Sunday, November 7, 2021

LANGKAWI PULAU KAYANGAN UNTUK SEMUA, BUKAN TEMPAT SEMBELIHAN MANUSIA


 LANGKAWI PULAU KAYANGAN UNTUK SEMUA, BUKAN TEMPAT SEMBELIHAN MANUSIA 

Oleh ANINA SAADUDIN 

Saya sedih dengan pendedahan terbaru berkaitan harga ikan siakap di sebuah restoran terapung di Langkawi. 

Pendedahan demi pendedahan oleh beberapa individu beserta bukti telah menjadikan isu ini viral hingga tugu Helang Langkawi juga telah di tukar oleh netizen menjadi ikan siakap. 

Media arus perdana juga telah melaporkan isu ini selama beberapa hari. 

Isu ini boleh membawa kesan buruk terhadap pelancongan Langkawi. 

Saya harap pihak berkuasa terutama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Kedah dan semua pihak berkaitan mampu segera tangani isu ini dengan bijak. 



Sebagai anak Langkawi saya mahu seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa Langkawi adalah pulau kayangan yang menyimpan sejarah pembentukan batuan berusia ribuan juta tahun. 

Langkawi juga menyimpan rahsia pembunuhan Mahsuri berusia ratusan tahun lalu. 

Langkawi adalah pulau kayangan, pulau lagenda, pulau penuh keindahan dan sejarah untuk di lawati oleh semua lapisan masyarakat. 


Orang Langkawi orang baik-baik. 

Kos perkhidmatan Pelancongan di Langkawi sangat murah dan mampu di lawati oleh rombongan sekolah sekalipun. 

Namun begitu, saya kesal dengan sikap pihak tertentu yang mengambil kesempatan dengan meletakkan harga keterlaluan bagi makanan laut di sebuah restoran terapung. 

Tidak kisah lah berapa puluh tahun pun ikan itu dibela di dalam sangkar, tak kisah lah berapa besar pun ikan tersebut, tak kisah lah betapa istimewanya tempat anda, tiada manusia yang sanggup disembelih hidup-hidup di negara sendiri. 



Pihak restoran perlu bertanggungjawab terhadap keseluruhan industri Pelancongan di Langkawi dan am nya di Malaysia. 

Berapa ramai agaknya pelancong dalam negara dan luar negara yang telah terkena dengan perangkap sangkar tengah laut ini? 

Berapa ramai agaknya yang telah terkilan dan mungkin tidak mahu lagi datang ke Langkawi atau Malaysia? 

Terdapat ribuan pengendali perkhidmatan Pelancongan di langkawi yang jujur dan baik mungkin terkesan dengan sikap peniaga yang tamak dan tidak bertanggungjawab ini. 

Jika Langkawi di salah anggap sebagai pulau harga kayangan, pelancong akan berkurangan dan rakyat Langkawi akan mendapat kesan buruk. 

Takkan lah harga seekor siakap boleh mencecah RM160 sekilo dan menjadikan RM1,196 seekor? 

Jika anda beritahu harga seekor ikan RM1,196 kepada pelanggan SEBELUM memasak , adakah pelanggan tersebut akan bersetuju untuk makan di tempat anda? 

Tanya diri sendiri juga, sekiranya anda bercuti ke tempat lain, adakah anda akan membayar untuk seekor ikan siakap berharga RM1,196? 

Jika anda sendiri tidak sanggup, kenapa anda fikir orang lain perlu bayar harga semahal itu di tempat anda? 

Sekali lagi, saya ingin beritahu seluruh rakyat Malaysia, harga makanan di Langkawi sebenarnya tidak mahal, yang mahal cuma di restoran terapung tersebut. 

Kepada mangsa-mangsa yang telah terkena perangkap sangkar tengah laut ini, saya mohon maaf. 

Saya berjanji akan mengkritik perkara ini sehingga tiada lagi pelancong teraniaya di pulau saya. 

Silalah datang ke Langkawi, datang lah beramai-ramai. 

Orang Langkawi orang baik-baik dan Langkawi adalah pulau Pelancongan bertaraf dunia untuk semua walaupun rombongan sekolah.

#LADA
#motac

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Harga makanan di langkawi rata2 mahai dari tanah besar. Aku tak kisah la tu sbb tempat pelancongan. Tapi bila pikiaq tentang seafood. Sepatutnya dilangkawi depa patut murah. Baru la lebih menarik. Mcm di sabah.
    Ini depa kesempatan jugak. Boh mahai gila2.
    Pada aku depa memang silap tentang harga seafood. Benda lain mahai takpa sebab kena bawa dari tanah besaq. Seafood tu patut murah daripada tanah besaq. Cuba pikiaq2 tengok org langkawi ooi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul³....kalau pi langkawi takkan nk mkn ayam atau daging lembu sedangkan ianya swbuah pulau yg dikelilingi lautan. Sepatutnya harga mknan laut lebih murah dan segar.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...