Friday, July 9, 2021

TERGAMAK PERTAHANKAN KUASA SEDANGKAN RAKYAT MENDERITA?


 TERGAMAK PERTAHANKAN KUASA SEDANGKAN RAKYAT MENDERITA?

1) Apa kita nak kata pada gerombolan #PNkhianat yg tiada simpati pada Rakyat? Apa nama yg sesuai diberikan kpd perbuatan mereka ini??

2) Pada ketika Rakyat menderita menanggung sengsara kerana kedangkalan pemerintah menangani pandemik COVID-19 Abah Kau dgn koncu2nya sibuk mempertahankan kuasa meskipun mereka telah hilang Majoriti sejak sebelum Proklamasi Darurat lagi. 

3) Sungguh sedih saya melihat video dari link yg dihantar kpd saya. Ia dikatakan di Hospital Klang yg sudah tidak lagi terurus angkara pandemik. Mungkj diambil oleh salah seorg Frontliners yg sudah tidak tahan dgn keadaan ini.

4) Ini yg Menteri Lebai kata Darurat telah berjaya menangani COVID-19?? Ini yg sering dimainkan di TV dan dipropagandakan oleh KPK bhw Darurat telah membantu menangani pandemik COVID-19??
5) Sesungguhnya mereka sungguh tidak berhati perut. #KERAjaanPNgagal ini telah ternyata #GAGAL segagal-gagalnya dari semua aspek termasuk Ekonomi dan Kesihatan. Ia diakui oleh MT UMNO.

6) Rakyat mesti terus diingatkna bahawa UMNO JUGA BERTANGGUNGJAWAB. Menteri2 mereka yg berada dlm kerajaan ini dan menangani pandemik COVID-19. Mereka hanya nak tunjuk Hero dan "DISASSOCIATE" dgn masalah yg dibuat #KERAjaanPNGagal ini.

7) MKT UMNO tidak ada telur, manakala MP-MP UMNO mementingkan diri sendiri utk kekal dlm #KERAjaanPNGagal ini. Di PAU2020 Presiden UMNO kata bila tiba masa Menteri, Timbalan Menteri dan semua yg berjawatan di GLC akan letak jawatan?? Ada UMNO arahkan MP2 nya letak jawatan? Ia hanya RETORIK. Rakyat TELAH DITIPU oleh PN dan UMNO BN.

8) Lihat keadaan pandemik ini. Rakyat juga mengambil inisiatif membantu mereka yg terpaksa mengangkat bendera putih. Ini adalah satu bentuk PENGANIAYAAN BESAR-BESARAN terhadap 32 juta Rakyat Malaysia.

9) Bila sudah hilang Majoriti dan #GAGAL memimpin Negara ini, secara Moralnya Abah Kau wajar meletak jawatan. Ia harus diserahkan kpd YDPA menbuat keputusan melantik satu pasukan yg COMPETENT utk menangani masalah2 negara ini. Malang sekali, ada penjawat-penjawat awam turut bersetongkol mempertahankan Raja SCHEME of THINGS dan #KERAjaanPBGagal ini. 

10) RAKYAT mesti ingat, bukan PN (PPBM + PA$) shj yg bertanggungjawab, UMNO terbabit sama dan buat keputusan PONDAN utk tidak menyokong Abah Kau sbgai PM tapi kekal menongkat #KERAjaanPNGagal. 

11) Apakah perbuatan PN, UMNO BN dan koncu2 mereka ini sesuai dipanggil JENAYAH KEMANUSIAAN KE ATAS RAKYAT MALAYSIA? Satu hari nanti mungkin Mahkamah perlu memberi Intepretasi atau tafsiran tepat kepada perbuatan ini.

12) Bersabarlah wahai Rakyat Malaysia, kita lalui bersama #KitaJagaKita. DOA SETIAP HARI SUPAYA ALLAH RUNTUHKAN DAN HANCURKAN GEROMBOLAN YG MENZALIMI DAN MENGANIAYA RAKYAT. Sesungguhnya mereka telah berantakan. Rakyat mesti terus berdoa.

Wallahualam

Zus Din 
09 Julai 2021

*NOTA : Kredit video dan posting asal Julia Fx

3 comments:

  1. Janganlah menjadi umat yang tidak bersyukur. SEluruh dunia mengalami situasi yang sama, malah ada yang lebih teruk lagi. Rakyat Indonesia dan Bangladesh sendiri mengakui rakyat mereka yang berada di Malaysia mendapat keistimewaan yang mereka sendiri tidak perolehi di tanahair mereka sendiri. Bayangkan betapa teruknya mereka di sana? Semua negara sekarang tak mampu untuk melawan varian Delta yang cukup ganas. Kes harian Thailand dan sama dengan kita. BBC sendiri mengakui bahawa Malaysia pantas melakukan vaksinasi rakyatnya berbanding negara lain di rantau ini. Apa lagi?

    ReplyDelete
  2. Betul tu bang. Berkat parti Pas dalam kerajaan PN, wabak corona ke, delta ke...akan mampu ditangani. Berdoa jer bang, bersyukur kita usaha PN dan ulama Pas tangani segala wabak Ini. Kluster mahkamah Umno ni saja jer nak jatuhkan PM kerana nak selamatkan diri dari kes dibicarakan. Tak leh cayer Kluster mahkamah ni bang, nak selamatkan diri. Lagipun usaha Pas nak selamatkan mereka dalam PRU 14 tak berjaya. Jadi bersyukurlah umat Malaysia kerana Pas ada usaha gigih tangani wabak beranding Indonesia, Bangladesh waima Thailand. Bersyukurlah...dan berdoalah.

    ReplyDelete
  3. Terbaik din alkolami..­čść

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...