PM DS Anwar lakukan perkara yang sama. Kalau pembangkang nak peruntukan, datang berbincang dengan TPM Fadillah, mungkin tandatangani MoU dan semuanya akan selesai. Peruntukan akan diberi secepatnya. Tapi pembangkang enggan berjumpa.
Kenapa?
Pertama, mungkin sebab pembangkang sengaja nak mainkan isu tu. Kalau peruntukan dah diterima, nanti mereka kurang satu modal nak tuduh kerajaan pimpinan DS Anwar ini jahat. Mungkin juga mereka akan jumpa lepas PRN. Lepas dah puas guna isu ini sebagai modal kempen PRN.
Atau kedua, sebab mereka tak mahu tandatangani MoU itu kerana mereka berniat untuk meruntuhkan Kerajaan Perpaduan ini. Jika dah tandatangan MoU, maka rancangan jahat dah tak boleh dilaksanakan lagi. Maka sebab itu mereka enggan berjumpa.
Hakikatnya, pembangkang tak dapat peruntukan tu atas sikap degil, ego dan dungu mereka sendiri. Tapi disebabkan hasad yang menebal dalam hati mereka, jadi sengaja ditalakan kesalahan ke atas DS Anwar. Padahal mereka sendiri yang sulitkan perkara yang mudah. Guane boh?
Raja Gelap
.
No comments:
Post a Comment