Wednesday, October 5, 2022

BENCANA REE DI BUKIT ENGGANG, APA YANG BERLAKU SEBENARNYA?


 5 Okt 2022 | Rabu

BENCANA REE DI BUKIT ENGGANG, APA YANG SEBENARNYA BERLAKU ?

Bukit Enggang berstatus hutan simpan, namun Jabatan Hutan Negeri Kedah telah memberi kebenaran untuk pembalakan bertujuan untuk membuat ladang hutan di 4 kompartmen iaitu kompartmen 12,13,14 dan 15. Semua pembalakan telah telah pun selesai pada tahun 2017.

Seterusnya beberapa pokok dari spesis hutan telah di tanam dan sebahagiannya telah di tanam dengan pokok durian dari spesis musang king.

Pada Disember 2020 satu syarikat telah di beri kebenaran pada lokasi yang sama untuk meneroka carigali nadir bumi bahan logam bernilai tinggi (REE).

Tidak ada siapa yang mengetahui apakah sebenarnya berlaku di situ selepas itu sehinggalah penduduk tempatan mulai rasa curiga dengan aktiviti yang berlaku sejak enam bulan yang lalu . Penduduk mula mensyaki sesuatu apabila kenderaan pacuan empat roda dan lori bersaiz kecil dan sederhana di lihat keluar masuk ke tempat itu.

Penduduk tempatan telah membuat beberapa lapuran polis tapi tidak ada apa-apa tindakan yang di ambil sehinggalah lori yang memunggah keluar REE berlaku kemalangan pada minggu lepas dan ditahan polis. Lapuran di muka hadapan Utusan Malaysia yang bertajuk 'Sindiket Curi REE di Bukit Enggang', bertarikh 3 Oktober 2022 telah mengejut dan menggemparkan dunia.

Apakah projek ladang solar dan tanaman musang king disitu hanyalah sebagai mengaburi orang ramai ?. Difahamkan juga bahawa projek tanaman musang king mendapat kelulusan dari Jabatan Hutan.

Persoalan seterusnya adalah ianya berlaku di mukim Jeneri dalam Dun Jeneri dan Belantek dalam Parlimen Sik.

ADUN Jeneri adalah Yab Menteri Besar yang menjadi pengerusi kepada MBI yang menjadi pemilik tanah di situ dan beliau juga lah yang telah memberi kebenaran kepada syarikat untuk meneroka REE di situ.

Jadi, bila kejadian kecurian REE ini berlaku, apakah ianya di luar pengetahuan Yab Menteri Besar ? Aneh dan ironi lagi ialah apabila syarikat yang membuat penerokaan REE itu telah membuat lapuran polis dengan menafikan keterlibatan mereka dengan kecurian itu.

Saya memohon pihak SPRM dan lain-lain pihak yang berkenaan supaya segera mengambil tindakan berkaitan dengan isu yang besar ini .

Yb Dato Dr Ismail Salleh
Timbalan Pengerusi Amanah.


Keratan Utusan




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...