Thursday, January 19, 2023

SERONOK JADI USTAZ PAS


 
SERONOK JADI USTAZ PAS

1. Masa dia dalam Kerajaan yang naikkan cabutan judi dari 8 kali hingga 22 kali dia diam saja. Walhal 31 bulan dia dalam kabinet.

2. Tapi bila Kerajaan PAS Kedah yang ambil masa hampir 2 tahun(24 bulan) untuk menutup seluruh premis judi terus mereka berlagak. Timbullah ustaz-ustaz PAS mendabik dada kepada kerajaan.

3. Bila dibiarkan Adun serang PM Anwar berkaitan lawatan ke Terengganu, Ustaz PAS tumpang sekaki reka segala macam analogi bodoh untuk membetulkan salah.

4. Selang beberapa puluh jam, MB Terengganu tampil dan menyalahkan "Komunikasi". Komunikasi pun salah, pimpinan PAS dan ustaznya tak pernah salah dan meminta maaf.

5. Isu telur, punyalah gigih nak menyindir Menteri tak perlu cari telur sampai ke Tamil Nadu. Ustaz PAS pun tumpang sekaki.

6. Bila Menteri jawab dan mereka terciduk, Ustaz PAS yang ada buat pekak dan tuli saja. Mereka lupa FAMA juga dibawah seliaan Menteri yang mereka sindir. 

7. Yang terkini, seorang Ustaz PAS dan sudah dipilih menjadi Ahli Parlimen PAS berkongsi sirah tentang golongan kafir.

8. Bila sudah dikecam dan diulas, Ustaz PAS meletakkan salah kepada ADMINnya. Kesian admin dapat majikan seperti itu.

9. Ada seorang bekas Timbalan Menteri Agama bertanya tentang tindakan LPF meluluskan tayangan filem PULAU yang didakwa berunsur "kelucahan lembut". Dan bertanya mengapa menteri diam dan tidak bersuara.

10. Ustaz PAS ini lupa filem ini melepasi tapisan LPF pada September 2022 iaitu dimana ketika itu dia masih lagi menjadi Timbalan Menteri Agama dan Menteri Komunikasi waktu itu juga dari Perikatan Nasional. Selalu orang buat filem teaser tidak rasmi dah bertebaran. Jangan lupa, konsert Billie Ailish juga berlangsung ketika Ustaz PAS ini mengawal maslahat agama. 

11. Pendek kata Ustaz PAS semua tak pernah salah. Yang salah semua komunikasi, admin, Anwar, Zahid dan lain-lain.

12. Khalas.

Muhammad Syafiq Azmi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...