Saturday, February 11, 2023

INGAT LANTIK DUTA USA MACAM NAK LANTIK DUTA KHAS KE?


 Hentam selagi boleh. Tak payah check fakta walau mungkin tertikam diri sendiri. Itulah walaun.

Punya seronok nak cari kelemahan DS Anwar, bila keluar berita nama Nazri Aziz naik sebagai duta ke Amerika Syarikat, terus lebai dan walaun serang.

Sedangkan faktanya lantikan itu bukan baru-baru ini. Siapa yang ikut isu semasa pasti ingat, seawal Jun tahun lepas lagi desas desus tentang perkara itu dah tersebar.

Dia ingat lantik duta ni macam lantik duta khas? Hari ni mintak jawatan, esok dah boleh lantik. Siap bertaraf menteri lagi. Mana boleh begitu bang.


Lantikan duta perlukan kelulusan daripada negara yang kita nak hantar duta tu. Kalau negara itu tak berkenan, tak jadi. Macam cerita tentang Tajuddin Rahman yang dikatakan ditolak oleh Indonesia.

Ketika desas desus itu keluar, rupanya nama Nazri sudah pun dihantar. Hanya tunggu Amerika untuk luluskan yang memakan masa 6 bulan.

Jadi sebenarnya perlantikan Nazri dibuat ketika PN dalam kerajaan. Maknanya beberapa pemimpin PN yang dilantik jadi menteri dah tahu tentang ini.

Tapi masa tu mereka semua senyap. Hari ini bila perlantikan itu disahkan, baru mula nak heboh. Sedangkan PN sendiri pun terlibat dalam hal ini.

Tapi kenapa tak tukar?

Ingat senang? Nak luluskan nama Nazri pun makan masa sampai 6 bulan. Dah lulus nak tukar pula, nak tunggu berapa lama lagi? Mungkin lebih 6 bulan.

Senang jadi PN. Dia yang buat, bila benda kecoh, dia tala dekat orang lain. Kalau tak puas hati, sila tanya Ismail Sabri. Sebab nama Nazri dihantar masa dia jadi PM. Guane boh?
 

Raja Gelap 
.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...