Saturday, August 7, 2021

KERAJAAN PERLU SEDIAKAN RAWATAN TERBAIK.. BUKAN TEMPAT LETAK MAYAT DAN KUBUR TERBAIK..


 KERAJAAN PERLU SEDIAKAN RAWATAN TERBAIK.. BUKAN TEMPAT LETAK MAYAT DAN KUBUR TERBAIK..

1- Pelik cara Pemimpin Islam bicara soal kematian akibat Wabak.. Minggu lepas baca laporan, Menteri Agama Dr Zulkifli Al Bakri kata, Ada Keperluan untuk membuka tanah perkuburan Islam yang dikhususkan bagi pengebumian jenazah pesakit COVID-19.. 

2- Hari ini pula MB Kedah sambil berjenaka dengan Kematian , Kata MB.. semua tempat kontenan mayat mencukupi..Sapa nak masuk, Boleh bagi nama, Nampak tak bagaimana mereka ini sudah lah takda keupayaan berfikir menghadapi wabak..Boleh pula berjenaka tentang kematian.. 

3- Kalau aku jadi pemimpin..Hatta Menteri Agama, Aku akan berfikir bagaimana nak pastikan setiap pesakit dapat rawatan Terbaik.. Aku akan Manfaatkan semua Hotel dan Aset Tabung Haji sebagai tempat rawatan, Semua Pusat Zakat wajib infaqkan 10% dari kutipan untuk perbelanjaan alat rawatan bila menyentuh soal nyawa.. 

4- Dalam Islam menjaga nyawa itu sama kedudukannya dalam menjaga Agama.. Terjaganya Agama dengan terjaganya nyawa, Salah satunya dharuriyyat al-khams itu adalah Hifz Al Nafs(Menjaga Nyawa).. Kata Imam Ghazalie dalam membahaskan Dharuriyyah, katanya andai hilangnya salah satu darinya..

وَكُلُّ مَا يُفَوِّتُ هَذِهِ الْأُصُولَ فَهُوَ مَفْسَدَةٌ وَدَفْعُهَا مَصْلَحَةٌ..

 " Dengan hilang atau matinya satu daripadanya, maka ia membawa kepada mafsadah(Kerosakan)..tiadalahnya kemaslahatan.. "

5- Apakah kerosakan yang dapat kita lihat ? Dari kehilangan nyawa ini berapa ramai Isteri kehilangan tempat bergantung dan Pendapatan, Anak kehilangan kasih sayang, Bukankah ini membawa mereka kepada Kemiskinan yang akhirnya kata Sebahagian Ulama mendekatkan kepada kekufuran.. ? Aku cukup tersentuh mendengar berita kematian.. sebab kesannya besar bukan hanya kepada institusi keluarga, hatta kepada Masyarakat dan Agama... 

6- Itu sebabnya Khalifah Umar melihat kepentingan menjaga Nyawa, hatta melibatkan seekor Kambing yang tersesat dari gerombolannya.. Apakah nyawa Manusia ini lebih tak bernilai dari nyawa Kambing ? 

Teringat Ungkapan Khalifah Umar..

" لَوْ مَاتَتْ شَاةٌ عَلَى شَطِّ الْفُرَاتِ ضَائِعَةً لَظَنَنْتُ أَنَّ اللَّهَ تَعَالَى سَائِلِي عَنْهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ.."

" Kalaulah andai mati seekor kambing di tebing Sungai Furat dalam keadaan kehilangan dan tersesat dari gerombolannya, nescaya aku merasa Allah SWT akan bertanya kepadaku pada Hari Kiamat.."

( Hilyah al-Auliya’ )

7- Lihatlah reaksi dan sikap pemimpin kita hari ini..Mereka tidak sensitif dengan berita kematian, Mereka jugalah membunuh Rakyat dalam senyap dari Kegagalan mereka....Sudah lah ada yang hilang nyawa akibat tekanan dan Bunuh diri..Soal kematian akibat wabak dipermainkan.. Mereka lebih mempersediakan diri untuk kematian berbanding Menyelamatkan nyawa rakyat... 

8- Apakah ini gambaran Islam.. Itu sebab dalam soal Kepimpinan, Nabi SAW tidak memilih Alimnya seseorang..Kalau tidak sudah pasti baginda memilih Abu Dzar..Boleh jadi Allah memperlihatkan kita wajah sebenarnya kelompok Ruwaibidhah..Mereka bicara Agama bagaikan Malaikat.. Hakikat perbuatan mereka itu tidak mengambarkan sifat orang Agama.. Maka benarlah kata Nabi SAW.. 

إِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ " , قَالَ : كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : " 

“Apabila diabaikan amanah maka tunggulah saat kebinasaan. Lalu sabahat bertanya: “Bagaimana bentuk pengabaiannya wahai Rasulullah?... Jawab Baginda: 

إِذَا أُسْنِدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ..

“Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kebinasaan.”

Ipohmali

6 Ogos 2021

cnp

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...