Tuesday, February 8, 2022

PILIHANRAYA NEGERI KEDAH SESUDAH PILIHANRAYA NEGERI JOHOR?


1. Desas desus laporan media sebelum ini melaporkan bahawa ‘Kem UMNO’ yang diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid sedang merancang sekurang - kurangnya tiga lagi Pilihan Raya Negeri. 

2. Segalanya bermula seusai Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN). Kemudian di ikuti dengan Negeri Johor. Ketika ini belum lagi berlaku tarikh pernamaan calon oleh SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) di PRN Johor. Khabar angin telah bertiup kencang akan berlaku pula di negeri Kedah.

3. Manakala pihak Menteri Besar Kedah dari PAS pula mengeluarkan kenyataan tidak akan berlaku Pilihanraya Negeri. Ini hanyalah khabar angin. Turut menafikan kenyataan tersebut ialah ADUN dari BN. Mereka segera bingkas untuk turut sama mempertikaikan kesahihan maklumat itu.

4. Kemudian munculnya berita telah wujud 5 orang ADUN bersiap sedia untuk memberikan laluan kepada PRN Kedah semakin bertiup kencang.

5. UMNO di katakan sudah bersiap sedia untuk merampas kembali Kerajaan Kedah dari PAS serta kerusi - kerusi yang mereka hilang pada PRU-14 (2018) untuk kembali memerintah Kedah.

6. Semalam kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri ke Negari Kedah kembali menghangatkan tajuk berkenaan. Meski pun kehadiran beliau adalah di atas tiket lawatan kerja ke Kedah. Namun pelbagai spekulasi mengenai PRN Kedah mula memuncak.

7. Kenapa ini harus berlaku? Sebarang Pilihanraya Kecil atau Negeri hanya boleh berlaku sebelum penggal ke - 3 tahun ini. Iaitu sebelum bulan Ogos. Selepas bulan tersebut tiada lagi sebarang Pilihanraya boleh berlaku kerana akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri serta Parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihanraya Umum yang ke-15 kerana sudah cukup tempoh/mandat selama 5 tahun (2018 - 2023).

8. Apakah rasional PRN? Pelbagai pemerhati politik mula meramal dan mengamati. Desas desus rakan - rakan di dalam UMNO menyebut, ini adalah bertujuan agar berlaku desakan serta tekanan kepada Perdana Menteri supaya membubarkan Parlimen supaya Pilihanraya Umum (PRU) harus berlaku sebelum Pemilihan Agong Umno (PAU) yang di jangkakan akan berlaku pada bulan Oktober 2022. 

Jika PAU terlebih dahulu di adakan sebelum PRU pasti akan berlaku perebutan kuasa terutamanya kerusi panas di dalam UMNO seperti Kerusi Presiden umpamanya. Malah turut melibatkan juga kerusi - kerusi panas yang lain.

i) Adakah Datuk Seri Ismail Sabri selaku Perdana Menteri yang kini sedang menjawat jawatan Naib Presiden UMNO akan memberikan laluan kepada Datuk Seri Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO untuk menjadi Perdana Menteri?

ii) Adakah Datuk Seri Zahid Hamidi akan memberikan laluan kepada Datuk Seri Ismail Sabri untuk kekal sebagai Perdana Menteri?

9. Sejauh mana kebenaran berita di atas, sama - samalah kita tunggu dan lihat. Mengingatkan kembali sejarah peralihan kuasa tanpa Pilihanraya yang pernah berlaku di Kedah sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2016 dan 2020. Bagaimanakah ia bermula?

"Bermula dengan desas desus kemudian menjadi khabar angin yang bertiup kencang kemudiannya menjadi kenyataan". 

WALLAHU'ALAM

Asmirul Anuar Aris
Rakyat Kedah 2022
#KubangRotanDiHati
#VaccinationEducation

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...