Wednesday, December 7, 2022

Bosan dengar ceramah politik mahiaddin.


 Bosan dengar ceramah politik mahiaddin. 

Balik2 cerita sama "dah ada 115 Sd".
Balik2 cerita sama "dah dapat surat pengesahan terima dokumen dari istana"

Hantar 115 SD pukul 4 pagi dgn harapan dititah angkat sumpah pukul 10pagi? 

Surat pengesahan "dah terima dokumen" tu bukan surat pengesahan kamu akan dilantik jadi PM". Tu sekadar satu kenyataan bahawa apa yg hantar tu pihak istana sudah ambil maklum.

Takkan benda simple macam ni kau tak boleh nak brain? Pernah lihat tak pejabat2 kerajaan bila kita hantar dokumen rasmi akan cop "diterima" atau ada kala bg kita satu salinan dan cop "diterima" siap dgn tarikh dan masa? Lebih kurang macam tu la surat yg kau dapat tu.

Bukan surat pengesahan apa yg kau hantar tu dah cukup utk melayakkan kau jadi PM. Kau hantar 221 sd pun akan dapat benda yg sama jugak dulu iaitu SURAT MAKLUM DOKUMEN TELAH DITERIMA.

Lepas tu meroyan konon bila dia dah hantar 115 SD mana mungkin ada pihak lain yg dapat majoriti. Ye betul kalau betul kamu ada 115 SD maka tak ada siapa yg lain ada majoriti.

Tapi kenapa tak mahu bersikap jujur. Kenapa tak maklum pada walaun2 semua bahawa 10 MP dari BN hantar surat batal sokongan kepada kamu? 10 MP BN maklumkan pada istana bahawa mereka tarik balik sokongan mereka.

Jadi maksudnya kamu dah hilang 10 dari 115 maka tinggal 105. 

Kenapa tak bagitahu pada walaun kamu tipu GPS konon BN dah sokong kamu? GPS sokong kamu hanya lepas dimaklumkan bahawa BN sokong kamu padahal umum tahu BN ketika itu tidak menyokong sesiapa. 10 SD tu pun kamu dapat ikut pintu belakang tanpa persetujuan pimpinan BN 

Jadi bila YDPA sedia maklum bahawa 10 MP BN tarik sokongan, maka betul la apa Baginda bgtahu kamu bahawasanya kamu "tidak mempunyai sokongan majoriti" atau dalam bahasa mudah "tak cukup".

Kalau 10 MP BN tak tarik balik sokongan pun, tetap "tak cukup" sebab mereka masih terikat dgn akujanji sebelum pru dan juga terikat dgn akta larangan lompat parti yg digubal utk halang perosak2 demokrasi macam kamu.

Akujanji calon BN dan Akta Lompat Parti la yg sebenarnya menghalang kamu dari menjadi PM dgn cara tidak demokrasi sekali lagi. Bukan YDPA.

Kamu masih berpeluang membawa PN menjadi kerajaan sekiranya akur dgn titah YDPA agar PH dan PN menubuhkan kerajaan campuran dgn penggiliran jawatan PM.

Presiden PH bersetuju dgn titah YDPA tapi kamu engkar dan tidak mahu bersetuju. Sebab apa? Sebab tidak mahu berkongsi kerusi PM dengan sesiapa. Sebab tidak mahu sistem penggiliran jawatan PM. Siap tayang sikap derhaka buat sidang media umum tolak titah YDPA

Kamu itu sendiri yg menggagalkan peluang PN menjadi kerajaan. Kamu yg bernama Mahiaddin Yassin. Bukan YDPA.

Dan sampai ke hari ini terus menghina kerajaan yg diperkenankan oleh raja2 melayu dgn pelbagai panggilan seperti " kerajaan minoriti tiada keabsahan". 

PN gagal jadi kerajaan kerana kamu Mahiaddin Yassin. Sikap bongkak, sikap derhaka, besar kepala yg menggagalkan PN dari menjadi kerajaan. 

Mahu terima kenyataan atau tidak, 73 adalah minoriti dan 148 adalah majoriti. Ini matematik dunia. Matematik org yang waras pemikiran.

Kamu boleh terus kekal dgn matematik bodoh konon 73 lebih besar dari 148 atau sekurang2nya lebih besar dari 82. 

Tiada siapa peduli.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...