Tuesday, February 13, 2018

BAFFIA : Melindungi Pesalah Yang Berkuasa.

Peguam Negata Tarik Balik Tuduhan NFC

 Bagi mereka yang mengherdik saya kerana kononnya tidak menggunakan saluran betul (lapor kepada pihak berkuasa), mereka ini lupa bahawa saya telah lapor kepada PDRM.

Salleh (suami Shahrizat) kena dakwa pecah amanah. Masalahnya, Peguam Negara Tarik balik dakwaan!

 Pandangan saya mengenai Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan, fasal-fasal kerahsian dalam BAFIA dll :

 Undang-undang ini sama ada digubal dgn niat yang buruk (melindungi Penguasa) atau ia telah disalahgunakan untuk melindungi pesalah yang berkuasa.

 Apa sebenarnya tujuan undang-undang ada dalam masyarakat?

Tujuannya menjaga kepentingan umum. Konsepnya dipanggil maqassid syari’ah.


Hakikat bahawa undang-undang digubal untuk menjaga kepentingan umum maknanya bila ada konflik, kepentingan umum wajar diberi lebih pemberat.

 Salahguna klausa kerahsian dalam akta-akta seperti OSA, BAFIA/FSA dan lain-lain perlu dihentikan :

i) Pindaan kepada undang-undang agar dinyatakan khusus kepentingan awam tidak boleh tidak boleh diketepikan.

ii) Tafsiran mahkamah bawah perlu dicabar di mahkamah lebih atas. Oleh itu mereka yang pakai logik --> langgar undang-undang --> patut kena hukum;

Bagi saya mereka pakai logik kepala lutut. Kalau ikut logik ini Ghandi itu penjenayah.

Malah Rasulullah melanggar norma peraturan masyarakat jahiliyyah zaman itu.
~Rafizi Ramli

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...