Saturday, June 5, 2021

PH BAGGAGE.. APAKAH TUNM SEDANG MENGATA KEPADA KEPADA DIRINYA SENDIRI?

 


Dari awal lagi saya persoalkan apa sebenar matlamat utama penubuhan Pejuang lepas gagal dengan UMNO baru dan Bersatu. Mahathir kata Muhyidin sama dengan Najib tapi yang peliknya waktu dia jadi chairman Bersatu dulu yang mana lagi power dari Presiden, takkan dia tak nampak yang Muhyidin ini gagal?

Lepas tu admit yang protoge dia Muhyidin gagal sama seperti admit yang dia sendiri gagal sebab Muhyidin adalah orang yang dia sendiri endorse. Tak lupa juga Najib pun dia endorse, Paklah pun dia endorse tapi gagal. Maknanya semua apa yang dia endorse gagal.  Tapi macam saya tulis dulu, Mahathir ini dia suka kalau orang yes man, sebab itu dia tak kisah pun Muhyidin gagal waktu dia jadi pengerusi, as long as mereka continue sokong dia.

Aduhai menteri.. pekerja kilang yang 120k syarikat tu boleh pergi kerja, tapi mp yang 222 orang tak boleh lagi masuk parlimen bersidang!


 Surat terbuka utk Datuk Hamzah Zainudin ...


Lbh 120,000 syarikat yg mlibatkan lbh 1.2 juta tenaga kerja dibenarkan beroperasi semasa PKP dikuatkuasa mengikut SOP yg diketatkan. Mrk mnggunakan wang syarikat, yg bkerja sendiri mnggunakan duit poket sndri utk mematuhi sgala SOP yg ditetapkan oleh pihak bkuasa. 

Parlimen hnya ada 222 org shj ahli dewan. Difahamkan parlimen tlh dinaiktaraf bg keselesaan dan keselamatan dewan semasa awal2 covid melanda negara. Kerajaan tlh peruntukkan jutaan ringgit utk mengubahsuai tpt duduk utk ahli2 dewan agar mngikut SOP yg ditetapkan KKM. Dari segi jarak kerusi ahli2 dewan, penghadang lutsinar antara ahli2 dewan. Diketatkan lg dgn pelitup muka tiap2 ahli dewan yg semestinya berkualiti tinggi yg tidak sama dgn rakyat dan pekerja biasa. Termasuklah dgn mesin sanitizer dll. Wang rakyat digunakan utk tujuan itu.

Oleh itu, apa yg mnghalang parlimen itu bersidang berbanding kilang2 yg mnempatkan beribu pkerja yg bkerja didalamnya..? 

KELAYAKAN PIALA DUNIA - Berita sedih! Bad mood! Tidak percaya! Marah! & Kecewa!


 Sekadar berkongsi!


Analisis & Recap!

#MAS🇲🇾vs🇦🇪UAE
#WorldCupQualifiers2022 

Berita sedih! Bad mood! Tidak percaya! Marah! & Kecewa!
Buat sekalian fans Harimau Malaya seakan tidak percaya apa yang diberi oleh pasukan kita semalam.

Kita analisis & recap point-point penting dalam game semalam.

1. Naturalisasi+Warisan vs Local Player

FAM dalam 1- 2 tahum kebelakang dilihat amat serius dalam mencari pemain berdarah campuran dan juga naturalisasi! Naturalisasi adalah player yang cukup syarat bermain di liga malaysia selama 5 tahun.

Kehadiran muka baru seperti De Paula,Liridon,SamVille,Junior eldstal dan most expensive player dalam skuad iaitu Dion Cools dikira dapat membantu memberi stabililty,ability yang kuat ditambah dengan kebolehan pemain local sedia ada.

Tapi semalam,dapat disimpulkan dalam kaca tv..pemain ini menunjukkan tahap permainan yann teruk dan tahap rendah untuk seorang pemain 'import halal' berbanding dengan local player.

Wednesday, June 2, 2021

BELAJAR DARI PENJIMATAN KERAJAAN PH, KERAJAAN PN ITU SENDIRI SATU PEMBAZIRAN..


Ramai kalangan penyokong PN terpesona dengan potongan Gaji barisan Kabinet terbesar Negara itu selama 3 Bulan.. Hakikatnya Kerajaan PN itu sendiri adalah satu Pembaziran, Kerajaan yang ada hari ini bukanlah atas jalan yang Hak.. 

Apalagi dengan jumlah Menteri dan timbalan Menteri lebih 70 orang Berbanding 55 orang zaman PH..Malangnya hampir semua takda kemampuan bekerja..atas prinsip itupun menepati takrif dari Imam Syafie tentang sifat Tabzir(membazir)... Kata Imam Syafie...

التبذير إنفاق المال في غير حقِّه

At Tabzir maksudnya membelanjakan harta tidak sesuai dengan yg hak (peruntukan) harta tersebut 

(Al Jami' Ahkam Al Qur’an)

Ramai yang tidak tahu, Tun Mahathir ketika mengetuai Kerajaan PH, Tanpa ada Pandemik, tanpa ada kemelesetan Ekonomi , tanpa ada rakyat dibuang kerja sudahpun memotong Gaji semua Menteri dan Timbalan Menteri sebanyak 10%.. Dan itulah juga dilakukan Tun Mahathir ketika mula menjadi PM pada tahun 1981.. 

Apa yang dibanggakan dengan penjimatan RM 30 Juta dicampur dengan potongan elaun pegawai tinggi keseluruhan Kakitangan awam, Berbanding penjimatan RM 3 Billion zaman PH.. Untuk Pengetahuan.. Kos untuk JPM ini dianggarkan bertambah RM 11.1 bilion berbanding RM 7.9 bilion berdasarkan belanjawan 2020, pertambahan sebanyak RM 3.2 bilion atau 28.8 %..

PN BERJAYA ALIH ISU, KESUDAHAN DIA RAKYAT YANG GADUH SESAMA SENDIRI..!


 Satu kebodohan rakyat bergaduh sesama sendiri

AGENDA 'SWING' ISU BERJAYA KERANA TERPESONA SERTA KERJA HALUS KHADAM JKOM MENJILAT PN..

Byk juga saya terbaca di wall apabila ada rakyat bergaduh sesama rakyat kerana peningkatan kes Pandemik ini. Siapa yg berkata demikian bagi saya mereka sudah terpedaya atau terpesona dgn agenda 'swing' isu dari kelemahan sendiri kpd pihak lain...

Peranan ini tidak akan berjaya jika tidak ada hulubalang2 yg setia mempertahankan apa sahaja kerja buat pemerintah walaupun hakikatnya ia terang2 salah..

Seperti Amerika mengalihkan isu matlamat utama mereka menyerang Afghanistan dgn mengaitkan Osama Laden. Dlm politik kita panggil 'pecah dan perintah'. Dlm kes Pandemik ini kita panggil menutup kelemahan dgn mengalihkan isu.

Sebab apa saya kata begitu... setakat ini saya tidak pernah melihat rakyat Malaysia keluar ke tempat awam tanpa memakai mask jauh disiplin mereka lebih baik dari sesetengah negara Eropah. KKM sibuk dgn nombor positif tetapi tidak mahu atasi dgn idea2 negara luar dgn percepatkan vaksinasi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...