Friday, February 23, 2018

Indeks Tanggapan Rasuah paling buruk di era pentadbiran Najib

Indeks Tanggapan Rasuah paling buruk di era pentadbiran Najib
Kemerosotan teruk kedudukan Malaysia pada tangga Indeks Tanggapan Rasuah (CPI) sepanjang 23 tahun diperkenalkan oleh Transparency International (TI) berlaku di era pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, keadaan ini meletakkan kepimpinan Najib berada di kedudukan terburuk berbanding era pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir.

“Kepimpinan sembilan tahun Najib telah menyebabkan negara menduduki kedudukan tercorot berbanding dua bekas Perdana Menteri, Pak Lah dan Tun Mahathir,” katanya dalam satu kenyataan media.

Bermula dari tahun 1995, kedudukan Malaysia katanya tidak berganjak malah menunjukkan prinsip integriti, ketelusan dan urus tadbir yang baik namun semakin keterbelakang berbanding beberapa negara seperti China dan Indonesia yang memperlihatkan penambahbaikan.

“Pada tahun pertama CPI ini diperkenalkan meliputi 41 negara, kedudukan Malaysia ketika itu berada di tengah-tengah iaitu di tangga 23 dengan skor pada skala 5.28 berbanding 10 (paling bersih) dari kedudukan sifar (paling korup).

Lim Kit Siang“Ketika itu, China dan Indonesia berada di kedudukan terbawah pada tangga 40 dan 41,” kata Kit Siang (foto).

Jelasnya, jika Malaysia mencatat peningkatan skor sebanyak 0.1 mata setiap tahun selama 22 tahun lalu, negara pasti berada pada kedudukan skor 7.58 yang akan meletakkan Malaysia pada kedudukan ke 16 daripada 180 negara.

“Malangnya, kedudukan CPI Malaysia semakin merosot di tangga 62 daripada 180 negara dengan skor yang rendah daripada pertengahan,” katanya lagi.

Justeru, tugas utama kerajaan Pakatan Harapan sekiranya berjaya mengambil alih pentadbiran daripada BN dalam pilihan raya akan datang katanya adalah menubuhkan Pelan Induk Integriti Nasional bersama masyarakat sivil.

Ini bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara dalam Asia yang berintegriti, membasmi rasuah dan mengamalkan urus tadbir yang baik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...