang diminati pelabur asing, manakala Kedah pula muncul sebagai negeri yang paling menarik bagi mereka. Ini dikatakan kejayaan Kerajaan Perikatan Nasional.


Namun yang menimbul keraguan ialah kenyataan dari Risen Energy seperti yang dilaporkan oleh majalah industri photo-voltaic PV Magazine bertarikh 21hb Julai, 2020 yang antara lain jelas menyatakan bahawa syarikat itu berhasrat untuk melaburkan RMB2.2 bilion (matawang Yuan China atau Renminbi 2.2 bilion bersamaan lebih kurang RM1.41 bilion) untuk meningkatkan kemampuan mengeluarkan sel dan modul sebanyak 3 GW di kilangnya di Malaysia.

Tentunya RMB2.2 bilion tidak bersamaan dengan RM42.23 bilion.

Sebagai syarikat teknologi tinggi yang tersenarai di Bursa Saham Shenzhen, sebarang keputusan pelaburan yang besar perlu diumumkan di media tempatan China. Setakat ini tiada pengumuman dibuat oleh Risen mengenai pelaburan bernilai lebih kurang RMB65.85 bilion (iaitu RM42.23 bilion menurut pertukaran hari ini) di Malaysia.

Saya mohon penjelasan bagi mengelak dari kesilapan (secara tidak sengaja atau sengaja) pihak yang begitu bermegah dengan pengumuman pelaburan besar di Kedah itu. Kalau betul ada pelaburan sebesar itu di Kedah, alhamdulillah. Saya turut tumpang seronok untuk Kedah. Kalau sebenarnya pelaburan itu tidak wujud, kedua-dua Kerajaan PAS/PN/BN Kedah dan Persekutuan wajib berkata benar.

Jangan nanti Rakyat tertipu lagi dengan angka-angka besar yang sebenarnya tidak betul dan dikeluarkan semata-mata untuk mengaburi mata Rakyat yang kini sangat tertekan akibat kegagalan Kerajaan menangani pandemik COVID ini.

Sumber :

 

1 comment:

  1. Emergency Cash Loans Hello Everybody, My name is Mrs. Phyllis Sue South. I live in UK London and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of $350,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 2 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of $350,000.00 U.S. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs. Phyllis Sue South that refer you to him. contact Dr. James Eric via email: financialserviceoffer876@gmail.com Whats-App +918929509036

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...