Monday, August 23, 2021

Pemimpin utama parti dalam PH sila jaga anak buah masing masing


 Aku bukan jenis suka serang parti komponen PH. Tapi hari ini aku sangat terbakar dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemuda Amanah Bukit Bintang. Lebih terbakar bila pemimpin Amanah tak ada seorang pun yang berani menegur.

Ya, kenyataan baru keluar. Tapi sebelum ini pun banyak kenyataan dah terhambur. Pernah pemimpin Amanah betulkan? Mana ada! Sebab itu hari ini aku langgar larangan yang aku buat kepada diri sendiri sebab aku sudah terlalu marah.

Sebenarnya langkah PH ke dalam PRU15 tidaklah sesusah mana. Perlu diingat 13 daripada kerusi PPBM dimenangi atas tiket PH dengan lambang Keadilan. Itu tidak termasuk lebih kurang 10 kerusi yang dibawa lari oleh geng semburit.

Kerusi-kerusi itu tidak hilang kerana ditolak rakyat. Sebaliknya PH hilang kerusi itu hasil kerja khianat Azmin dan Muhyiddin. Belum cerita tentang kerusi Pejuang (4) dan Muda (1).

Dari 28 kerusi itu, kalau dapat 20 pun sudah cukup untuk PH capai separuh dewan tanpa sokongan Warisan. Kalau Warisan nak ikut sama, lagi elok. Lebih besar majoriti yang dapat dipegang oleh PH dalam PRU15.

Itu belum masuk cerita isu kontemporari di mana kerajaan sekarang jelas merupakan syaitan-syaitan yang tahunya hanya menyusahkan rakyat. Dengan sentimen begini, disulam dengan kempen yang berkesan, tiada sebab PH akan kalah dalam PRU15.

Sepatutnya pemimpin PH dah gunakan kesempatan ini untuk mulakan berkempen. Usah lagi risau soal ambil alih kuasa. Berikan penjelasan kepada rakyat. Aku lihat ramai netizen dah mula berbuat demikian.

Tapi apa yang berlaku. Beberapa pemimpin muda mula buat kenyataan yang tak menguntungkan. Kenyataan yang seolah-oleh PH sudah nak mati. Kenyataan yang boleh menggugat keyakinan pengundi terhadap PH.

KENAPA BEBAL SANGAT WOI!

Korang ni level pemimpin. Perlukah kita ajar cara nak berpolitik lagi? Macamana boleh jadi pemimpin kalau main politik pun tak reti?

Sebab itu aku marah sangat sampai keluar posting yang begitu. Aku tak peduli dah kalau ada kawan aku dari Amanah dan DAP yang nak marah atau merajuk. Biarlah. Kalau dah alang-alang nak rosakkan sangat PH, biar aku tolong cepatkan.

Pemimpin utama parti sila jaga anak buah masing masing. Beri kata dua dan ambil tindakan jika perlu. Jangan bila dah ditolak pengundi nanti baru nak perbetulkan keadaan. Dah terlambat.

 
Raja Gelap

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...