Sunday, March 18, 2018

Aduhai Presiden PAS..Najib yang berkuasa, PH pula yang salah..!!

Najib yang berkuasa, PH pula yang salah, Syed Saddiq jawab Presiden Pas

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan media sebagai berkata bahawa masalah ekonomi negara yang melanda hari ini berpunca daripada pemimpin yang berada dalam Pakatan Harapan (PH).

Menurut laporan Malaysian Insight, beliau (Abdul Hadi) dipercayai merujuk kepada Pengerusi PH, Tun Mahathir Mohamad yang juga pemimpin Bersatu.

Mengulas kenyataan pemimpin Pas itu, Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Perdana Menteri (PM) adalah Datuk Seri Najib Razak, Menteri Kewangan adalah Najib Razak dan Pengerusi 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) juga adalah Najib.

Najib Razak kata beliau, telah memegang tampuk kekuasaan negara, kini sudah hampir 10 tahun.+

Justeru kata Syed Sadiq, mengapa pula pemimpin PH dipersalahkan dalam masalah ekonomi yang melanda negara hari ini.

Kata beliau, berikan PH lima tahun untuk memerintah dan PH akan buktikan kepada rakyat bahawa PH akan menjadikan Malaysia gemilang.

Namun kata beliau lagi, sekiranya PH gagal, rakyat boleh menolak PH dalam pilihan raya berikutnya, kata beliau dalam Facebooknya.

1 comment:

  1. Begitulah kehendaknya bila Politk tuang presidantial sekru longgak berbicara..mau sabaq byk.syed...sabaq!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...