Saturday, April 14, 2018

Rafidah minta LHDN jelaskan kedudukan derma lebih RM2 bilion diterima Najib


MALAYSIA DATELINE

 Rafidah minta LHDN jelaskan kedudukan derma lebih RM2 bilion diterima Najib
Dalam surat terbukanya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa Tan Sri Rafidah Aziz meminta ajensi tersebut menjelaskan mengenai kedudukan derma melebihi RM2 bilion yang diterima Perdana Menteri (PM) Najib Razak yang didakwa daripada Putera Saudi.

Beliau berkata, LHDN perlu menjelaskan perkara tersebut kepada beberapa pihak yang sangat ingin tahu dan juga kepada rakyat Malaysia seluruhnya.

Kata beliau, antara perkara yang perlu dijelaskan ialah:

1. Adakah derma yang diberikan kepada Perdana Menteri, dan dipindahkan ke akaun peribadinya dikenakan cukai?

2. Adakah beliau (PM) didaftarkan sebagai pihak dikecualikan cukai ata entiti amal jariah atau sebaliknya?

3. Bukahkan derma dianggap sebagai pendapatan dan perlu dikenakan cukai ke atas penerimanya?

4. Jika derma yang diterima PM ‘dikcualikan cukai’, bagaimanakah hal ini dibenarkan oleh LHDN?

“Sila jelaskan, kerana saya bukan seorang akauntan, begitu juga dengan kawan-kawan saya, bagaimanakah ‘derma’ seperti itu diperlakukan,” kata beliau.



Rafidah juga bertanya adakah PM telah menubuhkan entiti amal jariah yang dikecualikan cukai, dan adakah beliau juga mewujudkan akaun pemegang amanah dengan penandatangan terpilih?

“Jika ya, siapakah penandatangan tersebut,” soal beliau dalam warkah yang disiarkan dalam Facebooknya.

Beliau juga ingin tahu sama ada PM mempunyai kuasa penuh untuk mengawal dan menentukan kepada siapa, dan bagaimana, wang tersebut digunakan.

“Adakah ia untuk tujuan politik, atau untuk organisasi tanpa keuntungan, amal jariah, atau aktiviti Islam (memandangkan terdapat kenyataan alasan derma tersebut diberikan kepada PM adalah atas “khidmat baiknya kepada Islam”, kata Rafidah lagi.

Beliau meminta LHDN menjelaskan bagaimana pula dengan “sebahagian derma yang dipulangkan” itu diperlakukan dari sudut percukaian.

“Tolong, jika ia benar-benar dipulangkan, maka bukti mesti ditunjukkan.

“Adakah LHDN, secara rasmi mendapatkan penjelasan tentang maklumat terperinci mengenai “derma” tersebut?” kata beliau lagi.

Menurut Rafidah lagi, perkara ini perlu diperjelaskan kerana ia melibatkan PM yang juga Menteri Kewangan, seorang yang bertanggungjawab secara keseluruhan ke atas LHDN, yang seharusnya menunjukkan standard kebertanggungjawaban, ketelusan dan pentadbiran yang baik pada tahap tertinggi.

“Sila sahkan bahawa derma tersebut benar-benar diterima PM dan dipindahkan ke akaun peribadi beliau,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...