Tuesday, October 19, 2021

PULAU BATU PUTIH.. APAKAH MUSLIHAT UMNO BN WUJUDKAN J/KUASA??


 PULAU BATU PUTIH

1. Baru ni keluar kenyataan PM, dia set up satu Task Force. Tujuannya nak check balik kes Pulau Batu Putih yang Malaysia kalah dengan Singapura. Isunya, kenapa semakan kes tak dibuat oleh Kerajaan PH pada tahun 2018? Bagi mereka yang tertinggal keretapi, saya cuba ulas kes ni, supaya tak ramai yang spin untuk kepentingan politik.

2. Kisahnya bermula pada tahun 1979, bila Malaysia keluarkan peta rasmi sempadan laut negara. Singapura tak puas hati dan bantah tindakan tersebut. Katanya Pulau Batu Putih dia yang punya. Mulalah pertelingkahan antara negara. Nego punya nego, ketemu jalan buntu. Makanya, pada tahun 2003 dua2 negara setuju nak rujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

3. Syarat ICJ senang, bila negara nak rujuk kes, segala keputusan kes oleh ICJ akan jadi “final dan binding” atau “muktamad dan mengikat”. So, tiada istilah “rayuan” untuk kes yang diputuskan oleh ICJ. Kalau nak kes naik ke ICJ, dua-dua pihak kena berlapang dada untuk terima keputusan. 

4. Makanya, kes pun berjalan sehingga tahun 2008. Dalam 5 tahun tu, dua2 pihak bentang segala hujah dan dokumen. Alih2 pada 23 Mac 2008, ICJ putuskan Singapura menang. Sebab keputusan memang dah muktamad, Malaysia diberi 10 tahun dari tarikh keputusan untuk buat semakan. Dengan syarat ada bukti lain yang dikemukakan dan semakan tidak boleh mengungkit dan menyanggah keputusan yang telah dibuat.

5. Keputusan ICJ ni simple nak paham. Dia kata Singapura menang kerana—

(i) Ada surat pada tahun 1953 oleh “Acting State Secretary of Johor” yang kata Kerajaan Negeri Johor tidak menuntut hak ke atas Pulau Batu Putih; dan
(ii) Tindakan Kerajaan Singapura yang menjaga pulau tersebut selama 130 tahun termasuk dengan mendirikan rumah api di situ.

6. Makanya selama 9 tahun, Malaysia rilex je terima keputusan ICJ. Alih2, pada February 2017, masa tempoh semakan nak hampir tamat (patut tamat Mei 2018), kita masukkan permohonan semakan. Sebabnya kita jumpa 3 dokumen baru yang boleh kuatkan kes.
 
7. Singapore bantah permohonan semakan ini. Katanya Malaysia cuai, sebab dokumen2 ini memang tersedia di UK National Archives dan UK Foreign and Commonwealth Office. Kenapa masa kes mula2 dibicara di ICJ pada tahun 2003-2008 ia tidak dikemukakan? 

8. Seperkara lagi Singapura kata, permohonan ini bukan berbentuk semakan tetapi rayuan. Sebab tiada hujah baru yang dikemukakan. Negara kita membantah, katanya dokumen2 ini penting bagi tentukan hak negara. ICJ patut teruskan bicara kes.

9. Namun, sebulan sebelum bicara nak diteruskan, Kerajaan PH di bawah pimpinan Tun M tarik balik semakan. Alasannya, kes tidak kuat untuk diteruskan dan disebabkan kekangan kos. Malaysia kurang duit nak menanggung. Makanya, kes tersebut dikeluarkan dari senarai kes ICJ dan ia tidak boleh lagi disangkal. Singapore menang dan Pulau Batu Putih jadi hak mereka, selamanya. 

10. Fast forward 2021, sekarang kita nak buat Task Force nak semak balik kes ni. Pada saya dah jadi moot (takde faedah) kerana (1) kita dah terlepas keretapi nak menang kes, it is water under the bridge. 2) banyaknya isu salah menyalah BN vs PH and it’s over politicised tanpa bawa manfaat pada Rakyat.

11. Kalau betul pun nak kaji balik, mungkin bolehlah untuk jadi rujukan kes antarabangsa lain yang Malaysia ada overlapping claim. Bukannya nak pointing fingers for political mileage. Benda yang perlu ditanya:

a. Berapa kos keseluruhan kes bicara dan semakan kes ini termasuk bayaran kepada peguam antarabangsa, ini terpakai bawah zaman bawah BN (Najib) dan PH (Tun M);
b. Kenapa 3 dokumen ketika proses semakan tidak dikemukakan pada peringkat awal bicara?
c. Kenapa zaman BN ambil masa 9 tahun untuk buat semakan? 
d. Kenapa zaman PH senang2 tarik balik semakan? Kalau kes tak kuat atas alasan apa?    

12. Satu lagi yang saya tak berapa berkenan, AG yang putuskan semakan kes pada tahun 2017 dulu ialah Tan Sri Apandi Ali. La ni, dia jugak yang jadi Pengerusi Task Force. Bukankah ada conflict of interest di situ? Dia pengerusikan benda yang dia ada kepentingan. Kalau betul2 nak telus untuk Rakyat dan negara, lantik la orang lain yang tiada kena mengena. Barulah orang boleh percaya.

13. Kalau macam ni punya Task Force, we know the answer already. Ni semua tanda PRU nak dekat. Geng UMNO nak tunjuk champion bela negara lawan Singapura. Ni modal berabad lama yang Rakyat dah muak.

14. Kalau betul nak championkan Rakyat, ini bukan isu yang perlu diangkat. Apa kepentingan tanah sekangkang kera. Yang hanya ada rumah api dan batu-buatan. Bolehkah dibuat makan? Lagi afdal dilihat, kes perjanjian air Malaysia-Singapura.

15. Dalam Perjanjian ini Malaysia memberi hak kepada Singapura untuk mengeluarkan 250 juta gelen sehari air mentah dari Sungai Johor pada kadar TIGA SEN bagi setiap 1,000 gelen. Johor kemudiannya membeli semula air terawat daripada republik itu pada kadar LIMA PULUH sen. Ini bukan bayar pakai Singapore Dollar ya, pakai Ringgit Malaysia! Tak ke bahana?

16. Perjanjian ni dari tahun 1962 sampai tahun 2061 tuan puan. Tengoklah betapa teruknya Malaysia mendapat. Maka, masa zaman BN Najib tiada usaha yang jitu dibuat nak naikkan harga bekalan air ke Singapura. Tu sebab Singapore suka dia. Zaman PH bawah Tun kita nampak dia gung-ho nak ajar Singapura. Tahun 2019 dah start berunding kembali. Namun dengan adanya Langkah Sheraton, the rest is history.

17. Pada saya antara kes Pulau Batu Putih dan Kes Perjanjian Air Malaysia-Singapura, the latter yang banyak ada kepentingan Rakyat dan hasil ekonomi negara pun boleh meningkat. Makanya, kalau UMNO nak sangat sembang pasal kes dengan Singapura, lagi afdal ditengokkan kes air ni. Jadi champion kita, betulkan niat. Jangan lagi digunakan divisive politic tak bertempat.

18. Kena juga ingat masa zaman PH takat hutang negara hanya 60% dari KDNK. Sekarang dah naik 65%. Dulu cabutan judi 8 kali setahun, bukan macam zaman BN dan PN sekarang yang sampai 22 kali. PN peroleh hampir 3 kali ganda, untung judi semata-mata. Berpuluh billion juga. Makanya, bersikap adil la. Ada beza cara penjimatan PH dan PN dalam banyak perkara.

19. Lagi pulak nak habis bermillion atas kes yang kita pun tak sure boleh menang. Lagi elok la duit tu diguna untuk dapatkan bayaran lebih tinggi untuk air yang disalurkan ke Singapura. 

20. Pada saya, dari habiskan duit buat Task Force dan melantik segala jenis Penasihat, eloklah dana tu digunakan untuk beli komputer riba pelajar untuk PdPr. Yang dah dekat dua tahun tak kunjung tiba…

Wallahu a’lam.

Salam hormat,
Liyana Marzuki

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...