Friday, January 27, 2023

SEBUT APA YANG PMX BUAT, LEBAI PASTI KONDEM..


 Seperkara tentang lebai ni, mereka tak pernah jemu berusaha untuk menunjukkan kedangkalan mereka. Jangankan kata nak malu, bahkan mereka bangga tentangnya.

Ini satu lagi contoh. Bila dengar je DS Anwar sebut madani, tanpa berusaha untuk cari makna madani sebenarnya, lebai lebih cenderung untuk mencari kelemahan.

Mungkin lebai gunakan enjin carian Google. Taip nama madani lalu keluar gambar kulit buku yang berjudul 'Suatu Karangan berkenaan Bidang Asal dan Sebenar serta Matlamat Kerajaan Madani' hasil tulisan John Locke.

Tapi siapa John Locke? Kalau ikut wikipedia, John Locke adalah seorang ahli falsafah bangsa Inggeris sekitar abad ke-17 dan 18. Dia juga dikenali sebagai bapa liberalisme.

Mungkin itu yang lebai jadi teruja, dapat kaitkan DS Anwar dengan liberal. Jadi tanpa fikir panjang, terus post gambar ini. Agaknya lebai ingat rakyat semua bodoh.


Cuba perhatikan, John Locke berbangsa Inggeris. Manakala tajuk buku ini pula dalam bahasa Melayu. Kira hebat John Locke boleh menulis dalam Bahasa Melayu. Kan?

Tapi tak. John Locke tulis buku ini dalam bahasa Inggeris. Tajuk asal buku ini sebenarnya adalah An Essay Concerning The Original, Extent, an End of Civil Government.

Nampak tak? Perkataan yang digunakan adalah CIVIL yang bermaksud awam. Jadi makna sebenar tajuk buku ini adalah kerajaan awam atau kerajaan rakyat.

Mana datang perkataan MADANI tu? Entah. Boleh tanya penterjemah kenapa dia gunakan perkataan madani, bukan awam atau rakyat.

Tapi demikianlah lebai. Tujuan asal bukan perjuang Islam pun. Tujuannya cuma nak memerintah. Dan kalau untuk memerintah mereka kena buat fitnah, mereka akan buat.

Tak kisah malu kalau orang nampak kelemahan dia. Asalkan dapat semai kebencian rakyat terhadap DS, Anwar, mereka sanggup. Begitukah sifat orang yang mengaku bawa panji Islam? Guane boh?


Raja Gelap 

.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...