Monday, September 19, 2022

BN PN GAGAL URUSKAN NEGARA HINGGA KINI ALIH-ALIH RATIB PH YANG GAGAL..


 ALIH-ALIH

Mahiaddin Yassin yang merupakan pengerusi Majlis Pemulihan Negara lantikan Ismail Sabri berkata jika Ismail Sabri terus gagal pulihkan ekonomi lebih baik adakan segera pilihanraya agar rakyat dapat memilih sebuah kerajaan baru yang lebih cekap.

Ismail Sabri yang merupakan Perdana Menteri yang melantik Mahiaddin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara pula menjawab jika dia dilihat gagal pulihkan ekonomi maka Mahiaddin juga turut menyumbang kegagalan itu kerana Mahiaddin ialah pengerusi Majlis Pemulihan Negara malah ada di antara anggota Jemaah Menteri Ismail Sabri adalah pemimpin parti Mahiaddin.

Aku kata hang.. hang kata aku. Lebai PAS meleleh air liur tunggu gaji dan elaun masuk akaun 3-4 hari lagi.

Inilah situasi Kerajaan Malaysia sekarang. 

Tiba-tiba ... alih-alih yang diriuhkan ialah 22 bulan Malaysia ditadbir PH, rakyat merana, rakyat tidur tak lena, rakyat sengsara.

Bukannya mereka nak perelokkan Malaysia yang kononnya merana 22 bulan di bawah PH, mereka tambah derita, mereka mangsakan rakyat dan negara.

Apa mereka lakukan sejak mereka jatuhkan PH pada Mac 2020 hingga sekarang?

Alih-alih.. DAP jahat, DAP pecah belah, DAP itu DAP ini.

Tak bosan ka hari-hari meratib DAP? Berapa pahala dapat dok ratib DAP tu?

Zulhazmi Shariff

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...