Monday, August 16, 2021

COVID-19 & BID : KEMATIAN DIHUJUNG TEROWONG..


 COVID-19 & BID : KEMATIAN DIHUJUNG TEROWONG..

1- Kalau dilihat kenyataan PM menjelang perletakan jawatan.. DG Dr Nor Hisham semalam, Dari kenyataan Hospital Sungai Buluh..Hari ini pula pengarah HKL bahawa seolah olah satu kejayaan bilamana kurangnya kes dirujuk ke Hospital kononnya atas kejayaan Vaksinasi... 

2- Siapa yang ingin kamu tipu ? Begitulah pada bulan lepas masa lawatan PM,kenyataan Pengarah Hospital Tengku Rahimah Klang(HTAR), Semuanya baik dan terkawal.. Tetapi Van Jenazah tak henti henti keluar membawa Jenazah.. Malah laporan Kematian, data Hospital mana kematian berlaku digelapkan..

3- Jadi tolong lah bercakap benar.. Ini bukan isu Politik..Ini isu Kesihatan.. Tak cukup dengan DG, Keluar pulak penulis Upahan JKOM tunjukkan ini satu bentuk kejayaan.. sampai ada doktor seolah menulis Novel tanpa dapatan Data dan Sains..Ini bukan soal Vaksinasi..tetapi sistem kesihatan kita yang lumpuh.. Hari ini pula PM Gagal ini buka Ekonomi semata mata untuk tunjukkan satu lagi kejayaan Vaksinasi..

4- Aku tak faham apa kejayaan nak diraikan sedangkan hari ini 101 Pesakit meninggal Dunia diluar Hospital..ini kes (Brougt In Dead) BID, 101 satu mati luar hospital berbanding 282 kematian..lebih 30%.. Dilaporkan kes kematian diluar Hospital meningkat 130% hanya pada minggu kedua Ogos berbanding Minggu pertama.. Apa yang dapat kita faham ? Depa ni tak sempat dirawat di Hospital.. 

5- Jadi Apakah Kejayaan yang ditunjukkan Tabung Oksigen berlebihan, Katil Kosong, Alat dan mesin bantuan Penafasan yang tidak digunakan, dalam waktu yang sama kamu biarkan mereka ini dikuarantin dirumah, Sesak Nafas sendirian tanpa rawatan.. Kamu suruh orang Kuarantin dirumah, Lepas tu kamu kata CRC dan Wad ICU Kosong.. Korang ni betul betul sampah.. 

6- Samada DG atau Pengarah Pengarah Hospital ini tak sentuh langsung nasib rakyat yang mati dirumah(BID).. Patut ini yang jadi tumpuan..Depa mati tanpa sempat guna walau sekali alat Pernafasan.. Bukan hanya PM, Hatta Penasihat Kesihatan hat dok melaram dengan Tudung pun sibuk sembang pasal Kejayaan Vaksinasi.. patut tumpu soal sistem kesihatan..

7- Kerajaan harus Ingat, Bila banyak Pusat rawatan, Hospital bertukar sebagai Hospital Khas Covid-19.. Sudah pasti ada kekosongan di Hospital lain.. Satu dua Hospital bukan ukuran.. Yang penting Bagaimana berfikir semua yang ada Simptom hatta bergelaja ringan dirawat di Hospital.. Kita tak mahu seorang pun mati tanpa sempat dirawat. 

8- Kematian Siti Sarah salah satu contoh bagaimana sistem kesihatan kita Gagal..Dia Beresiko tinggi sebab mengandung..Tetapi hanya dibiarkan di kuarantin dirawat dirumah.. Seperti dalam laporan, Kata Shuib dia dah cuba rujuk Hospital Swasta tetapi gagal.. semua penuh..

9- Jadi DG faham tak, Ramai orang seperti Siti Sarah ini terpaksa dikuarantin dirumah.. tak sempatpun ke Hospital sehingga jelas tanda sesak nafas.. Ini tak sepatutnya berlaku..Ini dalam keadaan mereka ada kemampuan kewangan, bayangkan orang miskin, hari ini di Kuala Krai, Juru rawat pula meninggal Dunia sebab Covid-19..

10- Ini bukan soal Vaksin..Dah pastilah Jururawat itu sudah di Vaksin.. Ini soal sistem Kesihatan kita gagal.. jadi tumpukan Kepada memperkasakan sistem kesihatan, pastikan semua bergejala mampu dirawat di Hospital... Sebab kegagalan sistem kesihatan lah sebabnya banyak kematian dan mereka yg bergejala ke fasa 4 dan 5 tanpa sempat dirawat.. 

11- Jadi Nak selesaikan masalah Covid-19 ini bukan bercerita soal Vaksin semata mata, Itu sebab aku kata..Depa ni anggap Vaksin sebagai Ubat.. Vaksin itu memang penting.. Tetapi jangan sesekali abaikan bagaimana mengurus Strategi kawalan dan memperkukuhkan sistem kesihatan agar tidak berlaku kematian.. 

12- Jadi bagi Pengarah Kesihatan, Para Doktor cubalah belajar membaca dan menganalisa data dan sains dengan baik bagi melawan Pandemik..Jangan Belajar Berpolitik diwaktu Covid-19..Jangan pula para Doktor nanti akan dituduh gagal Seperti PM dan Kerajaan hari ini..Cukupla orang Politik saja Gagal.. :) 

ipohmali

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...