Tuesday, June 28, 2022

Strong, Convincing and Formidable; No Dap No Anwar


 Strong, Convincing and Formidable; No Dap No Anwar

Mendengar PC Probok-probok semalam, saya bersyukur satu lagi bukti kebenaran telah muncul. Probok telah membuktikan yang Anwar Ibrahim itu bercakap benar, dia memang ada sokongan; tapi kita jangan pula lupa tentang gawang gol yang telah di bawa lari pengadil. Jangan kita lupa masa itu parlimen di tutup rakyat menderita tapi tak ada yang cakna. Tapi tak apalah benda itu pun sudah menjadi akademik.

Kita juga di beri tahu Probok telah sign paling kurang 3 akuan sumpah, Satu sokong Mahathir, Satu Muhyidin dan satu lagi Anwar yang mana di paksa oleh Wak Akal Budi atas alasan mereka boleh tolong. Lepas itu probok kata Wak Akal budi telefon dia kata "ingat mereka boleh tolong tapi sebaliknya".

Di sini kita boleh lihat sikap pemimpin UMNO yang hanya pentingkan diri sendiri, konon no DAP, no Anwar tapi dalam masa yang sama dia berbohong pada ahli UMNO. Sebab ini juga bukti yang Mahathir letak jawatan konon-kononnya sudah hilang sokongan itu tak betul, sebab jika ada SD dari UMNO yang sokong Mahathir, walaupun Bersatu keluar dari PH tapi mereka masih sokong Mahathir. Sebab itu Tommy Thomas tanya Mahathir, kenapa nak resign, Mahathir kata dia ada 220 sokongan ahli parlimen; jadi apa yang Tommy Thomas sebut itu juga benar.

Wak Akal Budi hantar writ saman pada Mahathir dan Muhyidin atas katanya menuduh dia minta campur tangan dalam kes Mahkamah dia; dengan pengakuan Probok yang kata jadi saksi hidup, nampaknya saman itu akan jadi dead on water.

Sebab itu Anwar sendiri dalam wawancaranya dengan mingguan Malaysia tulis tentang yang dia masih ada sokongan waktu itu, tapi ramai yang sindir, bersangka buruk dan tajassus. 

https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial/posts/10161446188736840

Saya sudah tulis waktu itu; kita kena bersangka baik. Anwar sudah kata dia terbuka kalau sesiapa hendak bersama dengan PH, janji mereka ikut dengan agenda reformasi dan dia sama sekali tidak akan berkompromi dengan kes rasuah. Tapi ada asatizah boleh buruk sangka tuduh Anwar rakus dan akan lepaskan kluster Mahkamah; suruh dia masuk gelanggang politik tak mahu, tapi bila apa yang di sertu tak jadi, dia jadi serba bisu.

Saya juga dah tulis "Macam saya duk ulang dari awal tahun lepas lagi, kalau nak dapat kuasa, kita kena ambil semula sama ada bersama dengan kleptokrat, pengkhianat ataupun lalang dan terpaksa gadai prinsip.(Mukhlis, 2020)". Waktu ini geng dalam PH terutama yang pernah makan dedak dengan menteri sibuk suruh ambil balik kerajaan; katanya itu kerajaan kita, kenapa nak tunggu PRU15. Tapi sebenarnya mereka nak Mahathir sahaja bukan nak Anwar. Bila saya menulis, saya tak ada kepentingan, saya tak bercita-cita nak jadi calon ke, nak jadi ketua pemuda ke apa yang saya nasihat adalah ikhlas. Saya selesa dengan apa yang saya ada dan enjoy kehidupan saya.

Di sini kita boleh lihat sifat amanah dan jujur amat perlu untuk jadi pemimpin. Anwar walaupun di desak berkali-kali masih lagi simpan rahsia siapa dalam UMNO yang sokong dia walaupun Anwar di cop penipu. Satu sahaja kelemahan Anwar ialah dia tidak membalas semua tuduhan tersebut dan hanya membiarkan pada masa dan takdir yang balas. 

Kita juga tahu kenapa golongan yang berkhianat takut dan tak sokong Anwar jadi PM, rujukan penerima derma dari UKSB telah membuktikan pandai baca doa dan jadi imam solat bukan satu kriteria yang baik untuk jadi pemimpin. Mereka tahu Anwar takkan berkompromi bab rasuah sebab itu mereka takut kalau Anwar naik jadi PM.

Saya juga membayangkan 3 doa ATGNA, ATGFN akan jadi kenyataan; sama ada cepat atau lambat. 

1) Doa Tuan Guru Nik Aziz Ke atas Najib dan Zahid - https://www.youtube.com/watch?v=q66fuQb1T4A&t=1s

2) Doa ATGFN kepada Mahathir untuk lihat kerosakan yang di lakukannya; di karunia umur yang panjang tapi masih salahkan orang lain atas kesalahan sendiri letak jawatan. 

3) Doa Tuan Guru Nik Aziz supaya Allah jahannamkan orang jahat yang halang dan khianat Anwar jadi Perdana Menteri. https://www.youtube.com/watch?v=yxIVcxbtsZM

Tuan-tuan bertuah dapat hidup di zaman yang mana segala kebenaran di bentangkan di hadapan mata tuan-tuan. 

Saya tak kesal sangatpun kalau Anwar tak dapat jadi Perdana Menteri dengan keadaan politik negara ini, jadi kita simpan sahajalah impian nak jadikan Malaysia setanding Indonesia kalau tak bersedia nak dapat pemimpin persis Jokowi. Ialah, baru nak buat Islah sudah di tohmah dengan fitnah lendir dalam kain; punca dari 25 tahun yang lepas akibat politik Machiavellian.   

Tapi saya puas hati dapat lihat mereka yang berkhianat, satu orang pun tak dapat apa yang dia hendak. 

Yang hendak berkuasa lebih dari masa perjanjian, yang hendak jadi PM walaupun nama tak ada dalam perjanjian, yang hendak jadi TPM walaupun tak layak, yang hendak lari dari penjara tapi masih ada cita-cita hendak berkuasa, yang berpuluh tahun lawan assobiyyah kini jadi khodam pada assobiyyah.

Demikianlah buruknya pengkhianatan.

Sebab itu Allah berfirman “… dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.” (Surah Al-Israa’, ayat 34)

WAllahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...