Tuesday, April 24, 2018

DAP tak mampu robek ISLAM dibumi MALAYSIA melainkan mendapat KEBENARAN MAJLIS RAJA-RAJA

http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/02/majlis-raja2.jpg
5 Perkara Dalam Perlembagaan Yang TIDAK BOLEH DIUBAH oleh 222 Kerusi Parlimen (Dewan Rakyat) Dan Oleh Mana-Mana Parti Sekalipun Yang Membentuk Kerajaan KECUALI Mendapat Persetujuan Majlis Raja-Raja.

MENJAWAB POLITIK PROPAGANDA "INSTILL FEAR" UMNO PAS YANG MEMBERI GAMBARAN ANCAMAN TERHADAP MELAYU - ISLAM.

● Had Kuasa Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja hanya untuk Perkara-Perkara Perundangan (Legislative), bukannya Perkara-Perkara Penting Dalam Perlembagaan.

● Pindaan Perlembagaan yang telah berlaku pada tahun 1983, 1984 dan 1994 terhadap Artikel 66 (4) dan (4A), adalah berkaitan Had Masa Kuasa Untuk Menangguhkan Proses Kelulusan Sesuatu Undang-Undang.

● Sebelum (Pindaan), ia adalah Tanpa Had Tempoh, manakala Selepas (Pindaan) Had Masa 30 Hari telah ditetapkan sebagai Tempoh Had Maksimum Sesuatu Undang-Undang Boleh Ditangguhkan.

● Ramai pihak yang tersalah anggap bahawa Kuasa Menangguhkan Proses Kelulusan Sesuatu Undang-Undang Tanpa Had Masa ini sebagai Kuasa Veto Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Sebenarnya, ia hanya satu tradisi, resam (convention) dan mengikut pertimbangan yang waras.

● Kuasa Veto atau Kuasa Membuat Kata Putus oleh Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja adalah pada Perkara-Perkara Penting Dalam Perlembagaan.

● Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja mempunyai Kuasa Veto untuk 11 perkara yang terkandung dalam Artikel 2 (b), 38 (b) dan 159 (5) Perlembagaan Persekutuan.

● Kuasa Veto Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja ini tidak dihadkan atau terkesan kepada pindaan Artikel 66 Perlembagaan Persekutuan sepertimana yang telah disebutkan di atas.

● Penulisan ini secara spesifik ingin membawa perhatian kita semua kepada *Artikel 159 (5) Perlembagaan Persekutuan*, dalam memperkatakan tentang Kuasa Veto itu tadi.

● *Artikel 159 (5) Perlembagaan Persekutuan menyebut*

"Sesuatu undang-undang yang membuat sesuatu pindaan kepada Fasal (4) Perkara 10, apa-apa undang-undang yang diluluskan dibawahnya, peruntukan Bahagian III, Perkara 38, 63 (4), 70, 71 (1), 72 (4), 152, atau 153 atau kepada Fasal ini *tidaklah boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.*

● Apakah perkara-perkara itu ?
1. Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan
2. Hak Istimewa Raja-Raja Melayu
3. Hak Istimewa Orang Melayu
4. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
5. Hak Pengisytiharan Darurat.

● 5 Perkara ini sudah terpahat kemas di dalam Perlembagaan. Ia TIDAK BOLEH DIUBAH sekalipun diluluskan 100% oleh 222 orang Ahli (Kerusi) Dewan Rakyat dan tidak kira parti mana yang akan memerintah atau membentuk Kerajaan KECUALI mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja, seperti yang disebut di dalam Artikel 159 (5) Perlembagaan Persekutuan.

● Justeru, segeralah berhenti daripada terus memperbodoh-bodohkan rakyat khususnya orang-orang Melayu dan Islam.

● PRU14 adalah perihal memilih Calon dan Parti mana yang bersedia menawarkan Dasar, Program dan Khidmat yang terbaik kepada rakyat dan negara. Bukannya masa untuk memilih agama ataupun bangsa.

*In GOD we Trust,*
*CHANGE we Must.*
*Dirgahayu Malaysia !* 🇲🇾

#AkuDanKamu
#BangkitDanUbah
#KitaAnakMalaysia
#ItsAllAboutU
#UndiUntukUBAH
#SokongHarapanUndiKeADILan
#RakyatMestiMenang
#BinaHarapanMalaysia

🅰🅰🅰
*Aiman Athirah Al Jundi*
23 April 2018

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...