Wednesday, January 5, 2022

TUNM oh TUNM.. Pi balik atau Pi mampus?


 MENJAWAB MAHATHIR: SATU PERSATU
Pi balik atau Pi mampus?

Mahathir kata:
Dr. Mahathir bin Mohamad membayangkan kerjasama antara beliau dan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berulang lagi.

Saya kata:
Mahathir mahu bekerjasama dengan Anwar atau Anwar mahu bekerjasama dengan Mahathir? Siapa yang hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong? Mahathir pergi berjumpa Anwar di penjara atau Anwar keluar dari penjara pergi menyembah Mahathir? Ketika Anwar berusaha untuk mengambil-alih alih semula kerajaan dari Perikatan Nasional, cuba mengumpul majoriti baharu, apakah pernah Anwar berpaling dan merayu semula kepada Mahathir dan barisan Pejuangnya?

Mahathir kata:
Anwar sendiri yang menolak bulat-bulat tawaran beliau untuk kembali mengukuhkan Pakatan Harapan (PH) selepas dijatuhkan dari Putrajaya.

Saya kata:
Mahathir bukan buat tawaran untuk mengukuhkan semula Pakatan Harapan tetapi meminta Pakatan Harapan kembali menyokongnya sebagai calon Perdana Menteri. Kalau saya pun, saya akan tolak bulat-bulat selepas melihat Mahathir bermain dan memperlekehkan janji yang telah dibuat sebelum itu. Lebih jahat Mahathir sanggup kehilangan jawatannya, asal sahaja dia berjaya menidakkan janji menaikkan Anwar sebagai Perdana Menteri selepasnya.

Mahathir kata:
Dr Mahathir secara sinis berkata “Pi baliklah”, merujuk kepada kenyataan berulang kali Anwar bahawa Presiden PKR itu mempunyai jumlah bilangan Ahli Dewan Rakyat yang “strong, formidable, convincing” untuk menjatuhkan Perikatan Nasional (PN), yang akhirnya gagal direalisasikan.

Saya kata:
Anwar tidak menipu dengan kata-katanya, tetapi dia sentiasa dikalahkan dengan permainan masa. Seringkali, bila ada sebilangan Ahli Parlimen dari blok PN/MN mahu menyokong Anwar, masa itulah "deal" baru akan ditawarkan oleh pemuka Perikatan Nasional dari Bersatu (parti lama Mahathir yang punya sikap yang sama - halang Anwar) dan Kartel Azmin Ali (lagilah membenci Anwar) kepada Ahli-Ahli Parlimen lain dalam sekutu mereka. Begitulah, bila kuasa diperoleh bukan secara amanah, maka ia mudah sahaja didagangkan.

Mahathir kata:
Bila Pakatan Harapan kalah, tak jadi kerajaan kita cuba kerja (kembali). Walaupun Bersatu (ketika itu) tidak ada dalam Pakatan Harapan, kita ada apa yang dipanggil Pakatan Harapan Plus. Dan kita tawar untuk kerjasama dengan Pakatan Harapan. Anwar tolak saya bulat-bulat. Tak boleh jadi apa pun, tak boleh masuk (kembali ke PH). Jadi yang tolak ni bukan saya tetapi dia.

Saya kata:
Sekali lagi saya kata, orang gila sahaja yang boleh menerima tawaran kerjasama secara bulat-bulat dari orang atau pihak yang baharu sahaja memusnahkan kerjasama tersebut tanpa rasa bersalah pun. Orang yang memusnahkan kerjasama tersebut pula menawarkan kerjasama baharu dengan dia kembali menjadi Perdana Menteri, memanglah akan ditolak bulat-bulat.

Mahathir kata:
Anwar juga enggan membenarkan orang lain menjadi calon Perdana Menteri, walaupun pada hakikatnya beliau sendiri tidak mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi.
“Saya nak kerjasama juga, saya offer kepada dia. Tak apa lah saya jadi Perdana Menteri cuma enam bulan…oh tak boleh, dia punya yang ni. Bagi nama Datuk Seri Shafie Apdal pun tak boleh, dia (Anwar) sahaja nak jadi Perdana Menteri. Tapi dia tak boleh jadi Perdana Menteri, kalau tidak ada sokongan yang cukup."

Saya kata:
Namanya Mahathir sendiri sebut sebagai Pakatan Harapan Plus. Plus itu sebabnya Mahathir sendiri tiada parti, Warisan pula parti tunggal sedangkan PH itu gabungan parti-parti. Anwar itu Pengerusi PH. Logiknya takkan yang Plus itu pula jadi Perdana Menteri, sedangkan PH itulah yang besar dan dominan, dan pengerusinya adalah Anwar Ibrahim. 22 tahun Mahathir jadi Perdana Menteri melalui BN sebab apa? Sebab Umno adalah parti terbesar dalam BN dan Mahathir presidennya, Mahathir juga Pengerusi BN ketika itu. Sama sahaja bukan? Lalu apa salah bila Anwar mempertahankan haknya? Salah bagi Mahathir untuk Anwar menjadi Perdana Menteri sebab tak cukup bilang katanya, antara sebab tak cukup bilang ialah kerana Mahathir sendiri dan Warisan tidak mahu menyokong Anwar, peliknya dalam masa yang sama konon menawar kerjasama? Kerjasama sekali lagi untuk Mahathir kembali jadi Perdana Menteri (lagi? Konon 6 bulan?)? Atau siapalah pun proksi Mahathir seperti Shafie Apdal jadi Perdana Menteri? Cukup bilangkah Mahathir? Cukup bilangkah Shafie Apdal? Tidak akan cukup bilang, besar tidak cukup bilangnya bila Parti Keadilan Rakyat tidak menyokong mereka. Jadi apa bezanya Anwar, Mahathir dan Shafie Apdal? Bezanya Anwar adalah Pengerusi PH, Mahathir bukan, Shafie pun bukan.

Saya kata yang terakhir:
Sekurang-kurangnya Anwar ada partinya sendiri, dengan 38 Ahli Parlimen bersamanya, Anwar adalah Pengerusi PH, 92 Ahli Parlimen ada di situ. Mahathir ada apa? Parti pun tidak ada, lima-enam orang Ahli Parlimen yang bersamanya pun ada yang sudah mengundur diri. Saya nak kata Pi Balik pada Anwar ke atau Pi Mampus pada Mahathir?

Zukri Aksah 
Ketua Komunikasi Nasional
Gerakan Reformasi 98 - GERAK 98

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...