Monday, March 19, 2018

Lembu, Negeri tak beragama, & kemusnahan Ahzab - Serangan fikrah "khawarij moden" dalam berpolitik.

SELANGOR DAN PAS

Oleh: Ustaz Ahmad Sayuti Bashiron


Lembu, Negeri tak beragama, & kemusnahan Ahzab - Serangan fikrah "khawarij moden" dalam berpolitik.

Tulisan kali ini bertujuan untuk ajak kita semua berfikir sejenak dgn segala apa yg berlaku di hadapan kita mutakhir ini (فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ) khasnya dalam mendepani politik PRU14 kelak.

Allah memberikan satu teguran yg amat serious buat sesetengah ahli agama yg cuba tidak berlaku benar, berbohong, atau bersikap bersekongkol dgn sang penguasa jahat & zalim melalui ayatNya;

وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ ۚ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۚ فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

"Dan kalau Kami (Allah) menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia (memilih) cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya adalah seperti anjing yg jika kamu menghalaunya, dijelirkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia tetap menjelirkan lidahnya (juga).

Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan tanda-tanda yg Kami berikan. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir".

[ Surat Al-A’raf 176 ]

https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10156119942124876

Ikhwah yg dirahmati,

1. Tiga malam lepas Presiden Pas Hj Hadi Awang gelarkan LEMBU yg kenyang pada mereka yg bersama dengan DAP. Bererti fitnah & celaan itu ditujukan khas buat Keadilan, Amanah, Bersatu, dan sesiapa pun yg maish terlibat bersama DAP dalam apa jua peringkat.

2. Sebelum itu sejak 2014 berulang kali Hj Hadi gunakan cercaan dan celaan buruk, antaranya: tolol, barua, broker, nyamuk, babi, anjing, serigala, monyet, dan sebagainya pada kumpulan yg berbeza ijtihad politik dgn dia. Itu fakta. Dahulu ia ditujukan pada kepimpinan Pas yg berbeza pandangan dgn dia, tapi sekarang dituju buat mereka yg bersama Amanah pula. Sebebasnya dia berkata.


3. Setiap kali cercaan dan celaan buruk dilakukan Hj Hadi, ahli bawahan gembira takbir, sorak seolah itulah seruan semangat perjuangan dan dipanjangkan ratib itu dlm ucapan dan tulisan. Label dan laqab buruk adalah satu kepuasan buat ahli & kepimpinan Pas, kini..

4. Malam kelmarin pula, selang sehari selepas gelaran lembu itu dilontar oleh Presiden Pas, peranan sama diulangi Dewan Ulamak mereka yg tujukan doa laknat pada pakatan dan menfitnah bahawa Kerajaan Selangor telah "dijajah secara tidak beragama". Lebih ironinya ia dibuat dalam satu program dinamakan munajat dan solah hajat.

5. Perlakunya Dusuki mengetuai seruan "hancurkan tentera ahzab pakatan", Ahzab merujuk pertembungan Nabi Muhammad SAW berhadapan tentera Musyrikin (kafir) yg menolak Islam secara total, di mana Rasulullah bermunajat untuk Allah hancurkan kumpulan musuh itu sehancurnya.

Ikhwah yg dirahmati.

Kita benar-benar berada di zaman fitnahyg begitu besar kini. Golongan agamawan sedang menyesatkan fikrah politik pengikutnya atas nama agama..!

6. Dua jam sebelum ucapan Dusuki itu, Kerajaan Negeri Selangor baru sahaja selesai satu program besar "Himpunan Rakyat Selangor" di Stadium Malawati (Shah Alam), bersempena 10 tahun jatuhnya Khir Toyo & Umno/BN pada 8 Mac 2008 dahulu. Rakyat umum hadir, tapi Pas dan penjawat politik Pas bertindak tidak hadirinya.

7. Bagi saya, dan sahabat seperjuangan yg terlibat secara langsung dalam PRU 2008 itu, kita merasai akan betapa BESARNYA ERTI sebuah “kerjasama politik” dalam Malaysia yg sudah lama digagalkan oleh Umno/BN dalam usaha menumbangkan kezaliman kerajaan jahat ini.

8. Tok Guru Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bukan setakat kerjasama, tapi mesti menguatkan lagi kerjasama itu terutama dgn DAP yg dijadikan sasaran dakwah politik paling utama. Kerana dengan kerjasama itulah pelbagai manfaat dakwah dapat dilakukan dikecapi oleh Pas (masa itu). Dan dgn kerjasama itulah menjadikan Umno/BN cukup takut dan gentar apabila kuasa mereka telah hilang.

9. Dalam Himpunan Rakyat anjuran Kerajaan Selangor kelmarin, hampir 30 product berupa khidmat berkebajikan Selangor dipersembahkan pada rakyat - yg semuanya dibuat secara polisi bersama dgn PKR/DAP atas nama “at-tahaaluf as-siyasi” (atau kerjasama politik sesebuah kumpulan Islam dgn kumpulan lain yg tidak meletakkan Islam sbg dasar mereka).

10. “At-tahaaluf” dalam ‘arab maknanya terdapat beberapa perkara yg bukan bersifat thawabit (atau prinsip) yg boleh dikendurkan dahulu dalam perjuangan sesebuah organisasi dakwah, demi mencapai lebih banyak lagi matlamat lain yg lebih besar.

11. Manakala matlamat menolak rasuah, pembebasan media, keadilan pilihanraya, kebebasan mahkamah dan sebagainya itu, adalah perjuangan semua party yg berlawan dgn Umno/BN. Maka atas dasar itulah itu Pas (dahulu) dan sekarang Amanah kita bekerjasama dan menguatkan kerjasama dgn semua party lain yg turut berusaha menumbangkan Umno/BN itu.

12. Kami berpegang jelas bahawa, Islam tidak akan mampu ditegakkan selagi mana kerosakan system itu tidak diperbaiki dahulu. Dan terbukti untuk membetulkannya system pemerintahan negara itu kita memerlukan kerjasama semua pihak yg saling berjuang, sekalipun pihak itu tidak pernah pun meletakkan Islam sbg tujuan atau matlamat perjuangan. Itu yg kami faham & pegang!

13. At-tahaaluf tak sama dgn ertimya dgn at-ta'awun, kerana at-ta'awun ertinya kita bersatu bersama organisasi lain yg berkongsi matlamat menegakkan Islam dlm perjuangan bersama. Itu asas paling utama yg Hj Hadi dan kepimpinannya gagal fahami langsung. Walhal dahulu dialah sendiri yg bercakap merata ceruk untuk kefahaman itu digarapkan.

Kegagalan faham erti Syariah.

14. Kegagalan faham kedua adalah - Pas tidak melihat bahawa hampir 30 product berupa khidmat kebajikan yg dilaksanakan oleh Kerajaan Selangor itu adalah sebahagian dari maksud “syariat” dalam pengertian sebenar kenegaraan Islam. Sebaliknya Pas hanya menyempitkan erti syariah hanya pada hudud, potong tangan, dan terma-terma arab dan negara Islam.

15. Pas langsung tak nampak khidmat air percuma, biasiswa, bantuan perkahwinan, bantuan elaun kelahiran & kematian, elaun ibu tunggal, tuisyen percuma dan pendidikan anak-anak itu adalah sebahagian daripada peranan syariah dalam bernegara.

Maka atas sebab itu lah dgn bangganya Dusuki melabelkan Negeri Selangor ini sebagai tidak beragama, sehingga dianggapkan sbg musuh bagi mereka.

19. Tidak cukup dgn itu, Dusuki juga berdoa agar kehancuran diberikan pada pakatan yg berlawan dgn mereka, dgn menyamakan pakatan itu sbg tentera Ahzab yg cukup anti-Islam dan Nabi di awal pensyariatan dahulu.

20. Dusuki melupakan apa yg diucap oleh Ketua Ulamak Pas Selangor sendiri pada 8 Jun 2015, bahawasanya Pas lah party yg mendapat manfaat paling banyak dalam kerjasama bersama Pakatan itu, bukan party lain. Dan kata Ketua ulamak itu adalah mustahil utk Pas keluar dari Pakatan Rakyat ketika-mana Pas masih merasai nikmat berkerajaan itu.

21. Bahkan Ketua Ulamak itu sendiri sebut dalam satu perjumpaan bahawa Usul Dewan Ulamak utk putus dgn Dap dalam Muktamar 2015 itu bukanlah usul yg betul-betul untuk diputuskan, sebaliknya ia hanyalah "bertujuan utk gempar sahaja" Dap di dalam Muktamar itu.

22. Tapi ya, semua mereka itu berubah sebaik Hj Hadi melakukan veto menarik Pas keluar sepenuhnya daripada Pakatan dan berlawan dgn anggapan pakatan itu adalah musuh sebenar Islam yg wajib dihapuskan. Sejak veto itulah, semua penceramah dan pengikut Hj Hadi itu hanya mampu mendiamkan diri, terus menikmati manfaat dalam kerajaan pakatan di negeri yg tak beragama itu, bahkan terus mengambil gaji dan elaun darinya.

23. Untuk rekod – terdapat seramai 3 Exco Pas, seorang Timbalan Speaker Selangor, puluhan Penjawat Awam (lantikan politik) sedang berada di Bangunan SUK Selangor. Bahkan hampir 3 ribu lagi penjawat lantikan politik dari Pas (pada masa itu berada dalam Pakatan) masih terus mengekalkan jawatan dan mengambil imbuhan elaun serta kemudahan mereka hingga hari ini, tanpa mahu melepaskan jawatan. Ratusan ribu ringgit diambil oileh mereka yg berjawatan itu setiap bulan!

24. Hj Hadi lupa bahawa kesemua ribuan mereka itu masih bersama dgn Dap (yg dikatakan lembu kenyang) dalam berkerajaan di Selangor itu, yg dikatakan pula oleh Dusuki sbg negeri tak beragama pula.

25. Bahkan lebih ironinya - Dusuki yg berselindung sebagai “penceramah bebas” itu sendiri masih belum sanggup melepaskan jawatan lantikan politik beliau sebagai Ahli Majlis Kerajaan Tempatan (MBSA), dan tak rasa bersalah mengambil ribuan Elaun Bulanan yg tinggi, dan menikmati pelbagai kemudahan besar disediakan utk penjawat awam lantikan party itu. Dia berselindung dan tak menyatakan bahawa dia sendiri sedang bersama dgn DAP dalam memegang jawatan Ahli Majlis itu. Bahkan dia sendiri pun sebenanrnya dilantik oleh Kerajaan Selangor, negeri yg dikatakan tak beragama itu!

Sehingga begitulah sekali kaffarah dari kesesatan fikrah politik yg sedang dibawakan oleh Pas, Hj Hadi dan kepimpinan nya kini…!

26. Dan jika saya panjangkan lagi - kita dapat menilai dalam dia menikmati ribuan duit dari bayaran negeri yg tak beragama itu, laporan rasmi MBSA menunjukkan Dusuki pula gagal laksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam lantikan politik itu, sedangkan kerjaya Ahli Majlis PBT itu adalah satu amanah yg cukup penting dalam menggubal pelbagai dasar dan perlaksanaannya...

27. Sikap Dusuki yg hanya hadir 38% sahaja daripada keseluruhan Mesyuarat Majlis dan Jawatankuasa di MBSA tersebut, yg status kehadiran tercorot itu kekal sejak 2016/2017 adalah satu yg benar-benar memalukan agama yg dia ceramahkan pada rakyat.

Tidakkah dia terasa bahawa segala tindakan dia itu adalah DOSA dan kaffarah Allah yg sangat perlukan penyucian jiwa, sama seperti yg kerap diucapkan di corong IKIM.fm?

Dusuki tidak sedar bahawa kamu dikawal rasa kebencian melampau atas perbezaan politik ini, sehingga kamu bercakap keras berkaitan agama hinggakan kaffarah Allah ditunjukkan atas kamu sendiri yg tak melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai makhluq di muka bumi ini.

Dan untuk Hj Hadi;
Kalau Tok Guru terus bermaki dan mencela musuh politik yg berbeza dgn Tok Guru, nescaya kelak Allah akan jatuhkan terus kaffarah lebih besar atas kesesatan fikrah politk yg sedang Tok Guru sebarkan ini.

Cukuplah Tok Guru. Tok Guru sedang warisi satu generasi mendatang yg cukup dhoif akhlaq mereka dan bersikap tasyaddud dalam beragama sehingga menukarkan rakan seaqidah sebagai musuh mereka.

Sahabat seperjuangan;

Kita berdo'a moga Allah anugerahkan thabat & istiqamah dlm kita berhadapan segala mehnah dan fitnah perjuangan ini.

W'alam

Ahmad Sayuti Basiron

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...