Tuesday, December 6, 2022

CABUTAN KURANG, TAPI HASIL JUDI TINGGI ZAMAN PH ?



CABUTAN KURANG, TAPI HASIL JUDI TINGGI ZAMAN PH ?  

1- Lepas maghrib tadi baca status FB, Group whatsapp Masjid laju jer orang PAS buat kerja, hari ni bila DSAI umumkan cabutan khas judi turun dari 22 kepada 8 cabutan, patutnya orang PAS gembira..Rupanya meroyan sakan.. Oleh kerana tuduhan tu melibatkan zaman PH sebelum ni aku tolong jawab lah..  

2- Kata orang PAS dengan bukti Hansard parlimen kononnya catatan hasil judi dari tahun 2010 sehingga 2021, Kata depa zaman BN paling tinggi hasil judi dikutip RM 2.69 Billion, zaman PH paling tinggi RM 3.43 Billion, Dan Zaman Mahaiddin dikatakan paling rendah.. Kata sahabat PAS, kenapa kutipan kurang, Tapi hasil tinggi ? Kata depa fikir fikirkan lah..Konon hebat lah tunjuk Hansard parlimen.. Ni nak habaq..  

3- lain kali, Tak payah lah Spin guna Hansard Parlimen, Masalah bani Melayu lemah Ekonomi dan kira kira.. Kenapa tak baca Teks Belanjawan 2018, Bayangkan Lim Guan Eng yang difitnah Komunis masa jadi Menteri Kewangan, mula mula bentang Belanjawan, Bukan takat turunkan cabutan Judi dari 22 kepada 8 Cabutan.. Malah menaikkan Cukai Judi atau Sin tax( Cukai Dosa).. 

4- Pi baca Teks Belanjawan 2018, Pindaan cukai, fi, levi judi.. Cukai Judi tak pernah dinaikan sejak tahun 2005..Punyalah mesra Judi.. Lim Guan Eng bentang Belanjawan pertama terus naik cukai Judi.. ni Butiran dia..

a) lesen kasino yang akan dinaikkan , Zaman BN RM120 juta setiap tahun, Zaman LGE naik kepada RM150 juta setiap tahun.

b) duti kasino dinaikkan kepada 35 peratus terhadap pendapatan kasar, Pendapatan kasar yer, Bukan Keuntungan Bersih kira Revenue lah..

c) lesen mesin ‘dealer’ ditingkatkan daripada RM 10,000 zaman BN, Naik 5 kali ganda RM50,000 setiap tahun.

D) Duti mesin akan dinaikkan daripada 20 peratus kepada 30 peratus terhadap kutipan kasar

 Jadi tak heran lah hsil zaman PH meningkat, Bukan sebab lebih banyak cabutan, Tapi sebab Kerajaan PH masa tu bantai kaw kaw kat tauke Judi Cukai.. 

5- Tu sebab Zaman Mahaiddin hasil judi jatuh.. Lagi satu sebab hasil judi zaman PN jatuh sebab Abah seminggu jadi PM dah buat PKP.. Sapa pulak pi Kasino ,Berjudi time PKP.. Semua kena duduk kat Rumah.. Memang hasil dan revenue jatuh.. Nak spin pun Agak agak lah.. 

6- Ni nak bagi Mudah Faham kat sahabat PAS.. Aku bagi tamsilan Lesen dan Premium Balak.. Zaman PAS/UMNO depa bagi kawasan balak banyak, Zaman PH dia bagi lesen Balak hanya 20% dari Zaman PAS dan UMNO.. sebab PH ni pandai Mentadbir..Dia naikkan Premium balak, Cukai Balak 5 Kali Ganda, Kalau contoh dulu RM 5 ribu satu hektar, Sekarang RM 25 Ribu Satu hektar.. Jadi walapun kawasan balak Kurang, tapi Hasil cukai Balak meningkat.. 

7- Tu sebab kat Kelantan kita tengok habis licin balak, Hutang dan Bukit..Tapi hasil negeri tak meningkat..Rakyat terus Miskin.. Umpamanya macam judi lah..Cabutan bertambah..Rakyat rosak berjudi tiap tiap minggu.. Tapi hasil Kerajaan Kurang.. Kalau Zaman PH hasil Kerajaan negeri Meningkat, dan Hasil tauke Balak kurang.. Begitulah dengan Judi, Tu sebab laporan Kewangan, Genting, banyak Syarikat Judi Keuntungan depa Jatuh... 

8- Tu sebab, Ustaz Ustaz hat patutu sokong lesen Judi dikurangkan.. Bukan sebar Fitnah kononnya PH sorok sorok bagi lesen Judi bila hasil Kerajaan Meningkat.. Ni sebab Bani Melayu, Kalau tengok Belanjawan..Kena faham insentif atau dasar perCukaian, termasuk lah Sin Tax(Cukai Dosa) 

9- Patutnya kita malu lah..Ada rasa Insaf, Menteri Cina, Bukan Islam.. Turunkan cabutan khas Judi, dan Naikkan Cukai Dosa( Sin Tax), Susah kah tauke Tauke Judi.. Ini tak... Sampaikan buat kerja baik, Amal Makruh Nahi Mungkar pun hang marah.. Tak reti nak Fikir apa tahap IQ hangpa.. ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...