Friday, March 16, 2018

Hudud & Negara Islam Tiada Dalam Manifesto, Apa Lagi Alasan PAS & Gabungan Sejahtera!?

APA LAGI ALASAN PAS?

1. Dalam Gagasan Sejahtera tak ada DAP. Grup Anwarinas dan liberalis sudah dibuang drpd Pas. Insan yg tinggal dalam Pas khabarnya, semuanya Islamis hakiki.

2. Pas kini mengetuai Gagasan Sejahtera. Presiden Pas punya autoriti utk tentukan halatuju gabungan itu. Rasanya, tiada yg membangkang dan membantah.

3. Umno juga menurut Presiden Pas semakin baik dan menerima dasar perjuangan Pas. Najib bukan seperti PM sebelumnya, sebab Najib lebih baik.

4. Apa lagi alasan Pas utk tidak pertegaskan dasar perjuangannya dan nyawanya iaitu pelaksanaan hukum hudud dan penegakan negara Islam?

5. Inilah masa terbaik utk Pas pertegaskan tanpa segan silu kpd seluruh rakyat Malaysia bahawa Pas mahu melaksanakan hukum hudud jika berkuasa.

6. Sebelum ini Pas menuduh, hasratnya itu dihalang oleh DAP dan PKR. Kini, tanpa kedua-dua parti itu, apa lagi yg Pas tunggu?



7. PM sebelum Najib dianggap kurang mesra dgn cita-cita politik Pas itu, tapi kini Pas puji dan sanjung Najib dan Umno. Tentulah Najib dan Umno bukan lagi masalah dlm isu hukum hudud.

8. Sebut secara bertulis dlm manifesto, Pas akan laksanakan hukum Allah, hukum hudud Islam bukan hudud Pas jika berkuasa.

9. Inilah masa utk aplikasikan semangat Himpunan Pdg Merbuk, matlamat himpunan Fastaqim iaitu menegakkan hukum Allah iaitu hukum hudud.

10. Kalau Pas tak berani pertegaskan hal itu dlm manifesto pilihanrayanya, Pas hanya pandai sembang sajalah.

11. Habuk pun tarak...!

Cetusan rasa Zola,
Dari dalam kontena,
BUMI IMPIAN PUTRAJAYA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...