Thursday, May 26, 2022

PIMPINAN UMNO KANTOI FITNAH MANTAN MENTERI AGAMA DALAM HAL TABUNG HAJI


 Dr Mujahid semasa menjawat sebagai Menteri telah berusaha sehabis mungkin untuk membetulkan kembali 'ketempangan' yang diolah oleh Azeez Rahim semasa menjadi Pengerusi Tabung Haji.

Kesannya, beliau telah dimaki dengan macam² gelaran sampai digelar sebagai Mujahat, dan difitnah dengan pelbagai versi dan oleh pelbagai pihak. Sementara usaha membetulkan segala ketempangan yang berlaku, beliau juga 'terpaksa' menjelas dan menjawab segala tuduhan itu dalam pelbagai kesempatan yang ada ; wawacara TV, video klip khas, kenyataan media, dialoq, sessi Town Hall dan juga menerbitkan buku khas berkaitan isu Tabung Haji. 

Setelah PH jatuh, beliau terus berusaha untuk meluruskan persepsi yang salah itu dalam pelbagai kesempatan ; sessi soal jawab di parlimen, perbahasan di parlimen, berdebat di sinar dengan Azeez Rahim dan ternyata dalam semua usaha beliau itu HASILnya semua tuduhan itu adalah FITNAH semata-mata.

Laporan PAC menjelaskan lagi 'usaha' Mujahid dan teamnya berada di landasan yang benar dan tanpa sebab yang tersembunyi.

Untuk meluruskan persepsi, beliau juga menyaman beberapa pihak - termasuk Ashraf Wajdi -, dan HASILnya Ashraf Wajdi menarik balik Kenyataan itu.

Mungkin, ada pihak yang tidak berpuas hati, namun objektif Dr Mujahid menyaman dan juga melakukan penyelesaian dengan Ashraf menarik 'tuduhan' itu telah menyampaikan hasrat bahawa semua tuduhan itu adalah PALSU semata².

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...