Friday, August 13, 2021

Apabila kuasa dan jawatan sudah di hujung tanduk, baru nak cari pembangkang duduk semeja


 Apabila kuasa dan jawatan sudah di hujung tanduk, baru nak cari pembangkang duduk semeja.

Pengumuman khas Perdana Menteri penuh dengan hipokrasi dan helah. 

Semua dibuat hanya untuk tinggal sehari lebih lama dari hak yang sudah terlucut dengan kehilangan sokongan majoriti Dewan Rakyat.

Waktu nak hilang kuasa, barulah terfikir nak beri peruntukan tahunan yang sama kepada Ahli Parlimen Pembangkang. Hampir 2 tahun Pembangkang tidak terima peruntukan sama dari Kerajaan PN. Lupakah Perdana Menteri apabila Pembangkang merayu untuk peruntukan Parlimen diberikan secara adil dan saksama?

Sampai sanggup tawar macam-macam hanya untuk kekalkan kuasa yang sudah terlucut hilang.

Kerajaan PN yang dibentuk dari orang yang lompat parti tiba-tiba nak bentang Undang-Undang Lompat Parti. Pelik bin ajaib.

Lupakah Perdana Menteri dulu yang mengajak saya untuk tinggalkan Pakatan Harapan. Itu bukan ajakan untuk lompat keluar dari PH? Baru sahaja tahun lepas dalam ingatan saya.

Dari tahun lepas saya minta Kerajaan PN dengar suara dan cadangan Pembangkang. Tak pernah nak dengar. 

Tiba-tiba hari ni minta buat sokongan bipartisan. Kononnya ada "cadangan rangka persefahaman rentas parti".

Kononnya Kerajaan PN mahu buat reformasi Parlimen. Lupakah Perdana Menteri sepasukan FRU yang dihantar untuk halang Ahli Parlimen Pembangkang dari masuk sidang Dewan Rakyat?

Saya di barisan hadapan berunding dengan pihak berkuasa. Tapi disekat dan dihalang. Tiba-tiba hari ini umum mahu buat reformasi Parlimen? 

Perdana Menteri lupa bahawa Kerajaan Perdana Menteri ini yang halang UNDI18 dari dibuat Julai 2021? Tangguh dan tangguh sampai penghujung tahun 2022. Tiba-tiba juga hari ini umum UNDI18 boleh dibuat segera. Jangan suka-suka hati umum itu ini jika niatnya hanya mahu kekal berkuasa.

Macammana rakyat nak percaya?

Waktu Kerajaan PN memerintah, budaya lompat parti, beli-membeli Ahli Parlimen berada di tahap yang sangat teruk. Mana pergi siasatan terhadap Tajuddin? Atau siasatan terhadap Xavier?

Sokongan boleh dijual beli seperti tiada lagi maruah dalam kerajaan hari ini.

Mana pergi semangat bipartisan apabila Kerajaan PN menolak pendaftaran MUDA tanpa sebarang ALASAN? Tiba-tiba hari ini Perdana Menteri mahu "tampil" demokratik. Kalau demokratik, luluskan sahaja MUDA. Benarkan demokrasi tumbuh subur dengan parti politik orang Muda.

Hakikatnya, pengumuman hari ini dibuat kerana kamu sudah hilang kuasa dan hilang sokongan. Menteri kamu sudah letak jawatan. Komponen parti sudah menolak kepimpinan kamu.

Setiap saat masa yang dibazirkan Perdana Menteri yang berdegil untuk terus berkuasa, rakyat yang akan tanggung derita.

1,363,683 kes.
11,968 kematian.

Masa untuk Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berundur secara terhormat.

Letak jawatan dengan kadar segera.

Syed Saddiq

https://www.facebook.com/1130669147012110/posts/4199477596797901/

1 comment:

  1. 7 sbb knp tawaran mesti ditolak:
    1. Derhaka kpd YDPA
    2. Kenapa tawaran bi partisan tidak dibuat sewaktu di Sheraton
    3. Kenapa curi MP
    4. Knp Parlimen ditutup Dan menghalang demokrasi
    5. Knp undi 18 tak dibenarkan
    6. Majoriti dh takda knp tak letak jawatan
    7. Knp tipu rakyat dan tipu YDPA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...