Hasrat kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana mendapati sistem cukai itu terbukti berkesan untuk Malaysia dibidas Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin.
Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan dibuat Menteri Kewangan kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani selepas melancarkan hari terbuka tahunan Kementerian Kewangan Putrajaya semalam.
Johari dipetik berkata, GST yang telah dilaksana di lebih 170 negara itu boleh membantu menghapuskan ekonomi gelap, iaitu kegiatan transaksi perniagaan yang tidak boleh dikesan.
Bagaimanapun Mohamed Hanipa berpandangan ia tidak benar sama sekali.
“Dia (Johari) kata GST adalah rejim cukai yang cekap ( efficient ) dan dapat hapuskan apa yang dipanggil ” black economy” ( ekonomi hitam ). Mudahnya ekonomi yang berjaya “terlepas” dari cengkaman cukai.
“Dia juga kata mana-mana Kerajaan di negara negara lain yang laksanakan GST, hatta jika bertukar Kerajaan baru sekalipun, tak akan “reverse” GST.
“Bodohlah negara yang ada skandal kewangan semega 1MDB tak nak kutip GST- skim cukai yang paling cekap dan mudah untuk kutip wang dari rakyat
“Rasanya mungkin tak ada orang nak pertikai yang GST adalah rejim cukai yang cekap. Ya lah macam mana tak cekap, semua orang kena bayar tanpa kira yang berpendapatan tinggi atau rendah atau tak ada pendapatan sekalipun.
“Lepas tu bayar cukai hari-hari pulak tu sebab GST adalah cukai kepenggunaan ( consumption tax ). Logiknya, mana ada Kerajaan yang tak suka cukai macam tu,” terangnya dalam tulisan di facebook hari ini.
Johari ditanya media susulan kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya pada Rabu, yang menyebut bahawa Malaysia mampu menjadi Harimau Asia tanpa pelaksanaan GST.
Bahkan Johari turut mencabar mana-mana pihak yang mempertikaikan sistem GST ini untuk tampil menjelaskan kepadanya.
“Bagi mereka yang mengatakan sistem ini tidak cekap, saya mahu mereka tampil ke depan untuk menjelaskannya kepada saya. Saya telah membahaskan beberapa kali di Parlimen mengenai GST sebagai sistem terbaik,” kata Johari seperti dilaporkan.
Tambah Mohamed Hanipa lagi, bagaimanapun Johari terlupa untuk mengatakan apa akan jadi jika jika kewangan negara ditadbir dengan baik, cekap dan amanah?
“Jika tidak ada rasuah, tidak membazir, tidaak salah guna kuasa , tidak curi harta rakyat berbilion bilion, tidak bocor di sini sana, perlu ke GST yang bebankan golongan miskin yang ramai?
“Hatta jika mereka hujah negara yang cekap ekonominya sekalipun masih ada yang kenakan GST dan rakyat tak marah,saya akan jawab rakyat tak akan marah lah jika duit cukai itu kembali faedahnya pada rakyat seperti perkhidmatan kesihatan percuma misalnya.
” Ini tidak. Wang negara berbilion bilion tak tahu ke mana dalam isu 1MDB, lepas itu kita didedahkan pula wang itu dikatakan diguna untuk beli jet peribadi, beli kapal layar mewah, beli apartment mewah, beli lukisan mewah, taja filem Hollywood mewah, beli barang kemas mewah. Rakyat kena bayar cukai!,” hujahnya.
“Maaflah, hanya orang bodoh je yang tak marah.
“Dia juga kata negara lain tak ubah GST hatta jika tukar Kerajaan baru pun. Negara ini pula pernah tak ada GST dan skandal mega 1MDB satu waktu dulu …masa PM dulu jadi PM 22 tahun. Dan insyaAllah kami percaya jika dia jadi PM sekali lagi insyaAllah dia boleh keluarkan rakyat dari mitos GST ni,” ujar Mohamed Hanipa lagi.
No comments:
Post a Comment