Nama dia Abdul Latiff Ahmad.
Latif adalah bekas pemimpin UMNO yang lompat ke BERSATU.
Selepas UMNO pilih Ismail jadi Perdana Menteri, Ismail lantik Latif dari BERSATU ini menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).
Rekod Pengisytiharan Harta di SPRM menunjukkan gaji dan imbuhan Latif adalah RM89,900 setiap bulan.
Lebih kurang gaji Duta Khas Timur Tengah.
Perasan tak Ismail suka lantik berdozen-dozen “Khas” seperti Duta Khas, Penasihat Khas.
Baiklah, tugas Latif adalah untuk jaga Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri (NADMA).
Tapi Latif kata dia tidak terlibat secara langsung dalam urusan kejadian bencana alam seperti banjir di peringkat negeri.
Maknanya apa? Dia jaga kalau banjir di pejabat Perdana Menteri saja ke? 🤦♀️
Latiff kata NADMA juga tidak bercadang untuk menempatkan pejabat dan kakitangannya di peringkat daerah kerana ia melibatkan kos yang besar.
“Saya minta wakil rakyat jangan meletakkan sepenuhnya kepada NADMA. Ia sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan pusat.”
“Kalau hal ehwal yang berkaitan dengan banjir atau bencana, perlu dikongsi oleh pihak ini (kerajaan negeri dan kerajaan tempatan), jangan bulat-bulat serahkan kepada NADMA di peringkat pusat.”
“Kerajaan negeri melalui wakil rakyat dan Ketua Jajahan ada peranan masing-masing dalam hal ini,”
Itu jawapan Latif dalam sesi menjawab perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Parlimen, semalam.
Latif kata NADMA hanya menjaga urusan dalam pemberian pampasan kepada mangsa selepas mendapat maklumat dan senarai daripada negeri.
Maknanya Latif diberi jawatan jaga bencana negara dengan gaji RM89,900 setiap bulan hanya untuk duduk goyang kaki di pejabat dan tunggu negeri bagi senarai mangsa?
Wow!
Gaji besar goyang kaki!
#IsmailSabriPMKita
No comments:
Post a Comment