Sunday, March 18, 2018

Hadi: Ada parti nak lawan BN minta tolong pihak asing


PAS sekali lagi mengulangi hasrat mereka untuk menjadi penasihat kepada kerajaan sekiranya tidak menang secara majoriti pada pilihan raya umum akan datang.

Selain itu, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata, PAS juga berhasrat untuk mengubah sistem pentadbiran negara jika diberi peluang membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-14.

"Kita tidak pelahap, sekiranya kita menang kita buat perubahan, sekiranya kita tidak menang kita jadi penasihat kepada kerajaan supaya buat perubahan.

"Kita tidak jemput negara dan kuasa asing untuk campur tangan urusan politik negara kita, ada parti tidak berani tetapi kata berani, nak lawan BN minta tolong orang luar, media asing dan pihak asing," katanya ketika berucap pada majlis ceramah sempena 10 tahun PAS berada dalam kerajaan negeri Selangor di Shah Alam, malam tadi.



PAS yakin jadi 'king maker'

Ketika berucap, Hadi turut mengulangi bahawa PAS yakin akan menjadi 'king maker' untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum.

"Kita berusaha sekurang-kurangnya dapat 'simple majority'...kalau tak dapat 'simple majority', kita usaha dapat banyak kerusi yang menjadikan kita 'king maker'.

"Semua parti tak boleh tubuh kerajaan, (mereka) kena jumpa kita (dahulu)," katanya lagi dihadapan kira-kira 7,500 penyokong PAS Selangor.

Hadi turut menyuntik semangat hadirin dengan menggesa agar PAS perlu memenangi sebanyak mungkin kerusi di Selangor bagi memastikan hasrat parti untuk menjadi 'penentu' tercapai.

"Selangor mesti menang, menang banyak untuk kita buat perubahan," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...