Saturday, March 31, 2018

Bilamana PKR & DAP bukan lagi penghalang.. Apa lagi alasan PAS..?

APA LAGI ALASAN PAS?


Dalam gagasan sejahtera tak ada DAP. Group Anwarinas dan liberal sudah tiada dlm PAS. Insan yg tinggal dalam PAS khabarnya islamic hakiki.

PAS kini mengetuai Gagasan Sejahtera. Presiden PAS punya autoriti untuk tentukan halatuju gabungan itu. Rasanya tiada yg membangkang dan membantah.

Amno juga menurut presiden PAS srmakin baik dan menerima dasar perjuangan PAS. PM sekarang bukan seperti PM sebelumnya sebab PM sekarang lebih baik.

Apa lagi alasan PAS untuk tidak pertegaskan dasar perjuangan dan nyawanya iaitu pelaksanaan hukum hudud dan penegakkan negara Islam.

Inilah masa terbaik utk PAS pertegaskan tanpa segan silu kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa PAS mahu melaksanakan hukum hudud jika berkuasa.


Sebelum ini PAS menuduh hasratnya itu dihalang oleh Dap dan PKR. Kini tanpa keduanya, apalagi yang ditunggu PAS?

PM sebelumnya dianggap kurang mesra dgn cita2 politik PAS. Tapi kini PAS puji dan sanjung PM sekarang dan Amno. Tentulah bukan masalah dalam isu hukum hudud.

Sebut secara bertulis dalam manifesto, PAS akan laksanakan hukum Allah. Hukum hudud Islam bukan hudud PAS jika berkuasa.

Inilah masa utk aplikasi semangat Himpunan Padang Merbok, matlamat himpunan Fastaqim iaitu menegakkan hukum Allah iaitu hudud.

Kalau PAS tak berani pertegaskan hal tersebut dlm manifesto pilihanrayanya, PAS hanya bijak pidato sahaja. Gendang saja kuat bunyinya tapi isinya kosong.

Tanpa Prasangka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...