Tuesday, November 19, 2019
POLITIK 'ZERO SUM' YANG SEDANG MEMBUNUH PH
Jamzuri Ardani
'Zero sum' bermaksud, keuntungan utk satu pihak menyebabkan kerugian untuk pihak lain. Keseronokan untuk satu pihak bermaksud kesedihan untuk pihak lain. Sokongan dari satu pihak membawa penentangan dari pihak lain.
Di dalam politik, prinsip 'zero sum' ini digunakan oleh pelobi politik untuk memastikan polisi kerajaan memihak kepada kepentingan mereka, dan biasanya pertembungan kepentingan akan berlaku. Di sinilah pertimbangan biasanya dibuatkan berdasarkan prinsip 'zero sum'.
Di Malaysia, kegagalan besar kita ialah apabila membenarkan dikotomi perkauman dan anutan agama di kalangan rakyat dimasukkan dalam angkubah perkiraan politik 'zero sum'.
Tanjung Piai - Benarkah Melayu Jatuhkan Melayu?
Tanjung Piai terjemahkan 1001 cerita
MELAYU JATUHKAN MELAYU
Oleh Norman Liverpool
Tanjung Piai mempunyai 1001 satu hikmah kpd mereka yg ingin berfikir. Bagaimana hukum hakam dilelong begitu sahaja, bagaimana bijak pengundi Cina dan bagaimana begitu mudah Melayu diperbodohkan. Terserlah kata Abdullah Munsyi, Zaaba dan Hamka itu benar. Org Melayu boleh dianggap pemikiran kelas kedua.
Dlm tempoh 24 jam keputusan PRK Tg Piai pelbagai andaian faktor kekalahan diulas. Ada betul atau tidak. Malah apa yg dikatakan kerajaan PH ini tidak menunaikan janji, menipu dan bermacam lagi ia hanya sekadar persepsi.
Sedangkan kerajaan BN yg memimpin selama 60 tahun lebih banyak menipu, tidak menunaikan janji dan lebih teruk dari itu rasuah beratus billion. Ada org Melayu ambil peduli?
Monday, November 18, 2019
Jujurnya aku nak habaq, PH kalah sebab hangpa bodoh sombong!!
JUJUR? BIAR SAYA KATAKAN SECARA JUJUR. (Perlu diulang sehingga hadam)
Nak serious dan JUJUR Tun? Maka dgr lah keluhan rakyat dan penyokong PH. Bukan dgr ayat kaki bodek yg dah terpisah dr realiti sejak ada jwtan termasuk Menteri bak kata Rafizi...
1) JUJURNYA....rakyat dah bersuara terutama org Cina. Mereka kurg senang dgn Tun atas pelbagai perkara, isu peralihan kuasa, isu Zakir Naik, Khat Jawi dan mereka anggap Bersatu adalah Ultra Melayu yg nak lebih Melayu dr UMNO bila Tun hadir ke KMM. Suka atau tidak, mereka memg tak suka gaya Kongres itu diadakan. PH sepatutnya lebih inklusif dan sederhana, tidak bleh tersangkut dgn mainan kaum atau agama.
2) Masalah kerajaan PH yg tak mesra peniaga, menekan kumpulan M40 dan T20 dgn income tax (ya...LGE perlu bertanggungjwb) tapi Tun apa kurgnya bila membiarkan? Jujurnya Tun harus juga melihat dari sudut ini. Berlambak komplen ke MoF tidak diambil peduli oleh LGE. Tanya la LGE ada dia balas surat rakyat marhaen, terutama penyokong PH?
Pak Kadok menang di Tg Piai ?
DENGAN laungan takbir meraikan kemenangan MCA di Parlimen Tanjung Piai.
Gegak gempita Pak Kadok dan kumpulannya meraikan kemenangan.
Sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK), ditayangkan klip video aksi wanita muslimah memegang erat tangan Cina kafir kerana terhutang budi dengan calon itu. Mungkin ramai yang menangis.
Tidak ramai yang berduka adakah aksi itu dibenarkan oleh syarak.
Maruah wanita muslimah jatuh disaksikan oleh Pak Kadok dan kumpulannya. Kemenangan Tanjung Piai sekali lagi ditambah Pak Kadok bertakbir dengan takbir Allahuakbar.
Sunday, November 17, 2019
KEDAH TERUS JADI DESTINASI PILIHAN PELABUR
ALOR SETAR - Prestasi cemerlang Kedah dalam menarik kedatangan pelabur asing berterusan menerusi kehadiran satu pelaburan dari New Zealand di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) yang dianggarkan mencecah sehingga RM1 bilion.
Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Kedah, Tan Kok Yew berkata, pelaburan bernilai tinggi itu ketika ini berada dalam proses mendapatkan kelulusan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
"Pelaburan industri di Kedah memang amat menggalakkan. Selain KHTP, Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) juga kian berkembang dengan kerajaan negeri turut menerima cadangan untuk pelaburan dalam sektor agro makanan di Taman Sains dan Teknologi Kedah (KSTP) di situ.
Subscribe to:
Posts (Atom)




