Wednesday, August 16, 2023

APAKAH ZAHID GAGAL BELI JIWA AKAR UMBI UMNO MEMYEBABKAN MEREKA UNDI PN?


 APAKAH ZAHID GAGAL BELI JIWA AKAR UMBI UMNO MEMYEBABKAN MEREKA UNDI PN?

Selepas tertubuhnya kerajaan perpaduan antara kerjasama PH BN GPS GRS WARISAN dan beberapa parti lagi nampaknya gabungan PH dan BN menjadi tajuk utama perbincangan hangat ahli akar umbi dibawah.

Yang paling hangat ialah pertembungan DAP dalam PH dengan ahli UMNO yang mana DAP sebelum ini merupakan hantu yg paling ditakut takutkan bilamana bekerjasama dengan mereka.

Nampaknya sepanjang 8 bulan kerajaan ini bergerak perasaan hitam dalam hati org UMNO belom berjaya diputihkan.

Tugas memutih kan jiwa ahli akar umbi UMNO adalah tugas utama ZAHID dan kepimpinan UMNO yang baru diberi mandat semasa PAU2023 tempohari yg mana perlu dia lakukan supaya segera.

Beliau perlu turun kebawah ke cawangan supaya ahli akar umbi dibawah perlu ada sentuhan dari pimpinan tertinggi diatas. Penerangan kenapa perlu ada kerjasama dengan PH yg ada DAP perlu diterangkan sebaiknya.

Mematuhi titah YDPA serta demi survival politik UMNO BN dimana jika BN UMNO bergerak solo mereka sudah semakin di telan oleh PN dan PH..dan sekiranya bekerjasama dengan PN, UMNO juga akan ditelan kerana kerusi² Melayu yg ada kebanyakkan sudah di menangi oleh PN jadi politik mereka boleh mati jika diteruskan. Namun jika dengan PH masih banyak lagi kerusi MELAYU yg ada boleh di bahagi bersama PH..

Penjelasan ini perlu ZAHID sendiri turun berikan kerana yg dibawah juga dah termakan dakyah musuh dari luar dan dalam bahawa ZAHID telah gagal sdgkan ZAHID lah yg bertungkus lumus cuba selamatkan UMNO..

Jika ZAHID turun bersama barisan kepimpinan beliau menemui ahli akar umbi dibawah dan menjelaskan sebaiknya sudah pasti yg bawah boleh menerimanya..

Contoh sudah ada dimana peti² undi yg ada kerjasama rapat PH BN maka undinya ada.. namun yg mana ditinggalkan terkapai tiada penerangan dan penjelasan maka mereka boleh terdedah akan hasutan musuh dari PAS terutamanya yg mainkan lagu melayu.. DAP.. ZAHID.. sudah pasti termakan hasutannya..

Insyaallah masa 4.5 tahun masih ada dan jika digunakan sepenuhnya dan penyokong akar umbi PH BN bersatu kembali maka kerajaan madani boleh bangkit semula mengharungi tsunami yg melanda masa PRU dan PRN ke 16 nanti..

INSAN MADANI
KUALA NERANG
KEDAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...