Thursday, November 18, 2021

GABUNGAN MATA DUITAN ANTARA BN & PN..!!


 JANGAN BAGI

Kata Mas Ermieyati Ahli Parlimen Masjid Tanah tang juga calon PN di Dun Tanjung Bidara, kemungkinan Dun Melaka akan tergantung selepas pengundian 20 Nogember 2021 nanti.

Dun Melaka mempunyai 28 kerusi Dun yang ditandingi oleh PH, PN dan BN. 

PH diwakili Amanah, DAP dan KeADILan manakala PN diwakili Bersatu, Pas dan Gerakan. BN pula diwakili Umno dan MCA.

Untuk mentadbir Melaka dengan manoriti mudah, masing-masing PH, PN atau BN perlu memperolehi sekurang-kurangnya 15 kerusi.

Bacaan Mas Ermieyati, tiada mana-mana pihak yang akan peroleh sedemikian justeru akan tergantung siapa akan membentuk kerajaan.

Inilah kegilaan PN dan BN.

Mereka boleh bersama di Persekutuan tetapi bergaduh berebut kuasa beradu kekuatan di Melaka.

Ini bukan baru. Sejarah pernah menunjukkan kepada kita dalam pilihan raya negeri Sabah tahun lepas.

BN lawan PN dan lawan Warisan bersama PH. Akhirnya keputusan memihak kepada Warisan bersama PH tetapi tidak mencukupi majoriti mudah untuk mentadbir.

Apa yang berlaku selepas itu? PN dan BN bergabung semula membentuk Kerajaan Sabah. Difaraid jawatan sesama mereka dalam kekalutan.

Gabungan PN dan BN ini bukan gabungan atas semangat kesepakatan untuk kebaikan negeri, negara atau masyarakat. Ini hanya kesepakatan demi kuasa untuk kepentingan politik parti mereka sahaja.

Tiada apa-apa kebaikan untuk rakyat atas gabungan mereka. Sesama mereka boleh memaki hamun satu sama lain.

Presiden PN membodohkan Umno. Umno mensialkan Bersatu. Umno mencaci Pas, Pas menuduh Umno tidak bermoral dan ekstrim. Tetapi mereka bersama hanya kerana kuasa. Asalkan ada kepentingan kepada mereka, yang bodoh, yang sial, yang sundal tidak bermoral antara mereka tiada salahnya.

Hanya SATU sahaja cara mengelak semua ini. Tiada dua atau tiga. Hanya SATU.

Kepada pengundi Melaka di semua 28 Dun. Undilah calon Pakatan Harapan. Lupakah BN, lupakan Umno, lupakan PN, lupakan Bersatu, nyahkan PAS.

Ini sahaja cara untuk kestabilan politik negeri Melaka untuk 5 tahun mendatang. Jangan hanya fikir RM50 dalam sampul lalu mengundi PN atau BN tetapi setahun 2 tahun, 3 tahun hingga 5 tahun ke hadapan melukut di tepi gantang.

Jika PN dan BN diberi undi, mereka bergabung lagi, tidak mustahil bulan depan, tahun depan, tahun depan lagi, Kerajaan Melaka bertukar Ketua Menteri lagi, tumbang lagi, pilihan raya lagi.

Dah tak ada kerja lainkah kita hanya perlu melayan karenah kuasa PN dan BN.

Cukuplah. Kita semua bukan BODOH seperti yang mereka sangka. Kita ajar kebodohan mereka.

Kali ini di Melaka, selepas ini di seluruh Malaysia.

TOLAK PN dan BN!
UNDI Pakatan Harapan.


Zulhazmi Syariff

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...